Saturday, November 5, 2011

Aktiviti Adi di Karnival Paya Indah Wetland



Sabtu 8 Okt 2011

Hari ni Adi berkunjung ke Karnival Paya Indah Wetland di Dengkil. Karnival ini berlangsung selama 2 hari menampilkan aktiviti aktiviti seperti Pameran dan Jualan, Pertandingan Fotografi Telefon Berkamera, Pertandingan Pakaian Beragam Hidupan Liar Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Memancing (terbuka), Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan ‘Wildlife Quiz’ dan Pertandingan ‘Wildlife Race’.


Adi cuma dapat meluangkan masa untuk pergi pada hari Sabtu sahaja sebab esok ada hal lain yang nak dibuat. Kali kedua ke sini, sudah semestinya Adi nak meninjau lebih jauh apa yang ada di Paya Indah Wetland ni.


Antara yang menarik ialah Menara Tinjau yang disediakan kepada pengunjung yang ingin menikmati pemandangan Paya Indah Wetland dari atas dan juga kawasan sekitarnya.


Pic: Bersama Shea and Shafi

Pic: Salah satu tasik atau kolam yang ada di sini


Pic: Nama badak air ni Chendana...comelkan!!!

Selain itu terdapat beberapa kolam yang sedia ada di kawasan ini, ada kolam untuk memancing , kolam untuk badak air afrika, dan juga kolam yang dihuni oleh sang buaya....Kolam yang ada buaya tu mengandungi lebih daripada 40 ekor buaya kalau tak silap Adi ...:)


Pic: Seekor buaya menerima kehadiran Adi, rasanya dia nak makan tu...

Biasanya pada pukul 1ptg mereka akan berikan buaya buaya ini makan..:) dan korang boleh saksikannya. Buaya yang ada dalam kolam besar ini adalah dari jenis buaya tembaga.....bukan buaya darat!! hehehhe


Di Karnival ini juga ada pertandingan utk kanak kanak dan juga sumbangan kepada anak anak yatim. Alhamdulillah mereka semua mendapat hadiah yang dapat menggembirakan mereka iaitu barangan keperluan persekolahan yang disediakan oleh pihak Perhilitan.


Adi juga sempat mendendangkan sebuah lagu secara spontan, hasil permintaan daripada Penolong Pengarah Perhilitan iaitu Pn Mis! hahaha....


Adi sempat juga menyaksikan orang menggantikan ladam tapak kaki kuda..menarik sekali...rupanya tapak kuda ni kena juga diasah dan dipotong..mcm kuku kita jugak....

Pic: Ladan kaki kuda sedang dipanaskan..

Pic: Petugas sedang mengasah kuku kaki kuda..


Lepas tu Adi berpeluang untuk mengunjungi rumah tradisional melayu yang ada kat sini. Rumah ini boleh disewa untuk diduduki seisi keluarga. Memang cantik betul rumah ini! Memang betul betul mcm suasana kampung!


Lebih menarik sekali bila depan rumah ni ada tasik yang besar sekali! Perghhh!! Rasanya rumah ni memang sesuai kalau dijadikan lokasi untuk penggambaran drama ataupun rakaman program raya yang mahukan suasana kampung tradisional melayu!!


Pic: Sebuah rumah kampung yang cantik dan besar!!

Sudah semestinya Adi akan kembali lagi ke sini untuk merehatkan diri dan menikmati keindahan kawasan ini.....:) Korang pun dijemput datang bila bila masa ok!! Terima kasih kepada PERHILITAN yang menjemput Adi datang ke sini!! Best!!


Pic: Happynyerrrr!!!



No comments: