Saturday, November 5, 2011

Mak dan Abah berangkat ke Tanah Suci....


SELASA 11 OKT 2011

Alhamdulillah setelah beberapa kali menangguhkan pemergian ke tanah suci, akhirnya abah dan mak bertolak untuk mengerjakan haji buat kali ke dua. Sebelum ni mk dengan abah pernah mengerjakan haji dengan embah pada tahun 2000 dulu.

Pic: Aulia

Kalau dulu mereka menggunakan pekej, kali ni mak dan abah memilih untuk menggunakan muhassasah. Nak merasai ibadah haji itu semaksima mungkin katanya. Alhamdulillah . Sama mcm 10 tahun dulu, kami menghantar abah dan mak ke Kompleks Haji Kelana Jaya .Pendaftaran bermula jam 2ptg. Tapi disebabkan abah excited sangat, kitarang bertolak dari rumah dalam jam 9pg lagi. Sampai kat kompleks TH tu dalam pukul 10 pagi...awal la jugak..sempat Adi bersarapan dulu kat restoren dengan mak dan abah.


Pic:Adam dan Abah

Kat kompleks TH ni memang ramai giler sanak saudara yang datang untuk menghantar ahli keluarga yang nak pergi haji ni....suasana mcm kat pasar juga la...ada yang bawak bekal makanan, so boleh di makan beramai ramai. Sama lah jugak dengan keluarga Adi..Adik Adi yang duduk kat Sg Buloh ni, memang suka bawak makanan....hehehe...berkelah la kita kat Kompleks TH ni...hehehehe

Pic: Suasana dikhemah keluarga yang menghantar rombongan haji.

Sementara menunggu masa untuk mendaftar tu, kitarang sempat lagi buat pemeriksaan kat bagasi, kot kot ada apa apa yang tertinggal...maklumlah kena berada di sana selama 45 hari..agak lama la jugak. Adi sempat juga belikan beberapa kotak "energy bar" untuk mak dan abah makan bila bila masa kalau kelaparan kat sana nanti...

Pic: Abid yg meragam jer hari ni...hehehe

jam 12tgh hari abah dah daftarkan diri dengan mak sekali. dapatlah beg haji yang kecil tu dan isinya. Adi lak membeli sim kard untuk telco negara Arab Saudi yang ada di jual kat komplek ni...harganya RM50 setiap satu dan dalam nya ada 25Riyal. Terus masukkan siap siap dalam telefon mak dan abah. Senang diarang nanti nak call sesama mereka kat sana dan juga anak anak kat sini.

Pic: Baby Akil....

Pukul 2pm, masa untuk berlepas, mak dan abah sudah bersedia untuk berangkat...panjang juga beratur untuk memasuki kompleks TH dan seterusnya menaiki bas yang memang sudah tersedia untuk di hantar ke KLIA.
Pic: Gambar dgn mak dan abah yang dah nak berangkat ke tanah suci.

Anak buah Adi, Aulia macam dah tahu tahu nak berpisah agak lama dengan embahnya....menangis sakan ..hahaha...cute pulak tgok embah dan cucu nya ni...

"embah edok (nenek) pergi kejap jer....nanti embah edok balik ok"....

Sambil mak dan Aulia berpelukkan...hehehe..

Pic: Aulia menangis berpisah dengan embah edoknya...hehe

Pic: Adik beradik Adi dgn mak dan abah.

Pic: Selamat jalan mak dan abah!!

Adi happy , sekurang kurangnya mak an Abah bakal menjejaki kembali tanah suci..semoga mak dan abah akan mendapat haji yang mabrur di sana nanti...Amin! InsyaAllah...


Pic: Selamat berangkat dan moga mendapat haji yang mabrur!!


3 comments:

nyonyacyber said...

selamat menunaikan haji mak n abah adi.. semoga beroleh haji yg mabrur.. insyaallah

edzlin007 said...

Alhamdullilah...dapat pergi kali kedua. Moga mendapat Haji yg mabrur.

ADIFASHLA said...

InsyaAllah...:)