JUMAAT 18 NOV 2011
Hari ni bermulanya Konsert Jelajah Desa bersama DIGI dan juga ERA.FM. Lokasi yg pertama ialah Kuantan! Tahun ni banyak kali jugak Adi turun Kuantan ni...rezeki!!! Konsert berlangsung di Dewan Sultan Ahmad Shah , Kuantan. Memang cantik dewannya dan seronok la buat konsert kan dewan ni sebab ada aircond la kan!!! Hehehe.
Adi sampai dari KL ke Kuantan dalam pukul 4 ptg...sempat berehat kat hotel dulu dan makan donut banyak banyak untuk energy malam nanti..(katanya...) Lepas Maghrib Adi pun bertolak ke lokasi konsert bersama Dina Nadzir!
Jam 8 mlm penonton baru datang,, Kat Kuantan ni agak slow pada mulanya, namun selepas Isyak barula warga Kuantan berpusu pusu datang ke dewan untuk menyaksikan konsert ini.
Pic: 6ixth Sense menggila..
Pic: Dina Nadzir...vocal power ok!!
Pic: Aizat showmanship mantap!!!
Konsert berlangsung lebih kurang 2 jam lebih dan rasanya semua terhibur dengan persembahan daripada artis artis hari ini!! :)
Pic: Amir Jahari dan Reza Salleh...kolabrasi menarik!
Terima kasih la pada semua warga Kuantan yang menjayakan konsert DigiLive Jelajah Desa Bersama ERA ni...memang satu pengalaman yang menyeronokkan bagi Adi sebab dapat turut serta dalam projek mcm ni!!! Yeahhh!!! Jumpa di lokasi seterusnya iaitu Alor Setar dan Bagan Serai!!!
No comments:
Post a Comment