Friday, October 23, 2009

Nike Human Race 10K


KHAMIS 22 OKT 2009

Hari ni Adi, Nana dan juga boss ERA iaitu Nazri telah menyertai "Nike Human Race" yang berlangsung di Universiti Malaya. Ini sebahagian daripada acara yang di aturkan utk acara larian 10Km di Singapura pada 24 OKt yang lalu. Adi , Nana dan Nazri merupakan "rakan Nike".


Acara bermula jam 530 ptg..di sebalik hujan yang agak lebat turun, memang di jangkakan majlis akan bermula agak lambat..Acara berlangsung di Pusat Akuatik UM. Sesampai di sana sudah ada pelajar pelajar UM yang sudah siap memakai kasut Nike masing masing ..cayalah. Bergaya sakan. Adi menggunakan Kasut Nike Lunar Glide yang disambungkan dengan "wrist ban" yang boleh memberitahu berapa jauh kita berlari dan berapa kalori telah di bakar..hahaha..cool kan..

Pic: Untuk RM 3 juta...Cuba teka yang mana bukan kasut Nike?..


Hujan masih lagi renyai renyai turun..tapi majlis tetap di teruskan..yup ..lagi pun semua memang cukup bersemangat untuk berlari dah..


Pic: Time warm up takleh main main..nanti krem kaki woooo...

Sebelum berlari, ada sedikit acara memanaskan badan yang di ketuai oleh salah seorang pelari kebangsaan. Nak lari pun kena warm up tau..bukan main lari macam tu jer...lebih lebih lagi time hujan macam hari ni...senang nak krem kaki.


Pic: Sesi Warm up!

Acara pelepasan larian ini di lakukan pada jam 6ptg...alhamdulillah masa ni hujan dah berhenti..yeah..jadi memang seronok lari la..sebab tak la panas sangat kan...

Pic: Me and Nana dah terbayang bayang akan mendahului perlumbaan ini!

Adi jarang berjoging ..walaupun aktif bersukan , tapi joging ni memang kurang sangat..kitarang berlari dalam 4 km sahaja..memandangkan dah lewat sangat kan....10 minit pertama..Adi mendahului semua..cess..semangat!! Sampaikan pelari kebangsaan tu tanya Adi...

"You selalu jogging ha?."

"Takde la...saya main futsal sama badminton saja"

padahal masa dia tanya tu....nafas Adi dah sampai tahap telinga dah...mengah...

Pic: Nazri sedang membuat senaman jari bagi melajukan lariannya nanti!!Sambil Nana menunjukkan senjata terbarunya untuk menewaskan Nazri.


Pic: Akhirnya hanya seorang sahaja yang di gelar sebagai juara....cess...atau yang terakhir sekali sampai ni?..

Walaupun jarak larian tak jauh sangat..tapi yang paling mencabar ialah ketika saat mendaki bukit yang curamnya lebihkurang 30 darjah...aiyooo..time ni la rasa pinggang dah lari ke lutut..sakit sangat...Adi jeling ke belakang..nampak la Nazri..sayup sayup kat Belakang....tapi mana Nana?.....

Bila larian berpatah balik ke Pusat Akuatik..barulah terjumpa Nana yang sedang melekat kat tiang lampu...Hahaha...tersadai kat tiang lampu tu...kepenatan....tanpa rasa bersalah dan tanpa perasaan..boleh si Nana tanya kat Adi...

"Apasal lambat?..penat tunggu ko ni..!!!"

cewah cewah....penat tunggu...yang kita ni duk mendaki bukit...dia lak tersadai kat tiang lampu jalan...cess...hahaha...terus kitarang berlari ke Pusat Akuatik UM kembali utk menamatkan larian..yeah!

Pic: Muka -muka penat!!

Terima kasih kepada Nike Malaysia yang menjemput Adi, Nana dan Nazri memeriahkan lagi "Nike Human Race" kali ini.....tunggula lokasi seterusnya yer...hahaha.

Ewah - Ewah!!!!..

ISNIN 19 OKT 2009

Pic: Bersama Krill, Fara Fauzana, Zaff, dan Tuah.

Hari ni Adi start bercuti seminggu sebab cuti banyak lagi tak ambik..kebetulan pulak Adi dapat buat rakaman untuk Ewah Ewah yang dirakamkan di Studio NTV7 di Shah Alam. Tema kali ini adalah "Lanun -lanun Penyampai radio"..Terdiri daripada Adi, Krill , Farah Fauzana, Faizal Ismail , Zaff dan Tuah.

Pic: Nabil as Kapten Jack Sparrow.

Pengacara nya siapa lagi kalau bukan Nabil dan Kak engku la..Adi kena mewakili rumah Biru..berpasangan dengan Zaff, manakala Krill bersama Farah Fauzana, manakala Tuah bersama Faizal Ismail.

*Pic: Sesi pengenalan dan gimik!


Ada 3 permainan yang perlu kami hadapi ....iaitu ..teka lukisan, mengambil bola deiatas lantai bersabun..dan juga ejaan kata....

*Pic: Teka gambar apa?..

Sesi teka gambar memang senang , sebab Adi memang suka melukis..so senang la kawan Adi iaitu si Zaff untuk meneka apa yang Adi lukis...hehehe....

*Pic: Game ke-2 kena ikat badan!!


Game yang kedua ni agak mencabar..dimana kitarang akan di ikat dengan tali yang boleh merenggang di badan...kemuadian kami kena mengumpulkan bola bola yang di sediakan di hujung satu lagi ..dengan tali yang terikat di badan...yang lebih mencabar ialah ...lantai telah do basahkan dengan air ..dan di tambah dengan sabun yang banyak...boleh bayangkan betapa licinnya lantai sekarang ini?...hahaha...

*Pic: Cubaan untuk mencapai bola dengan badan yang terikat!! Cess!!

Game kedua ni memang kelakar..ada juga peserta yang tak dapat mencapai bola langsung...sebab licin sangat!! bila nak bergerak jer dah tertarik ke belakang...siapakah penyampai itu?..hahahaha

*Pic: Akhirnya dapat juga mencapai bola bola itu.

Acara ke tiga senang sahaja...bina perkataan daripada huruf huruf yang di berikan.......kesemua markah dari 3 permainan di kumpulkan ...dan di tambah juga markah "underground"...entah Adi pun tak tahu mcm mana diarang bagi markah underground ni...hahaha.....tapi tak kisah la..janji kitarang happy happy sebab bukan ada hadiah pun...hahaha...

*Pic: Penutup acara!!

So kalau korang nak tahu siapa yang menang..tak best la citer kat sini...cewahhhh...kenalah tengok Ewah Ewah ni nanti kat TV3 ok...Terima kasih kat Kak Kelly (Producer Ewah Ewah ) dan TV3 yang menjemput Adi...Hahaha...

P/s: Gambar yang bertanda * adalah dari koleksi foto Zaff.

Tuesday, October 20, 2009

Hilang kan gusar ..gelak adalah ubat terbaik bagi segala penyakit!!

Macam macam car akita lakukan untuk kurangkan stress..Adi lak kalau nak gelak..mesti cari YouTube..kekadang banyak idea menarik yang boleh kita gunakan dari Youtube..hahaha...Antara video kegemaran Adi dan Adi takkan bosan tengok ialah :












So Enjoy!!!

Sunday, October 18, 2009

SAMBUTAN MINGGU HIDUPAN LIAR MALAYSIA.


ISNIN 19 OKT 2009

Assalamualaikum...Adi nak ajak semua pembaca blog Adi ni..kita ramai ramai ke Zoo Melaka di Ayer Keroh , Melaka untuk memeriahkan "SAMBUTAN MINGGU HIDUPAN LIAR 2009" yang akan berlangsung pada
24-25 Okt ini. Hujung hujung minggu ni boleh la bawak anak anak berjalan jalan dan bersantai sambil menyertai acara yang menarik yang telah di aturkan sambil menyaksikan haiwan haiwan liar yang ada di Zoo Melaka.

InsyaAllah Adi juga akan ke sana pada 25hb ini . Antara acara acara yang menarik ialah:

Pertandingan Wildlife Race

Pengenalan Duta Konservasi Hidupan Liar Jabatan PERHILITAN

Persembahan Tree Theatre Group

Pertandingan Mewarna

Wildlife Photography Contest

Wildlife Talk

Juga ada pameran yang akan melibatkan agensi seperti berikut:

· Pameran Agensi Berkaitan Alam Sekitar seperti JAS, JPSM, JTLM dan PERHILITAN

· Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti WWF, MNS

· Syarikat Swasta yang menaja hidupan liar di Zoo Melaka

Era.tv dan skuad perodua Era

Jadi kepada rakan rakan Tarzan Adi yang nak tak kesampaian nak berjalan jalan dan melawat ke Zoo Negara hari tu..apa kata kita buat "rombonganCik Kiah" ke Zoo Melaka lak...hahaha..oh yer..kalau sesiapa nak masuk pertandingan -pertandingan yang ada tu..boleh la mendaftar di laman web PERHILITAN di

www.wildlife.gov.my

OOOOoooooooooo......Jumpa di sana !!!!!!


Note: Banner daripada Perhilitan

Monday, October 12, 2009

Perhilitan....

Several weeks ago..Adi dapat surat..terkejut gak..sebab dapat sampul.."Urusan Yang Di Pertuan Agong"...alamak!!!

Dalam hati terdetik....surat apa ni?..takkan surat saman speed trap lak..hahaha...raya belum lagi..alahai kopak la duit raya....

Rupa- rupanya surat dari Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara Malaysia...surat apa pulak....bukak la surat tu dengan penuh tanda tanya...

Laaa....surat cadangan untuk melantik Adi bagi menjadi Duta bagi Perhilitan....but why me?..tu yang menjadi persoalan kepala ni...biasanya duta duta atau jurucakap (spokesperson) ni terdiri dari mereka yang ...let say..most of it perempuan la...terutama yang berkaitan dengan haiwan ni...hahaha...(my personal opinion la)...



Pic: Buku -buku berkenaan haiwan liar dan Taman Negara yang Adi kena study!

Hasil dari surat tersebut , maka Adi bertemu wakil dari PERHILITAN dan sempat Adi tanyakan kenapa dalam banyak banyak orang...Adi yang terpilih?....Hahaha...salah satu sebabnya yang membuatkan Adi tersenyum ialah..pihak Perhilitan membaca blog Adi yang berkaitan lawatan lawatan Adi ke beberapa zoo sebelum ini dan projek projek alam sekitar yang pernah Adi join sebelum ini... yang Adi post kat dalam blog ini.....dalam hati....terdetik.

" Ada gak orang selongkar blog ni!!"

and ada la sebab sebab lain yang mereka dah buat kajian mereka sendiri utk mencari jurucakap bagi pihak jabatan....tu biarlah mereka yang jelaskan nanti.

Perasaan Adi?(soalan klise)..........sejujurnya Adi bangga , excited dan terharu!!!...yup...antara ramai selebriti yang lebih popular dan di kenali...Perhilitan telah memilih Adi...Terima kasih kepada PERHILITAN!!!...sekurang kurangnya serba sedikit Adi boleh berbakti untuk negara bagi membantu dalam menjaga legasi haiwan haiwan liar dan Taman Negara kita. :)..InsyaAllah. I really love animals..honestly i wish one day i can see "blue whale" and cheetah di habitat asal mereka...hahaha...tapi itu yang luar negeri punya.




Pic: Petikan gambar dari KOSMO mengenai operasi menyelamat oleh Perhilitan ke atas seekor harimau yang terkena jerat di Hutan Belum- Temenggor di Gerik .

Kat Malaysia ni antara haiwan yang menarik minat Adi ialah Harimau Belang, Orang Utan dan Tenuk....dont u think nama"Tenuk" tu cute kan?.

Well nanti Adi akan cerita serba sedikit berkenaan tugas dan fungsi Perhilitan ini dan aktiviti aktiviti menarik yang Adi dan Perhilitan akan lakukan....actually ..im inviting semua yang baca blog ni dan kawan - kawan Adi yang lain sama sama mengenali dengan lebih rapat haiwan haiwan liar di negara kita....im sure mesti ada antara kalian yang suka dengan haiwan kan?.

Kalau u guys nak tahu lebih lanjut pasal Perhilitan....pergi sahaja ke alamat web ini:

www.wildlife.gov.my

Ada sesiapa bersedia nak berjumpa dengan Harimau dan gajah?....OOOOOooooooooooo (Tarzan Tg Karang sudah datang.......hahaha)

Sunday, October 4, 2009

SABTU 3 OKT 2009

Hari ni ada rumah terbuka Raya ERA bersama Mamee Slurp..Ia brlangsung kat Taman Pinggiran Desa Putradi Kajang...tapi kira area Putrajaya la.Kami buat rumah terbuka ni di rumah pemenang peraduan "E-Kad Raya Mamee Slurp" di mana para peserta di khendaki menghantar e-kad raya terbanyak...dan hadiahnya ialah sumah terbuka yang di sponsor oleh Mamee Slurp.

Pic: Berposing atas pentas bersama Fairuz dan Ozet (skuad ERA) sebelum orang datang..haha

Adi bertolak dari rumah dari jam 130 ptg..tapi sebab Nana tak tahu jalan terpaksa la tunggu dia..sekali dia terperangkap la kat Bulatan Lumba Kuda...hmmm terkedek kedek la jadi kuda...hahaha..

Acara bermula jam 230ptg...Adi dan Nana adalah penyampai ERA yang datang awal..sebelum orang datang lagi...hahaha....Bila sampai kat rumah Badiuzaman ni...mak aiii..khemah dia macam nak buat kenduri kawin tau...hahaha...panjang ...melangkau sampai 3 buah rumah...orang ramai start datang dalam pukul 3ptg..


Pic: Tetamu yang datang.

Sedikit demi sedikit pengunjung datang ke rumah terbuka ini..yup memang meriah la..walaupun keadaan agak panas sikit...yang menarik ..kami juga bermain beberapa permainan dengan pendengar ERA dan memenangi hadiah hadiah menarik seperti telefon telefon Nokia dan juga Ipod Shuffle...cool giler...

Pic: Ramainya...

Antara acara -acara yang di sediakan adalah seperti acara makan Mamee Slurp, menyusun Mamee Slurp dan persembahan daripada Artis seperti Ariel, Mila dan juga Hafiz...


Pic: Peserta di khendaki menghabiskan 3 bungkus Mamee Slurp..yg menang akak sebelah kiri tu..hahah


Pic: Makanan yang di sediakan, ..ada sate, ketupat palas, rendang tok dan sbgnya.

Majlis tamat dalam pukul 5 ptg..Tapi majlis tetap di teruskan sebab semakin ramai pengunjung yang tiba, Adi kena balik sebab malam ni nak tengok teater Gamat kat Istana Budaya.

Tuesday, September 29, 2009

Baraan 2009

SELASA ( Raya ke -3)

Baraan kat kampung Adi bermula pada hari raya ke dua..tetapi di sebabkan ramai tetamu dan kepenatan, maka Adi join baraan tahun ni masa raya ke-3..haha....yang bestnya..Adi suruh sorang kawan Adi ambik kat rumah...sekali dia bawak semua budak baraan datang kerumah Adi..hahaha..Actually Baraan hanya di lakukan kat area kampung...5 km dari rumah Adi ...sebab my house dah kira area pekan Tg Karang....terkejut la dengan kehadiran bebudak kampung ..hahaha..adalah dalam 50 orang huhuhuhu....dah lah tak bersiap lagi..kesian diarang terpaksa tunggu Adi ...hahahaha....


Pic: Baraan makan kuih raya jer!!

Baraan hanya naik motor beramai ramai..kalau di tempat lain memang agak senyap..tapi kalau di kampung Adi ni agak bising sedikit..sebab bebudak ni dah ubah suai ekzos motor memasing..malah ada jugak yang tak pakai ekzos pun..

Pic: Motor bebudak baraan..

On my behalf...i dont really like it..bising gila..terpaksa pakai earplug..kalau tak berdesing telinga..bebudak ni ..bukannya takde orang yang menasihati..tetapi di sebabkan mungkin dah tradisi dari dulu..tu yang jadi ikutan bebudak ni...Ada jugak yang lenjan motor mak bapak ..nak bagi gempak..diarang cabut bodykit motor tu..sampai togel..konon lagi hebat la...hahahaha...kesianlak kat motor mak bapak tu...Ya ampunnn!!!

Pic: Suasana ketika baraan.

Biasanya kitarang naik ke satu rumah dalam jangka masa tak sampai 10 minit..setiap kali naik rumah ...tuan rumah akan bertanyakan khabar ...dalam bahasa jawa halus....dan kemudian akan di balas oleh ahli baraan..Actually Adi tak faham jawa halus ni...tak pernah belajar...memandangkan banyak rumah kat kampung yang perlu di ziarahi..kalau lama sangat nanti tak sempat nak habiskan ...kalau tahun tahun sebelum ini memang kitarang masuk kampung sebelah..jadi ada 3 kampung yang perlu di ziarahi..tetapi entah kenapa tahun ni cuma naik kampung sendiri jer..hmmm..rasa mcm tak best la sebab selalu boleh luang banyak semasa baraan bersama kawan kawan...hahaha...

Pic: Masjid Kg Sg Tengi Kanan Darat , Tg Karang

Bila sampai masa tengah hari dalam pukul 1 ptg..kitaorang akan berhenti sekejap untuk makan dan solat Zohor kat masjid..sebelum di sambung balik jam 230ptg kebiasaannya...bebudak ni kalau pasal makan memang ligat..tapi itulah kemeriahannya semasa raya di kampung Adi...kalau takde baraan ni memang tak meriah la...harap budaya ni akan terus berkekalan walaupun ada tanda tanda yang tak gemarkan budaya ini kat kampung...hmmmm...mungkin bebudak baraan ni kena ubah mentaliti sikit berkenaan motor motor mereka yang bising tu...tapi jangan salah sangka..bebudak baraan ni cuma bising jer...tapi diarang takde nak berlumba..hahaha..tu yg respek tu....oklah..tahun ni baraan sampai hari raya ke -4..Alhamdulillah ..semuanya selamat tanpa ada apa apa kejadian buruk...:)...Semoga tahun depan boleh baraan lagi..InsyaAllah!!!!

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya keluarga Pak Juraimi...:D

Ahad 20 Sept 2009

Salam Aidilfitri

Pic: My Happy family!!

Arghhhhh..balik Tanjung Karang bila raya ..memang meriah...rasanya sekarang Tg Karang ni macam Jalan TAR kat Tg Karang...banyak giler orang shopping...kenapa orang banyak shopping?..sebabnya kat Tg Karang ni banyak penduduk kampung yang mungkin jarang nak keluar bandar untuk shopping..Memandangkan kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada peladang dan pesawah..jadi kuasa membeli mereka juga boleh tahan gak la...( diarang loaded loaded lor..)..Lebih lebih lagi baru lepas menuai sekarang ni...hahaha..Senang kata ..balik Tg Karang ..bila nak time raya..memang meriah dan jem giler...itulah mukadhimahnya.

Back to topik!!! Selamat Hari Raya!!!!!!


Pic: My beloved Embah!!

Pukul 1030pagi selepas bermaaf - maafan dan bergambar bersama keluarga..Adi dan family bergerak ke Sg Nibong ( di Sabak Bernam) ..ke rumah "embah"( nenek) Adi kat sana...lama tak jumpa embah!!..RINDUUU!!!Dapat alam embah..dapat cium embah...make me happy!!!..Dulu masa kecil kecil..lepas mak Adi habis pantang...mak Adi tinggalkan Adi dengan embah..sebab mak kena mengajar kat sekolah di Sabah...sampai la umur 6 bulan...lepas tu pergi Sabah dengan bapak Adi...jadi..Embah memang jaga Adi masa baby la kiranya...hahaha

Pic: With my mother!!

Pic: Bergambar kat rumah embah!!


Pic: Ketupat dan pilihan pelbagai rendang..pilih jer mana suka...

Rutin hari raya pertama memang sama jer setiap tahun, Adi akan berkunjung ke rumah makcik pakcik dan juga nenk saudara terdekat ..sampai la pukul 6 ptg..dan lepas tu balik ke Tg Karang balik..jarak antara Tg Karang dan Sg Nibong adalah 24 KM.


Pic: Berjaya paksa my dad and my mom pakai cermin mata hitam..ples dont tell them i put this photo here!!

Balik Tg karang bersiap sedia la..sebab sebelah malam keluarga mara Adi akan "menyerang" rumah Adi..hehehe...best best...


Pic: Lots of love!!

Senang citer hari raya pertama ni memang meletihkan...dan menyeronokkan..!!!Syukur kerana kita semua masih dapat merasai kenikmatan Syawal...Teruskan enjoy raya anda!!...untuk raya yang kedua...

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Assalamualaikum,

Adi nak ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Adi ini..di harapkan anda semua akan terus berbahagia..dan Adi ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan atau melukakan hati seseorang...

Jangan lupa saksikan "Konti Raya ERA TV" .Pada hari raya kedua (Isnin) jam 1130 pagi dan ulangan pada hari raya ketiga jam 530ptg!

Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!

Adifashla.

Tuesday, September 15, 2009

Anak Buah Baru.....

Pic: Mohd Sya'airillah Abid B. Sahli

Isnin 14 SEPT 2009

Hari ni mak Adi call, katanya my sis dah masuk hospital nak bersalin...dari suara dia dah tahu dah ..my mom tgh tidak keruan sebab nak tunggu cucu baru ...hahaha. ..Adi kat ofis..so takleh la nak keluar tengok my sis kat hospital Sungai Buloh...lagi pun Adi kena berbuka puasa di Shah Alam petang ni.

Lepas berbuka puasa di Shah Alam..lepak ngan Burn kat Shah Alam gak la..tgh lepak..mak Adi call ...

"Mak dah dapat cucu dah!!"

"Lelaki ker perempuan?"

"Cubalah teka???"

Bila mak cakap suruh teka tu..tahulah mesti cucu lelaki la tu..hahaha...excited dapat cucu lelaki pertama..hahaha..

Barulah hari ni ( Selasa 15 Sept ) dapat jenguk kat Hospital Sg Buloh...

Bila tanya namanya siapa......terbelit jugak nak sebut...lepas tu ada tanda koma atas...

Mohammad Sya'airillah Abid Bin Sahli...nama anak punyalah panjang nama bapaknya satu perkataan jer..hahahaha...Tahniah to my sis , Ani yang dah jadi ibu sekarang!!!