Thursday, August 21, 2008

Sidang Akhbar Disney's CAMP ROCK

RABU 13 OGOS 2008


Pic: Adi di Pra-Tonton filem CAMP ROCK di Damansara sehari sebelum sidang akhbar.

Hari ni Adi ada sidang akhbar untuk filem terbaru Disney iaitu CAMP ROCK versi Bahasa Melayu . Jangan salah sangka, kami hanya meminjamkan suara kami jer..hehehe...CAMP ROCK ini akan mula di tayangkan di Astro Disney Channel mulai 7 Sept ini.



Pic;Adi dan Syawal "The AF Brothers"..hehehe

Majlis ini berlangsung kat no Balck Tie berhampiran dengan hotel Istana. Berlangsung dalam jam 11 pagi. So lepas kerja Adi terus berkejar ke No Black Tie ..nasib baik jalan dah clear..kalau tak mahunya tersangkut kat jam!


Pic: Amylea memegang watak heroin dalam CAMP ROCK.!!

Hmm tapi sesat jugak nak cari No Black Tie ni..pusing juga la kat belakang Hotel Istana tu..hehehe....Alhamdulillah sesampai jer kat No Black Tie, majlis belum mula lagi..tapi yang lain dah ada la...terus kena mekap..aiyakkk..malas betul la kalau kena mekap ni...nak buat cam mana...org dah suruh...huhuhu. Kitarang di tahan di ruangan atas No black Tie ini , sebab wartawan memang tak tahu siapa yang menjadi pelakon suara untuk CAMP ROCK ini.


Pic: Barisan pelakon Suara Camp Rock
(dari kiri - Rizz,Adifashla,Syawal,Amylea dan Farah)


Sepatutnya filem ni untuk remaja belia..tapi adi ni dah terlebih muda belia kot..tapi bila di beri penghormatan ini, mak aiii..rasa jiwa muda lak ..hehe...tapi dalam citer ni suara Adi tak banyak sangat..masa buat rakaman pun siap dalam 45 minit jer..hahaha..kejap jer...

Pic: No Black Tie dari sudut atas

No Black Tie ni adalah kelab Jazz..sebelum ni Adi pernah datang sini ,tapi dah bertahun yang lalu, masa tu tengok Sahri perform lagu Jazz kat sini. Tempatnya takde la besar sangat..memang agak sempit..sebab dulu bangunan ini merupakan rumah teres..dan kini di ubah suai menjadi restoren dan club jazz. So korang nantikan tanyangan CAMP ROCK di Disney Channel Astro ok!!

4 comments:

Agogo Trek said...

salam adi (^_^)v

thanks k sudi share gamba press confrence camp rock kat sini.

nak minta izin ni... i nak amik pic shawal k nanti i letak kredit n link kan ke blog u ni k... tq soo mucchh!!!

Edzlin said...

hi abg adi. nampak cozy je tmpt nya kan. tak sabar nak tgk camp rock versi melayu ni

faRah said...

wah abg adi tak sbr tggu kemunculannyer..

ADIFASHLA said...

Ok , boleh ajer Agogo Trek...tempat tu memang nampak cozy..tapi ok la..tunggu l tayangan nnya nanti yer...