Wednesday, September 10, 2008

Berbuka Puasa di rumah Pendengar Setia Era -Linda

RABU 10 Sept 2008

Pic: Lynda a.k.a Tuan Rumah!!

Hari ni masa Pagi@Era , kami buat topik pasal krew Pagi@Era teringin nak berbuka puasa kat rumah pendengar bertuah. Maka ramailah yang menelefon dan sms kami mengajak kami berbuka puasa di rumah mereka.Hehehe.


Antara banyak-banyak permintaan , kami telah memilih Lynda dari Shah Alam. Kami memilih Lynda kerana katanya dia tinggal bersama suami , dan juga 3 orang anak..iyer lah kiran tantya dia masa on air


" Kieran: Lynda, berapa orang dalam rumah awak?

Lynda: 5 orang...

Kieran: Oh jadi awak, suami awak dan 3 orang anak awak la?..

Lynda: Errrr...Yea!!

Kieran: Haa..kan saya betul!!!"


Haha, ni masa perbualan kami dengan Lynda masa on air ka Era, di sebabkan Lynda ni ada suami, anak pun tiga , dekat pulak tu, maka kami pun pilih lah dia, tetapi masa nak umumkan siapa yg terpilih, baru kami tahu Lynda ni belum kahwin lagi. Tetapi di sebabkan Kieran tanya mengejut...dia pun kata "Yer" la...nervouse punyer pasal..hahaha. Sebetulnya Lynda ni tinggal ngan adik beradik nya dan juga ibunya.


Pic: Makanan yang bakal jadi mangsa!! Ini baru sikit! Ada banyak lagi!!


Jadi kami pun berjanji , akan jumpa kat Shah Alam jam 630ptg. Adi dan Kieran sampai dulu kat Saha Alam, jadi Lynda ambil kami kat satu tempat. Hehehe..tengok kereta Lynda dah tahu dah, dia ni memang peminat setia Era..sebabnya ada banyak sticker ERA yang terlekat kat keretanya! Kata seorang kawan Lynda, tahap kefanatikan Lynda terhadap ERA ialah apabila dia hampir hampir membuat "airbrush" logo ERA kat kereta nya..Hahah..ni karang jadi macam kereta Skuad ERA la pulak! Hmmm ..memang kami tak salah pilih rumah nak berbuka ptg ini!


Pic: Kieran jumpa Kieran Superman!
(sebab rambut Kieran dulu cam Superman, ada jambul di depan!)

Masuk rumah Lynda jer , terus mata tertumpu kat board yang ada gambarKnK...heheh..Kieran versi KnK, ..Alamak, rambut ala-ala Superman la..huhuhu. Masih lagi di simpan dengan baik board ini oleh Lynda! huhuhu

Pic: Sesi bergambar sblm berbuka utk mengelakkan dari teringat kat makanan,

Ramai orang yang dtg kerumah Lynda hari ni, disebabkan masa dia telefon ERA pagi tadi kat ofis, maka satu ofisnya tahu Krew Pagi@Era nak dtg rumahnya, jadi , kawan kawannya yang lain juga teringin turut serta..hehehe..dengar citer Lynda terpaksa ambil cuti setengah hari , sebab nak buat persediaan,.(actually , ini yg kitarang tak mahu, sebab menyusahkan tuan rumah., sebab itulah kami bawa juadah.) Tapi Lynda ni beriya0iya jugak nak masak kami..jadi Alhamdulillah la...mungkin sebab kawannya datang , dia pun masak hjuga, sebab kami ingatkan dia hanya berlima sahaja..huhuhuhu.

Pic: Adi bersama Lynda dan juga kawan-kawan ofis Lynda!

Tu dia, dah macam nak kenduri la pulak! hehe, tapi seronok la , meriah , silapnya Lynda tak pasang lagu raya, kalau tak..hehe..dah jadi macam rumah terbuka hari raya lak..hehehe.

Pic: Sedang mendengar adi memberikan tazkirah! ..err..bukanlah ..ni sesi buat lawak!


Pic: Bergambar ala-ala sekolah sebelum balik!

Masa berbuka, hallamak jgn citer la, sekali masa layan mee rebus Lynda, alahai tangkap ke dalam kalbu la, sedap!! hehehe, walaupun Adi terambil banyak (actually sajer jer ambil banyak!) Adi berjaya menghabiskan juga dalam masa yang singkat, memandangkan ramai lagi orang jadi Adi tak tambah la..hehehe,..takde la..perut dah penuh..dengan murtabaknya, air tebu, kuih -kuih dan kurmanya..alahai memang buka kali ni memang makan banyak...mungkin juga sebab ramai orang, seronok la makan, sambil makan , sambil berborak! Nasib baik lepas tu takde sesi main bunga api...kalau ada , lagi best!! huhuhuhu


Pic: Inilah keluarga Lynda bersama krew Pagi@ERA

Apa -apa pun nak ucapkan terima kasih kat Lynda sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan kami, mee rebus Lynda memang klass! Masa nak balik tu mak Lynda telah bekalkan kami dengan mee rebusnya ! InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi! ...Hmmm..minggu depan nak berbuka rumah sapa lak yer?!!!!

3 comments:

nor said...

best nyer lauk pauk tu...

ADIFASHLA said...

err..Nor, takde lauk pauk la, meehon dan mee rebus serta kuih muih..huhu..tgh puasa ni Nor, hehe..mesti berimaginasi tentang lauk pauk..hehehe

|A|z|R|i|N| said...

wah! giler mcm sonok eh gi bole gi singah umah peminat fanatikz gini!! siap ada poster KnK lgtuh! letak dlm umah plak tuh..tak bole tahan...