Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA!!!


RABU 1 OKT 2008


Selamat Hari Rayaaaa!!! Hey sedar tak sedar dah raya balik dah..rasa macam baru semalam jer raya tahun lepas dah berlalu. ...Ini tahun pertama ADi beraya sebagai salah seorang penyampai ERA! Hahaha..macam tak percaya lak. Tak pernah nak bermimpi akan bersama ERA tahun ni.Inilah namanya rezeki . Ehh..apa Adi melalut ni..

Ok..cerita pasal raya..Hahaha..sejujurnya..tahun ni Adi tak rasa nak raya sangat. sebab dari awal dah tahu kena kerja masa Raya. Yup..kat situ dah kill semangat raya Adi..hehehe..maksud kat sini..bukannya Adi tak suka kerja..malahan tak sabar nak kerja di hari raya..tapi in term nak berhari raya..tahun ni cukup berbeza dari raya raya 29 tahun yg lepas. Hehehe..



UCAPAN RAYA ADI UNTUK SEMUA

Raya tahun ni cuma cuti raya pertama la. Hehehe. Raya pertama biasanya memang Adi takde kat rumah, sebab balik ke rumah nenek kat Bt 23 Sg Nibong , kat Sekinchan.Huhuhu.. satu hari suntuk Adi akan kat sana, mengunjungi keluarga di sana. Makanan yang paling Adi tak sabar nak makan ialah ketupat dengan rendang serta kuah kacang yang sedap! Yeah...

Apa-apa pun Adi nak mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin, sepanjang perkenalan kita Adi ada terkasar bahasa atau menyakiti hati sesiapa..setiap orang ada kelemahannya..InsyaAllah nanti Adi akan cuba update apayang berlaku kepada Adi sepanjang raya ini ok!! SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! SAYANG KORANG SELALU!!!!

5 comments:

edzlin007 said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Abg Adi. Maaf Zahir dan Batin. luv u. :D

Fizah said...

selamat hari raya Aidilfitri.. maaf zahir jer.. heheheh..

Nuri said...

Adi,
Selamat Hari Raya.
Nanti singgah la kg nenek saya sebelah bomba Sekinchan tu k.
;)

teddybearhijo \\(^.^)"// said...

owh2, sy ske anda makai ijau! huhuu, samat ari raye anda... (^^)"

ADIFASHLA said...

Selamat hari raya Nuri, teddy...thanks sebab singgah sini...