Friday, October 10, 2008

Metallica - Death Magnetic

Jumaat 10 Oktober 2008

Hari ni Adi balik ke kampung, memula cam tak nak balik , tapi hati terdetik, pulang jugak pukul 530 ptg meredah jam..takpe la...sambil memandu..sambil layan CD terbaru Metallica-Death Magnetic Edisi Malaysia. Tak tahulah sejauh mana bezanya edisi Malaysia ni dengan yang original.

1. "That Was Just Your Life" 7:08
2. "The End of the Line" 7:52
3. "Broken, Beat & Scarred" 6:25
4. "The Day That Never Comes" 7:56
5. "All Nightmare Long" 7:57
6. "Cyanide" 6:39
7. "The Unforgiven III" 7:46
8. "The Judas Kiss" 8:01
9. "Suicide & Redemption" 9:56
10. "My Apocalypse"


Album ni ada 10 buah lagu yang menampilkan pemain bass baru Metallica iaitu Robert Trujillo . Suka tengok gaya agresif mamat ni.Tapi rasanya Adi lebih suka kat pemain bass yg sebelum ni, iaitu Jason Newsted. Coz jason ada attitude dah boleh nayanyi sekali.Banyak orang kata untuk album ni, Metallica nak balik ke konsep asal mereka macam album dulu - dulu..seperti Master of Puppet dan And Justice of All.


Katanya album ni mula pra produksi pada tahun 2006 lagi..dan mengambil masa 6 bulan untuk di rakamkan..kiranya diarang bertapa la.

So macam mana lagu baru Metallica?....Ok...teruja nak dengar hasil terbaru Metallica bersama penerbit nya iatu Rick Rubin yang juga menaikkan SOAD! (CD SOAD tak pernah keluar dari pemain stereo Adi kat dalam kereta.).

Masukkan CD, .....loading...pusing volume kuat kuat! ...Boooommm!!! hehehe...

gitar dengan drum memang bingit la...dari track 1 sampai 10 Adi dengar satu persatu..hahaha....memang album kali ni betul betul macam Metallica yg dulu...tapi takde la nak dengar rif-rif yang teknikal sangat dari Kirt Emmet..entah la..banyak sangat "palm muting" (satu teknik permainan gitar yang mematikan tai gitar dengan tapak tangan..sambil pick gitar memetik tali gitar menyebabkan bunyi lebih berat!!)

Adi lebih suka album BLACK dan album Garage Inc diarang..Untuk album ni lagu yang masuk dalam kepala Adi ialah "Broken, Beat & Scarred" dan juga track no 9..takde lagu..tapi instrumental metal power menerusi "Suicide & Redemption"..lagu - lagu lain tak masuk lagi..mungkin kena dengar berkali-kali baru ok kot...

Ok..untuk peminat Metallica...dapatkan album baru diarang ni..kalau korang suka muzik metal ala-ala zaman 80an..untuk album ini Adi bagi 7/10..

5 comments:

Shukri said...

aku dah dengar lagu diorang ni..
mmg diorang buat sama macam 1st album mereka..

agak thrash skit bunyinya..

tp mmg best album baru ni..

adi,ko cuba dengar album bari slipknot - all hope is gone, lagi lah sedap..

ehehehe

ADIFASHLA said...

Shukri, yup dah dengar album diarang..dan album diarang kali ni dah tak heavy sgt cam dulu..dah tua kot..hahaha..agaknya sebab nak kelua mTV selalu kot..diarang tak buat heavy..hehehe

edzlin007 said...

saya pun dah dgr album ni. mmg best, ayah yg minat. tp lagu fav saya Suicide & Redemption. haha, no idea nape suka. best dgr

shah said...

oo....ini ke album yang diorang perkatakan.......tak dapat peluang lagi nk dengarr

ADIFASHLA said...

Dengar la Shah, kalau minat metal la..