Monday, October 13, 2008

Rumah Terbuka ERA

AHAD 12 OKTOBER 2008

Seytelah beberapa minggu kitrang kat ERA buat bising pasal rumah terbuka ERA..maka hari nilah tiba masanya yang di nantikan . Rumah Terbuka Raya ERA berlangsung di SP Setia Welcome Center di Setaia Alam , Shah Alam. Majlis bermula jam 12 tgh sampai lah kul 4ptg.

Pic: Seronok dapat makan lemang!!!Sedap Yo!!

Alhamdulillah memang ramai yang datang , aggaran ialah dalam 10 000 orang .Lebih kurang la...yer la kalau dah namanya rumah terbuka..mestilah ramai.

Pic: Lemang, rendang, satay dan ayam masak kari antara juadah utama.

Makanan yang disediakan ialah Satay, Lemang dan juga lauk pauk lain serta kuih muih raya juga di sediakan.hallamak..memang mencabar perut. Actually Adi bertolak dari rumah Adi kat Tg Karang, sebab hari Jumaat tu balik Kg..saja..masa pagi tu, Adi tak makan sgt kat rumah , sebab memikirkan nak berumah terbuka, mesti ada makanan...so makan jer la kat sana nanti kan..

Pic: Budak -budak seronok beraya!

Masa sampai kat SP Setia, majlis dah nak bermula, Kiranya Adi lambat jugak la sampai. Hahaha..Adi di sambut dengan pegawai SP Setia dan terus di bawa ke lokasi pentas utama untuk rumah terbuka dengan menaiki Buggy Car. Laaa...Adi ingatkan majlis kat dalam bangunan SP Setia Welcome Center ..rupanya kat luar la..dekat padang..Alamak.....bukan apa, sebab Adi memakai kasut yang rasanya tak sesuai dengan keadaan padang. ..rasanya penyampai Era yang lain terutamanya wanita juga mungkin terfikir sama seperti Adi. Nah apa yang Adi risaukan memang terjadi la..Hahaha..padang tersebut keadaannya agak teruk jugak..iaitu becak! alahai...tapi nak buat cam mana..nak balik ke kereta tukar kasut , majlis dah bermula..maka redah jer la..hahaha...lenyek , jangan tak lenyek..alahai...huhuhu..silap kasut la.

Pic: Ramainya orang!! Huhuhuhu.

So jalan lah perlahan - lahan ke meja makan..masa nak duduk pulak..mai aiiii..hampir - hampir tumbnag Adi..apa tak nya..kaki kerusi yang Adi duduk terus masuk ke dalam tanah , hampir hampir Adi terhumban,..Alamak..dah kena mencabut kerusi tu. Hahaha. Pak Nil lak lagi best..dia dah tahu kat bawah agak basah..so dia lepak atas stage jer...tapi memang dia jadi MC pun hari ni..hahaha..Alang -alang dah kotor...belasah jer la..

Pic: Pak Nil jadi MC utama untuk rumah terbuka ERA.

Ok berbalik pasal rumah terbuka ERA. Selain upacara makan-makan , kami juga ada permainan dan juga hadiah yang jadi rebutan.Hehehe.. antara permaianan yang kitarang ada ialah ..balut pasangan masing masing dengan tisu ....hahaha....Ini kiranya nak tengok tahap kreativiti memasing la..

Pic: Tempat ketiga - Fesyen "Tak Siap di Pagi Raya"

Pic: Tempat ke-2 : Fesyen "Kemalangan di pagi raya"


Pic: Johan- Fesyen " Kedinginan di Pagi Syawal"..hehehe


Pic: Adi - "Sepohon kayu daunnya rimbun"
Nana - "Hmmm lagu ni lagi!!"
Kieran- "Sepohon kayuu.....oit tadi kata nak nyanyi lagu Pagi Yang Gelap??!!Huh!!

Lepas jer Pak nil mengacarakan majlis..Adi ,Kieran dan Nana pulak ambil bahagian menghiburkan penonton dengan celoteh kami.takde la nyanyi..sebab takut nanti cuaca akan jadi tidak menentu dan memburukkan lagi keadaan padang..hehehe..

Kami mengendalikan permaiana mengayam ketupat dengan riben..susah oo buat ketupat dengan riben sebab licin riben tu..Brother katbawah ni lak..susah nak buat ketupat sebab tangan dia menggigil gegiler ..hahaha.Pemenangnya ialah kakak sebelah brother tu..dengan kelajuan membuat satu ketupat dalam jangka masa satu minit..laju giler lah...huhuhu

Pic: Acara menganyam ketupat dengan riben..akak tu bagi brother sebelah dia ni buat dulu, sebab dia boleh kejar dengan selambernya..terus menang! hahaha

Pic: Adakah diriku kelihatan seperti YB?..Cehh!!!sifar!!



Pic: Zahid sedang membuat persembahan di saksikan oleh seorang krew Skuad Era yang kechewa kerana Zahid tak nak berduet dengan dia..huhuhu..sebab dia tak pakai baju raya..hahah

Pic: Kitarang kechewa sebab tak dapat tengok jac nyanyi sambil angkat- angkat mic..dah takde dah..


Pic: Bila Adam nak nyanyi jer.ada orang jerit, bila Adam nak makan jer ada orang menjerit.., bila Adam menjerit..ada lak yang meraung..sebab Adam jerit..DIAM!! hahaha...gurau jer!!

Pic: The Kintels!!!

Lepas jer mengacarakan majlis, terus turun dan beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung terutama kawan - kawan Adi yang datang dari jauh..dari KL dan dari mana-mana lah..hehehe..thanks kat korang! Hajat di hati nak makan lemang nampaknya tak dapat di tunaikan sebab sibuk melayan orang ramai..hehehe..bukan selalu dapat jumpa pendengar Era yang ramai macam ni..


Pic: Tomeinya Adik -adik ni..thanks sebab dtg yek!!


Pic: Kamilah Skuad Angkasa Gaban!! Wakata-wakata penanda!!!


Pic: 2 teruna bersama 2 ayahanda!! hehehe..

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah...dan kami pulang dalam jam 330ptg..dan masa on d way balik ke KL..hujan turun mencurah -curah..Ya Allah lebatnya...nasib baik la majlis dah tamat lebih awal..apa-apa pun nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi bersama kami..dan yang tak dapat pergi tu tak per..lain kali kita jumpa lagi ok!!! Teruskan berhari raya di bulan syawal!!!

Pic: Hujan rahmat!! Alhamdulillah!!

8 comments:

Fizah said...

Sedihnyer x dpt pergi.. Punyalah excited, fizah dah siap kan baju kaler kelabu. Sekali kakak ajak pi open kat kelab Golf shah Alam.. Sadis nyer..

** SaLLy ** said...

Assalamualaikum YB..tumpang lalu ye..hihihi...aduihhh makan-makan dan makan lagi sampai kembung di Rumah Terbuka Era.. :P

faRah said...

hahaha sally..abg adi sebijik mcm YB kan ngn kasut yang bkilat tu...
sdh2 tak dpt join....

edzlin007 said...

mmg best umah terbuka era kali ni. tp sayang tak sempat tgk sampai abis, ada hal. abg adi mmg smart time tu, berbaloi la abg adi walaupun bawah kotor kan

ImaDean said...

tah..kita pun x dpt gi...sbb ada open house lain lak...+ jauh gak nak pi pun...nex year wat area kl ek..hehheee....

selamat ari raya ADI Kintel Gaban...

Aizad Adenan said...

Mesti meriah giler kan.. apa2 pun tahniah.. coz era memang best..hehehe

Aizad Adenan said...
This comment has been removed by the author.
AuRoRa said...

yb..sehat? :P