Monday, June 15, 2009

CyberFusion 2009

AHAD 12 April 2009

Hari ni Adi dapat peluang untuk menjadi MC untuk majlis yang agak gempak iaitu Cyberfusion 2009 kat MMU. Satu acara bermain games LAN (LAN Party) dan tujuan utamanya untuk memecahkan rekod dunia dalam
Guinness World Records.



Seramai 250 peserta menyertai acara ini dan mereka sekurang kurang nya perlu mencatatkan 38 jam bermain pc games tanpa henti...giler ahhh..dan mereka juga tak di benarkan utk berehat lama....hanya 2 minit dalam satu jam..so..mereka tak boleh la mandi..kecuali mandi ala-ala P.Ramlee dalam Bujang lapok...letak air bawah mata!!

Antara pc games yang mereka mainkan ialah

Call of Duty 4, Counter-Strike 1.6, DoTA, FIFA’09 and Sudden Attack. Hadiah yang di tawarkan juga lumayan hampir RM100 000. ..sudah pasti wakil dari Guiness World Records hadir sama memantau dan mengaudit percubaan ini. Kawalan dan syarat penyertaan memang ketat la , antaranya kalau ada peserta yang keluar tandas dan tak pulang apabila masa yang dibenarkan iaitu 2 minit tamat..maka dia akan di singkirkan daripaa percubaan ini...sebab pegawai akan mencatatkn masa perserta itu keluar rehat dengan menggunakan jam detik ....giler ahh...adalah kurang dari 10 peserta yang tersingkir di sebabkan pelbagai sebab..Bayangkan la kalau kita main games 2 hari tanpa henti...muka diarang ni dah kira cam zombi la pulak...tak cukup tido...



Akhirnya mereka semua berjaya memecahkan rekod dunia LAN PARTY dengan masa 40jam !!! Cayalah!!! Kesemua peserta mendapat hadiah dan juga sijil dan rekod ini semestinya di iktiraf oleh pihak Guiness World Records!!

P/s...dari dulu sampai sekarang cuma tahu main Red Alerts 2nd version...hahahahaha...dah berjuta kali main dah..agak agak boleh masuk Guiness World records tak?..hehehe

2 comments:

edzlin007 said...

cayalah abg adi,jadi pengacara tuk event sebegini. saya suka main counter strike.

abg adi leh cipta rekod, main game seminggu, berhenti tuk solat. makan sambil main...isk2 mau pinar mata

Rusmahainiza said...

tahniahlah kpd mereka coz mencipta world rekod lagi! abg adi pun tahniah gak jadi pengacara for event yg bersejarah ni.ini bermakna anak malaysia pun boleh mencipta rekod dunia!....
malaysia boleh!