Friday, June 19, 2009

Zoo Taiping 2009

SABTU 13 Mei 2009

Sempena Jelajah ERA bersama Perodua kat Taiping tahun ni..kitarang dah rancang dari awal nak ke Zoo taiping lagi macam tahun lepas....cuma masalahnya kami takut tak sempat pulak..sebab biasanya kalau naik bas beramai ramai ni pasti perjalanan akan lambat la...kalau sepatutnya perjalanan dengan kereta boleh buat dlm 3 jam..tapi kalau naik bas biasanya akan ambil masa 5-6 jam...hehehe..biasa la..yang berhenti nak makan, nak merokok, nak buang air kecil..mesti ada punya la...tu yang delay...

Kitarang bertolak dari KL jam 4 ptg dan sampai ke taiping dalam pukul 830 malam..buat soundcheck , lepas tu dalam pukul 1030mlm bertolak ke hotel kat taiping Golf resorts...agak jauh juga dari venue konsert....sampai sampai kat lobby..semua dah kecoh..kata nak pergi Zoo Taiping..honestly Adi rasa dah tutup kot Zoo taiping tu..yer la dah pukul 1130mlm...tetiba si Farah D...cakap..

Farah D: Tak la..tak tutup lagi la..sebab diarang tunggu kita..kita dah booking!!!

Waahhhh!!! Zoo pun boleh main booking booking ker??...apa lagi kitarang berdesup la pergi ke safari Zoo taiping..hehehe

Tak pernah seumur hidup Adi pergi ke Zoo dalam jam 12 tgh malam..gilerrr ahhh ..hahaha...haiwan haiwan pun agaknya semua dah tido..hahaha..semua orang xcited termasuk la orang kuat Promosi Perodua -Kak Sue pun join kitarang!! hahaha...So kat Zoo ni dapat lah tengok haiwan haiwan yang betul betul aktif di waktu malam seperti kucing hutan, harimau kumbang, dan sebagainya.

Tapi ada kat satu area ni memang agak menyeram kan untuk kitarang yang pergi ke sini tahun lepas... masa tu ada pengunjung lain ambil gambar...sekali kecoh kecoh la..kitarang pun tengok apa yang berlaku...rupanya gambar yang di ambil oleh budak tu..mengandungi gambar seorang wanita yang memakai baju putih dan berambut panjang sedang memandang ke kamera...huhuhu.....cuak gak..so bila kitarang lalu tempat yang sama kali ni..semua diam jer..hahaha
Sorry la takde gambar haiwan sebab semua gambar gelap la..hahaha..maklum la malam ...kitarang habis tour dalam satu jam...pukul 115pagi kitarang keluar dari Zoo taiping ..perut lapar..dan kitarang pun pergi makan kat gerai yang masih buka sampai la jam 3pagi...perghhhh...berembun kat Taiping yang nyaman!!!!

1 comment:

edzlin007 said...

cayalah crew zoo taiping ni. tunggu krg semua buat lawatan. korang semua atas train je eh, tak jalan kaki?