Thursday, September 30, 2010

Sidang Akhbar ChipmoreLand musimke-5




Rabu 29 Sept 2010

Pagi ni Adi ada sesi sidang media untuk memperkenalkan ChipsMoreland musim ke-5 yang berlangsung di Dining Exec, Sri Pentas , di Bandar Utama Damansara pada jam 11pagi. Jadi dalam pukul 10pagi Adi dah berada di Sri Pentas.



Tidak semua peserta ChipsMore Land 5 dapat datang pada hari ni, memandangkan ada antara mereka yang menetap di luar KL...Yang datang hari ni adalah , Maria, Yuseff dan juga Alif yang duduk di kawasan lembah Klang!! Ok kawan kawan...Jangan lupa saksikan rancangan ChipsmoreLand musim ke-5 ni di TV9 , setiap hari RABU jan 730ptg!! mulai 6 Okt ini!!




Petang ERA #1 Drive Show pilihan pendengar.




RABU 29 SEPT 2010

Hari ni keputusan untuk kaji selidik Nielsen di keluarkan....alhamdulillah sekali lagi Petang ERA yang di kendalikan oleh Adi dan Reza berjaya menduduki tangga pertama untuk kategori Drive Show untuk siaran radio di Malaysia. Alhamdulillah...memang la happy kan...macam orang dapat no1 periksa dalam kelas masa sekolah sekolah dulu...

Tapi ini semua tidak akan berlaku kalau takde kerja keras dan bersungguh sungguh dari semua team ERA dan juga AMP. yup!! Semenjak bekerja sebagai penyampai radio sejak 6 tahun yang lalu..inilah saat saat yang paling puas utk nikmati!! Yeahhh!!! Adi tahu pasti ada pasang surut dalam persaingan radio ini, sebab itu kitarang akan terus memberikan yg terbaik tak kira la kedudukan kitarang kat mana....Hari ni mungkin kat atas....esok mungkin kat bawah...


Semasa Nazri (bos Era) datang menjenguk secara tiba tiba ke dalam studio , ketika Adi dan Reza bersiaran...dari luar jer dia dah tersenyum senyun....bila dia masuk dalam studio kitarang, dia pun berkata...:

Nazri: Tahniah korang no 1 untuk Drive Show kat Malaysia.....!!!

Adi dan Reza: Huh?!!

Pastu Adi dan Reza menjerit dalam studio kitarang dan kitarang bertiga berpelukan bersama sama.....menghargai detik detik yang hebat ini...macam budak budak kecik jer kitarang terlompat lompat dalam studio.....Alhamdulillah....syukur!!


Well , terima kasih kat semua pendengar ERA dan teruskan sokongan anda kepada kami..."andai kata kami di atas , jangan pula dipuji...dan andai kata kami di bawah, jangan pula dikeji"


lepas jer dapat keputusan ....terus DEMAM.....aduhh....cobaan!!

Sunday, September 26, 2010

Selamat Pengantin Baru Dina Almashoor!!


AHAD 26 SEPT 2010

Hari ni Adi pergi ke majlis perkahwinan Dina Almashor yang diadakan di sebuah dewan di dalam UKM. Sepatutnya ADi nak pergi awal sikit, tetapi disebabkan nak konvoi dengan Dina, maka kenalah tunggu dia , pukul 230ptg baru kitarang sampai ke dewan persandingan.

Ketika kitarang sampai, pengantin sedang bersanding la...besar juga dewan perkahwinan ni..Si Dina pulak, sampai samapai jer kena serbu dengan saudara mara sebab Dina Nadzir ni dan D'Almashoor ada pertalian saudara...



Adi lak terus carik lokasi utk duduk, tengah mencari cari , tetiba Rizal ERA memanggil, rupa rupanya dia duduk dengan Pak Tam Sinar !!! Hahaha...so join la sekali dengan dia...
Well nak puji makanan masa majlis ni la..menu dia nasi beriani!!!, memang sedap giler...si Dina , sekali suap jer dah berbunyi....
"Sedap....sedap...sedap!!"

Bila Adi suap makanan pulak ,

"memang sedap....kena tapow ni Dina..."




Sementara nak tunggu pengantin sampai kat meja kitarang, kitarang pun menikmati juadah dengan sepenuh perasaan la...selepas setengah jam, barulah pengantin sampai ke meja kitarang...chewahh!!! hehehe

Pic: Pengantin baru..D dan Syed..

Selepas ini D"Almashor akan menumpukan sepenuh perasaannya terhadap rumah tangga nya, dimana suaminya ' Syed, adalah seorang pilot...so..sudah semestinya D akan selalu di sisi suaminya la...Apa apa pun Adi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada D almashoor dan suami, semoga kekal bahagia selamanya dan all the best utk karier seterusnya nanti!!






Hari Alumni Kolej Pendeta Za'ba UPM


SABTU 25 SEPT 2010

Hari ni Adia dapatr jemputan untuk majlis bersama Alumni Kolej Pendeta Za'ba UUPM, di mana Adi belajar dan menetap suatu masa dulu...Adi duduk di kolej ini dari tahun 1997 (Matrikulasi) sampai lah grad pada tahun 2001.

Kiranya dah 9 thn tinggalkan blok tercinta -Blok Cendikiawan- atau kitarang sebut CENDI sahaja. Nasib baik Adi berpeluang untuk duduk di Kolej sampai grad...kalau nak ikutkan , Adi takde la aktif sangat dengan aktiviti kolej, kecuali main band dan main badminton and volley ball jer..hehehe...

Tapi sekarang ni blok Cendi KPZ ni dah jadi blok perempuan lak..tinggal satu blok jer untuk lelaki kat KPZ ni iaitu Blok Pintar. Blok yang bertukar jantina!!

Pic: This is my studio...err bilik tidur actually!!!

Sejak dari tahun 1997 hingga tahun 2001 , Adi telah duduk dibeberapa bilik di Blok Cendi ini, paling lama adalah di bilik 206 ini..haha..kat bilik inilah Adi mengasah bakat nyanyian dan juga sering jadi tumpuan sebab kitarang buat bilik ni macam bilik studio...hahaha...dengan gitar, amplifier dan juga sound system ada dalam bilik ni...haha...

Nanti kalau ada kelapangan Adi akan cerita pulak tentang band Adi masa kat UPM dulu -PUTRA LRT-hehehe

Pic: Gelanggan Badminton tempat mengasah bakat!!



Kat tengah tengah blok ni ada gelanggang badminton, boleh di katakan setiap petang Adi akan turun bermain badminton di sini dengan kawan kawan blok lain...dulu gelanggang ni bersih berkilat sebab kitarang selalu main, tapi sekarang , mcm berlumut jer...maybe takde orang pakai kot?..hahaha..

Pic: Ruang Balkoni..

Banyak kenangan manis yang ada kat blok ini , antaranya kitarang selalu buat BBQ, makan sama sama kat koridor blok ni...dan kalau bulan puasa lak...main mercun dan buat meriam kat atas bumbung blok ni...hahaha...shhhh...tu masa zaman belajar dulu...agak nakal la...hehehe

Pic: Gambar tangga pun nak ambik..hehe

Ahh..kalau cerita memang tak habis la...biar ianya tersimpan dalam benak Adi ni ....:))

Oh yer, Acara hari ni sebetulnya untuk mengumpulkan seberapa ramai alumni dari kolej ini utk bersama sama beramah mesra...Alhamdulillah Adi dapat juga meluangkan masa dalam 2jam setengah melawat KPZ ini.

Pic: Sedang kusyuk mendengar citer dari alumni...

Pun begitu , Adi dan rakan rakan alumni yang lain berkesempatan melawat beberapa blok di dalam KPZ dan memberi sedikit nasihat dan bercerita pengalaman kami dulu kepada penghuni KPZ sekarang ini....boleh la citer sikit sikit...hehehe..

Pic:"Sayang, kita jumpa kat Kolej 5 ok!!!...hehehe"

Apa apa pun nak ucapkan terima kasih kepada warga KPZ yang menjemput Adi tempoh hari...Cendi dan KPZ tetap akan berada di dalam hati Adi selamanya!Setelah 9 tahun, baru aku dapat kembali...ke CENDI!!!!!!!














Saturday, September 25, 2010

Cabaran 14 Hari dengan Nestle Bliss




Adi baru sahaja menerima tawaran untuk menjayakan program 14hari cabaran minum minuman yogurt Nestle Bliss....jadi excited jugak la dapat turut serta dalam projek ini, memandang kan Adi memang gemarkan makanan yang berasaskan yogurt...sebagai pengganti aiskrim!!!

Semua orang tahu makan yogurt adalah baik untuk kesihatan. Sama lah dengan meminum Nestle Bliss yang sedap, rendah lemak dan juga kurang manis..sedap la . Adi dan mak Adi memang suka minum Nestle Bliss ni...somemore rasanya memang dari jus yang sebenar...so takde la perisa tiruan dalam Nestle Bliss ni.


Pic: Perisa yang Adi suka!!

Ia juga dapat membantu penghazaman perut..Nestle Blizz juga merupakan satu satunya minuman yogurt yang mengandungi "Inulin" atau pun dalam erti kata lain mengandungi fiber!!

Pic: Penuh kat dalam peti sejuk!!

Terima kasih kepada Nestle yang memebekalkan Adi dengan Nestle Bliss ni..boleh la Adi nikmatinya bila bila masa jer....

Korang boleh dapatkan di pasaran dalam kuantiti 700gram dan 200gram dengan 10 perisa buah buahan yang unik!!!

Selamat mencuba!!!






Friday, September 24, 2010

Demam Iphone 4???

Pic: U wanna??

Sabtu 25 Sept 2010

Minggu ni antara yang banyakdiperkatakan ialah pasal Iphone4...malah kat office ni pun ramai yang nak dapatkan Iphone4...so far belum ada yang dapat secara rasmi lagi...huhu...pelancaran Iphone4 semalam oleh Maxis memang agak gempak..Adi cuma berada di studio untuk mengawasi siaran luar dari The Garden yang di hostkan oleh Dina dan Rizal di sana...dengar citer 60 pemilik iphone4 yang pertama telah mendapat iphone4 mereka semalam...gempakla...


*Pic: Unboxing iphone 4

So bila Adi tengok iphone4 ni rasa mcm berminat pulak...actually Adi ni seorang yang tak suka sangat device yang mcm mainan budak budak...sorry to say..Adi tak suka sangat design iphone sebelum ni seperti model 3GS.....tapi model iphone 4 ni menarik pulak...nampak lebih "manly" dan eksklusif dengan sentuhan keluli yg menarik...tak sambar satu ker?



Nak beli ker?...haha..kalau nak beli Adi kenalah jual salah satu BB yang Adi sedang pakai sekarang...mungkin bila dah reda sikit que...boleh la sambar satu nanti...korang lak macam mana?...



Pic: Me and Hanif Riuh Pagi ERA sedang usha iphone 4












Wednesday, September 22, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows

Salah satu filem yang Adi nanti nantikan pada tahun ini adalah filem Harry Potter - Harry Potter and the Deathly Hallows. Dikatakan filem Harry Potter yang kali ini adalah filem yang paling "dark" di antara banyak banyak filem Harry Potter...Jadi sama sama kita nantikan filem ini di pawagam pada 16 Nov 2010 ini!!!


Anak anak buah...!!

Pic: Buat aku tersenyum...:) dari belakang Adam, Aulia, Abid!! Haziq tgh tido!!(takde dlm gambar)

Sekarang kalau balik kampung selain jumpa mak abah, faktor satu lagi nak balik kampung adalah sebab ada anak buah yg tengah membesar...hehehe...memang penat la nak melayan..terutama sekali kalau semua duk pakat nangis ramai ramai....hehehe....nasib baik semua takde la "cengeng" atau "gembheng" sangat..hahaha...cuma manja jer la...yang tak tahan kalau semua nak dukung...hehehe...sian "embah edok" (my mom)...apa apa pun "ayong" rindu Aulia, Abid, Adam dan Haziq selalu!!! :)))

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Pelancaran Larian KL vs Singapore Nike City 10K



SELASA 21 SEPT 2010

Hari ini pagi pagi lagi Adi dah bersiap untuk ke Pavilion KL sempena pelancaranLarian KL vs SG Nike City 10K.


Adi di jemput untuk memeriahkan acara pelancaran ini, dan insyaAllah kalau kaki Adi pulih sepenuhnya Adi akan menyertai larian ini nanti...lutut masih sakit sangat now..sampaikan berjalan pun kekadang sakit...


Tak sangka , rupanya member Adi , bekas penyampai ERA iaitu Burn pun ada jugak la...sejak Burn tinggalkan ERA, inilah kali pertama kitarang jumpa balik...hehehe...xcited jugak la...coz Burn sama sama dulu dari zaman AF, pastu kat Xfresh FM...dan lepas tu kat ERA, now Burn buat host sukan untuk Astro Arena dan juga ESPN Singapura....happy for u Burn!! So kepada yang rindu kan Burn ini ada pesanan dari Burn untuk korang!!




Pic: Mena dan Andrew , orang kuat Nike Malaysia

Adi sampai ke Pavilion dalam pukul 930pagi dan terus salin baju untuk larian sekejap lagi!! Adi dapat sehelai t shirt, seluar pendek dan juga sepasang kasut Nike LUNARGLIDE +2

Pic: LunarGlide +2



So hari ni acaranya, Adi dan Burn serta beberapa selebriti yang lain berlari mengelilingi Pavilion dalam jarak 1.5km , tapi Adi takde la lari laju sangat , just lari lari anak jer...untuk mengelakkan lutut sakit lebih teruk....






Untuk korang yang nak menyertai larian ini...ini ada sedikit butiran untuk korang...

Tarikh : 10 Okt 2010 (Sunday)

Masa: 7 Pagi

Tempat: Padang letak kereta Jalan Binjai ,KLCC

Kategori : 5KM & 10KM

Pic: Sebelum berlari kenalah warm up dulu..


Yuran Pendaftaran


RM10 (24 YRS OLD AND BELOW AS OF 10 OCT 2010)
RM50 (OPEN CATEGORY - MEN'S & WOMEN'S)

Pic: Dalam perjalanan , berhenti kejap , ambik nafas!! hehehe


Infomasi Hadiah

10K Prizes


prize-table10k-my.gif

Pic: Ni dapat no 1 ker no 3 dari belakang?...hahaha


5K Prizes
prize-table5k-my.gif


School Categories' Prizes
prize-table-team-my-1.gif

Pic: Jamie Pang, Burn and me..memperagakan baju rasmi utk larian nanti!!


Untuk pendaftaran korang boleh pergi ke www.nikerunning.com.my

Jadi jangan lupa sertainya larian ini dan kita jumpa nanti pada 10.10.10!!!





Keluarga Shaznilam

Pic: Adi dengan Keluarga Shaznilam.

Sejak hari raya tahun 2003 hinggalah sekarang ini, Adi sentiasa di kunjungi di rumah Adi di kampung oleh keluarga Azhad "Shaz Nilam" penulis blog untuk Shaznilam Network...Shaz Nilam berasal dari Ampang dan berkahwin dengan isterinya Kak Ainon yang berasal dari Tg Karang...perkenalan kitarang bermula disebabkan oleh AKADEMI FANTASIA....yup..jadi mereka pun berjalan jalan ke rumah Adi semasa raya ....Alhamdulillah raya tahun ni keluarga Shaz Nilam bersama isteri dan anak anak( Azizi dan Azizan) sempat berkunjung ke rumah Adi di Tg Karang....

Shaz Nilam Networks terdiri daripada beberapa laman blog yang memberi maklumat berkenaan pendidikan, berita semasa, agama, teknologi komputer dan politik.dan boleh dikunjungi di http://shaznilam.com/

Memang dia ni rajin menulis!!!! Yeah!! Terima kasih atas kunjungan !! Moga kita jumpa lagi!! :)





Sunday, September 19, 2010

Beraya rumah Mak Long

Pic: Mak Long malu nak ambik gambar!!

Sabtu 18 Sept 2010 Hari ni Adi ada kat kampung , sambung beraya ..hari raya ke-9! Hehehe...so antara rumah rumah kawan dan juga sedara yang Adi pergi..Adi berkesempatan juga untuk pergi ke rumah MAK LONG...haha...bukan mak long Adi, tetapi gelarang untuk salah seorang pendengar ERA yang paling setia .....(walaupun dia dengar radio lain gak)... Ini kali ke-3 jugak Adi beraya kat rumah dia sejak menyertai ERA! Haha...dan kebetulan jugak sia berasal dari Tg Karang!! ( Tanah tumpah darah ku) hehe...rumah dia dengan rumah Adi cuma 2km sahaja...so hari tu , Adi just naik kapcai jer pergi rumah dia! hahaha... Sebelum ni Mak Long dah jemput dah datang rumah dia beraya..tapi sebabkan Adi sibuk, maka terpaksalah di tunda sehingga hari ini...itu pun dah lewat petang jugak...so takleh lama lama sangat sebab nak kejar sebuah rumah lagi..rumah kawan la...

Pic: Kuih raya untuk penyampai Era dari Mak Longggggg!!!

Mak Long rajin buat kuih, malah dia hadiahkan kuih kuih raya kat penyampai penyampai ERA!! Terima kasih MAKKKK LLLLLOOOOONGGGGG!! Tahun depan kita jumpa lagi ok!!!






Kurangkan segala yang tak baik dalam makanan!!

Hari ni Adi pergi makan tengahari di luar bersama kawan kawan ofis, lepas tu bila balik semula kat ofis, ada pameran kesihatan di dalam pejabat ni, jadi di kesempatan itu , Adi pun cubalah untuk membuat uji kesihatan yang ringkas iaitu menguji tahap tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah...oklah ...bayar pun RM3 Ringgit jer...hehehe...

Actually Adi ni agak penakut sikit kalau dengan benda benda medic ni..terutama kalau "bau" hospital...hehehe...


So bila dah buat pemeriksaan tu, pegawai kesihatan tu cakap tekanan darah Adi agak tinggi dan kandungan gula dalam darah juga tinggi katanya....tapi dia kata jangan risau , sebab Adi baru lepas berjalan dan juga baru lepas makan tengah hari..so ianya serba sedikit mempengaruhi bacaan ujian!! Dia tahu sebab dia tanya Adi..baru lepas makan ker?......and i said YES!!


Tapi Adi memang cuak juga bila pegawai tu bagi tahu macam itu..alamak..stress kerja ker ni?..hahaha..so di usia 30an ni , Adi kenalah menjaga makan dan minum , walaupun aktif bersukan , kita tak tahu kan!! Alamak!! So no more sugar and no more salty food la....bukan tak boleh...tapi Adi nak cuba kurangkan la....:) Pegawai tu juga kata kurangkan makan makanan yang berasaskan daging jugak......:) dan minum banyak air!!

Pic: Mesin ini dinamakan sebagai Sphygmomanometer

Lepas jer pegawai tu cakap macam tu...Adi pun terus beli mesin penguji tekanan darah yang dia pun jual...actually dia tak offer pun..Adi yang nak beli....cuak punya pasal la...hehehe...so sekarang kalau takde buat apa -apa kat rumah...hobi Adi adalah ukur blood presure sendiri!! Hahaha.....

Saturday, September 18, 2010

Set Arsenal dari Nike Malaysia!!

Pic: Jersey , stokin dan seluar baru Arsenal dari Nike Malaysia!!

Beberapa hari nak hari raya hari tu , Mena dari Nike Malaysia call, "hey Adi, come here and take ur baru raya "...hehehe....wahh mesti ada koleksi terbaru ni!! Biasanya Adi akan mendapat koleksi terbaru Nike yang ada di pasaran oleh pihak Nike.....tapi kali ni koleksi yang paling Adi nanti nantikan...sebabnya Nike Malaysia berikan koleksi "Arsenal" kepada Adi, termasuk koleksi lengkap Jersey Arsenal...huhuhu..

Dahulu pada tahun 2007 Adi pernah ke Bangkok dan kat sana Adi pergi ke Kedai Arsenal (satu satunya outlet rasmi yang menjual barangan pasukan Arsenal yang ada di Asia Tenggara) untuk membeli eksesori Arsenal yang tak ada lagi..terutama stoking Arsenal...hehehe...tapi nampaknya sekarang ni semua dah ada kat Malaysia sekarang ni...so takyah jalan jauh jauh.....


Pic: Antara yang barangan Nike yang Adi dapat!!

Terima kasih Nike Malaysia, sebab hadiahkan koleksi ARSENAL ni pada Adi....hehehe...so masa hari raya ni hari hari la pakai T-Shirt dan kemeja Arsenal!Kalau nak tahu Adi memang merupakan peminat Nike sejak dulu lagi!! Pantang nampak kasut kasut yang menarik dari Nike..mesti geram punya...hahaha! Thanks Nike Malaysia!!




Friday, September 17, 2010

Majlis Berbuka Puasa ERA TV...Khatimah ERA T V

JUMAAT 27 Ogos 2010

Pic: Sampai sampai jer berbuka dengan cendol dulu sebab que nak ambik makanan agak panjang!! Cendol dia sedap...huhuhu...atau Adi jer yg kelaparan?..hehe


Hari ni ada majlis berbuka puasa ERA Tv di Rainassance KL, melibatkan artis artis jemputan , anak anak yatim dan ibu tunggal dan penyampai penyampai ERA!! Hari ni juga merupakan hari terakhir utk ERA TV . Setelah 2 musim ke udara akhirnya Era TV melabuhkan tirai. Di majlis berbuka puasa ni antara artis yang ada ialah bintang bintangg AF, Mizz Nina, Lan Typewriter dan ramai lagi la...

Pic: Suasana dalam dewan berbuka..meriah..macam majlis harijadi lak...

Last year pun buat kat tempat yg sama...Last year masa nak datang sini , tersangkut dalam jam sampai tinggal 10 minit lagi nak berbuka...tapi tahun ni lagi hebat...sebab masa Adi sampai ke lokasi..diarang dah start berbuka...hahha..jalan memang jam giler..terutama kalau time time nak berbuka puasa ni...

Pic: Penyampai-penyampai Era bersama Juliana Evans

Dalam majlis ni , Adi sempat juga menemubual artis-artis yang datang dan juga para penaja untuk majlis kita pada petang ini. Kira tugasan yang terakhir untuk ERA TV la...

Pic: Tugasan terakhir bersama Era TV

di majlis berbuka hari ni kitarang penyampai penyampai ERA memperdengarkan buat pertama kali lagu hari raya kitarang yang di cipta oleh anggota kumpulan Tilu...dan si rakamkan di Studio KRU di Cyberjaya.....

Pic: Penyampai Era mendendangkan lagu Raya kitarang!!

So lepas ni Adi akan rindu untuk membuat liputan bagi Era TV...sebab sekarang ni Adi memang dah suka giler dengan dunia penyiaran ni...kalau boleh nak maju pulak dalam bidang penyiaran tv pulak...InsyaAllah...perlukan sedikit ruang lagi...

Pic: Bersama sama krew krew ERA TV!!

Panjang usia , ada rezeki...kita jumpa lagi ERA TV!!! Tutup Tirai!!

---THE END---