Friday, September 17, 2010

Majlis Berbuka Puasa ERA TV...Khatimah ERA T V

JUMAAT 27 Ogos 2010

Pic: Sampai sampai jer berbuka dengan cendol dulu sebab que nak ambik makanan agak panjang!! Cendol dia sedap...huhuhu...atau Adi jer yg kelaparan?..hehe


Hari ni ada majlis berbuka puasa ERA Tv di Rainassance KL, melibatkan artis artis jemputan , anak anak yatim dan ibu tunggal dan penyampai penyampai ERA!! Hari ni juga merupakan hari terakhir utk ERA TV . Setelah 2 musim ke udara akhirnya Era TV melabuhkan tirai. Di majlis berbuka puasa ni antara artis yang ada ialah bintang bintangg AF, Mizz Nina, Lan Typewriter dan ramai lagi la...

Pic: Suasana dalam dewan berbuka..meriah..macam majlis harijadi lak...

Last year pun buat kat tempat yg sama...Last year masa nak datang sini , tersangkut dalam jam sampai tinggal 10 minit lagi nak berbuka...tapi tahun ni lagi hebat...sebab masa Adi sampai ke lokasi..diarang dah start berbuka...hahha..jalan memang jam giler..terutama kalau time time nak berbuka puasa ni...

Pic: Penyampai-penyampai Era bersama Juliana Evans

Dalam majlis ni , Adi sempat juga menemubual artis-artis yang datang dan juga para penaja untuk majlis kita pada petang ini. Kira tugasan yang terakhir untuk ERA TV la...

Pic: Tugasan terakhir bersama Era TV

di majlis berbuka hari ni kitarang penyampai penyampai ERA memperdengarkan buat pertama kali lagu hari raya kitarang yang di cipta oleh anggota kumpulan Tilu...dan si rakamkan di Studio KRU di Cyberjaya.....

Pic: Penyampai Era mendendangkan lagu Raya kitarang!!

So lepas ni Adi akan rindu untuk membuat liputan bagi Era TV...sebab sekarang ni Adi memang dah suka giler dengan dunia penyiaran ni...kalau boleh nak maju pulak dalam bidang penyiaran tv pulak...InsyaAllah...perlukan sedikit ruang lagi...

Pic: Bersama sama krew krew ERA TV!!

Panjang usia , ada rezeki...kita jumpa lagi ERA TV!!! Tutup Tirai!!

---THE END---

3 comments:

armouris said...

info tentang puasa di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

edzlin007 said...

semoga ada lagi rancangan Era TV ni. best!

ADIFASHLA said...

terima kasih!!