AHAD 24 OKT 2010
Seperti yang dijanjikan , hari ni Adi menyertai sambutan Minggu Hidupan Liar 2010 yang berlangsung di Zoo Melaka anjuran Jabatan Perhilitan Malaysia. Mungkin ada yang tak tahu bahawa Adi merupakan "duta" bagi Jabatan Perhilitan Malaysia. Satu sumbangan kecil dari Adi untuk masyarakat, sekurang kurangnya Adi dapat menyebarkan sedikit mesej berkenaan hidupan liar ini ketika keudara di ERA. InsyaAllah!!..
Sambutan Minggu Hidupan Liar 2010 ini berlangsung selama 2 hari. Banyak acara acara yang menarik telah berlangsung ! Antaranya peraduan mewarna untuk kanak kanak, pertunjukan haiwan, pertandingan fotografi dengan menggunakan telefon bimbit, Wildlife Race yang Adi sertai dan banyak lagi!!
Oh yer..yang paling menarik bagi Adi kali ini di Zoo Melaka ialah, Adi dapat tengok ular Anaconda yang terkenal di Venuzuela dan juga di Amazon...walaupun Anaconda ini masih kecil, tapi kira teruja juga Adi bila dapat melihatnya....cantik!!!
Ok , Adi memang teruja nak sertai WildLife Race ni...hehe..bila sampai kat Zoo Melaka dalam pukul 830pagi, rupa rupanya Adi merupakan peserta pertama yang sampai dulu untuk pendaftaran.....wahhh ada peluang nak menang ni...hahaha...tapi rupanya peserta peserta yang lain mula mendaftar selepas itu....adala dalam 22 orang yang akan menyertai WildLife Race ni...Kami telah diberikan pasangan masing masing..dan Adi telah berpasangan dengan seorang peserta yang berasal dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Ady Hamzah....yup...kebetulan nama kitarang hampir sama..jadi kitarang namakan kumpulan kitarang dengan "Double Ady & Adi"....hehehe...
Acara bermula dalam jam 930pg...tugasan yang pertama adalah mengambil batu kristal yang ada di dalam sangkar ular sawa....hehehe..kesian ular sawa tu kena kacau sangkarnya....kitarang sempat kumpul 7 batu kristal sahaja, antara cabaran lain ialah mencuci bekas makanan di kandang rusa,membuat origami haiwan, mengira berapa ekor lembu hutan, melukis, mencari info info berkenaan haiwan haiwan yang ada di dalam Zoo Melaka ni...
Adi dan Ady just relaks jer la..sebab kitarang lebih mementingkan riadah daripada menghabiskan cabaran dengan cepat...hehehe....mana taknya..bila nampak haiwan yang best jer..mesti berhenti dan ambik gambar dulu...hahaha...memang sah sah takkan menanglah ni....orang lain punyalah jauh ke depan. Tapi betul jugak, kalau Adi buat cepat cepat nanti dan Adi menang, susah pulak...apa la orang kata nanti?!..Duta Konsevasi Hidupan Liar pulak yang menang!! Hahaha....so better not la.
Antara denda teruk yang Adi kena ialah, muka kitarang kena conteng dengan gincu...warna purple lagi lak tu....hehehe....orang lain dok sibuk basuh muka lepas kena conteng..tapi Adi biarkan jer sampai habis cabaran..hehehe...comot jugak la...orang lain pakai gincu kat bibir, tapi Adi pakai gincu kat muka....dah habis acara, nak hilangkan gincu tu pulak jadi satu masalah.....alamak!! Tak nak hilang la....
Sebelum datang ke Zoo Melaka semula, Adi sempat pergi ke MITC Melaka untuk lunch "ayam penyet" kat sana. Adi sampai semula ke Zoo Melaka dalam pukul 230ptg.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Burhanuddin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Juruperunding Perhilitan yang mewakili Ketua Pengarah PERHILITAN yang terpaksa ke Jepun pada hari ini dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Azhar Mohammed, Pengarah Zoo Melaka,serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perhilitan.
Adi sempat menyampaikan hadiah untuk pertandingan fotografi hidupan liar dengan menggunakan telefon bimbit.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Minggu Hidupan Liar 2010 di Zoo Melaka ini, terutama kepada para pengunjung, peserta, tenaga kerja dan juga kepada pihak Perhilitan sendiri.
Kepada anda semua yang cintakan haiwan liar, pastikan anda mempunyai permit atau kebenaran dari Perhilitan untuk memiliki haiwan liar tersebut...ok!!! Sampai jumpa lagi di tahun hadapan!!!
p/s: Thanks kepada Suzi(Perhilitan) di atas bantuan selama di Minggu Hidupan Liar 2010 ini!! Tq ! Tq!!