Monday, October 11, 2010

10.10.10 Part 1 - Nike City Run KL 10K

10 OKT 2010 (10.10.10)

Hari yang unik dengan tarikh yang unik...lepas balik dari kampung Adi dapat tidur dalam 3 jam setengah jugak la, sebelum bangun jam 430 pagi untuk bersiap pergi ke KLCC bagi menyertai Nike City Run KL 10K. Agak awal juga Adi pergi, sebab risau tak tahu nak parking kat mana kereta nanti...so better pergi cepat dan boleh chop parking kereta...hahaha..

Dalam pukul 6 pagi Adi dah sampai kat KLCC, acara bermula di tempat letak kereta Jalan Binjai...dekat ngan KLCC la...bila Adi sampai kat lokasi, memang dah ramai orang yang sampai kat sini...ada yang tgh warm up..ada yang duk jalan jalan...perghh memang happening la..


Pic: Subuh subuh dah kat KLCC!!


Pic: Ini adalah garisan permulaan

Ini adalah garisan permulaan untuk acara larian ini...bila kita mula berlari dan melepasi garisan ini, masa akan mula di catatkan oleh computer dengan tag yang telah di poasang pada kasut peserta. Tag ini telah diberikan kepada peserta beberapa hari sebelum acara bermula..

Pic: Tag di kasut Adi

Sambil nak tunggu acara bermula, Adi berlegar legar kat dalam kawasan pesta ni, pastu Adi ternampak ada pisang pisang yang diberikan untuk mengalas perut ...alamak sedapnya!! Banyak giler pisang yang disediakan...apalagi sambar la 3 biji..hehehe...kata orang, kalau nak berlari, satu jam sebelum berlari tak boleh makan, but pisang ok kot!?



Pic: Pisang! Pisang!! Banyaknya pisang!!!

Dalam pukul 6:45pagi para peserta sudah mula mengambil tempat di garisan permulaan, wahh bila nak mula ni , barulah nampak lautan manusia...menarik..semuanya hijau florocent!!

Pic: Acara memanaskan badan!!



Pic: Hahah...bergambar dengan peserta yang turut serta!


Tepat jam 7pagi, larian pun bermula, fuhh semua berpusu pusu memulakan larian...semangat semuanya...hahaha..






Pic: Jom lariiiii....

Pic: Hijau itu indah!! lautan hijau di KLCC

Adi pun berlari lari anak jer, sebab terlalu ramai orang, jadi tak boleh nak laju sangat..nanti terpijak pulak kakai orang depan...so better chill jer la sambil ambik gambar! Hehehe..

Pic: Permandangan biasa di tempat minuman..

Bila Adi sampai ke 1km pertama, Adi nampak ada peserta lain sedang berkumpul, rupanya ada seorang peserta telah terjatuh disebabkan kena sawan, kesian dengan budak tu..rasanya dia terlalu laju sangat sampai hilang kawalan, kesian dia , sementara tunggu paramedik sampai, peserta lain yang baik hati membantu mengipaskan peserta yang tak sedarkan diri tu..aduhh..kesiannya..harap harap dia ok...Adi meneruskan perjalanan...

Pic: Ada acara lumba lari yang lain, diarang pakai baju warna oren , tapi diarang tengok kitarang berlari..hehehe

Sampai kat persimpangan Jalan Sultan Ismail di Bukit Bintang, ada satu kumpulan yang menyertai larian pagi ini turut berada di Bukit Bintang, tapi yang ironinya, mereka berada di tepi jalan dan menyaksikan lautan hijau


Pic: Kat Jalan P.Ramlee...ada event Ducati la...aisyehhh menarik ni...!!!


Pic: Depan Mandarin Hotel dekat KLCC


Pic: Kategori 5Km..belok kanan!


Pic: Tak kusangka, Adi berlari kat KLCC!! hehehe

Honestly, Adi tak banyak sangat berlari, kerana banyak berhenti dan ambil gambar, lagi pun seronok tengok peserta peserta lain..hehehe...Adi cuma menamatkan larian dalam 5Km jer...sebab memang ada 2 kategori , iaitu 5km dan 10km. Adi tak buat 10km sebab jap lagi kena pergi Litar Antarabangsa Sepang untuk MotoGP pulak..so takut tak sempat dan terlalu penat, maka buat 5km jer la...(alasan!!!)

Pic: Dah sampai garisan penamat!!!! Woohoooo

Akhir setelah hampir 40 minit berlari, Adi sampai ke garisan penamat!! Wohooo....berjaya juga berlari menyertai larian Nike KL City Run ini...woohoo


Lepas habis larian, Adi terus lepak jap kat VIP Lounge yang ada kat sini, sambil bertemu dengan tetamu tetamu yang lain. Oh yea..di sebabkan Adi berjaya menghabiskan larian dalam jangka masa yang ditetapkan, maka Adi layak untuk menerima hadiah khas dari NIKE berupa replika kartun.

Pic: Hadiah sebab tamat larian...hehehe



Pic: Bunkface!!..

Lepas larian ada persembahan artis, antaranya Bunkface, Pop Shuvit, Estrange dan Joe Flizzow. Pukul 10pagi , Adi gerak balik ke rumah kat Puchong, nak bersiap utk ke MotoGP...Terima kasih Nike, insyaAllah tahun depan kita join lagi!!


4 comments:

cekkeya said...

best adi bestttt!!!

dapat blari pagi pagi, plus dapat hadiah replika kartun lagi!!!!

Amear92 said...

Pergh!! senang hati lari sambil take a pic.. huhu

edzlin007 said...

wahhh comelnya hadiah tu

ADIFASHLA said...

hehehe...ok la...menghabiskan perlumbaan dalam masa yg di tetapkan..hehehe