Monday, October 11, 2010

Majlis Cukur Rambut Haziq


Pic: Haziq berusia sebulan lebih (45hari)
Sabtu 9 Okt 2010

Pagi ni Adi bertugas jam 7 pagi sampai pukul 11pagi, lepas on air terus balik ke Tg Karang , sebab hari ni mak Adi buat kenduri cukur jambul untuk cucunya yang ke-4 iaitu Haziq.

Haziq ni adalah anak kepada adik perempuan Adi yang last sekali dalam keluarga Adi .


Pic: Saudara mara tengah melepak sambil makan makan.

Majlis kali ni buat santai dan sempoi jer...malah macam rumah terbuka hari raya pulak..hehehe..Bila Adi sampai kat kampung dalam pukul 2 ptg, saudara mara dah ramai yang sampai dan lepak kat beranda rumah....hehe...makan dan borak borak la..

Pic: Kenduri

Sebelah malam selepas Isyak, telah diadakan majlis berzanji dan juga memotong rambut Haziq...ataupun cukur jambul...time ni Adi sibuk la jugak, sebab jadi tukang ambik gambar dan juga video...


Pic: Adam dan Abid pun baca doa kenduri...


Pic: Haziq diperkenalkan kepada ahli jemaah.


Pic: Potong jambul....


Pic: Jamuan lepas majlis cukur jambul

Pic: Sambal belacan....Awesome!!

Menu hari ini ringkas sahaja, semua masakan kampung yang di masak oleh mak Adi dan juga jiran. "Kenot" tahan la bila tengok menu hari ini, antaranya, ayam goreng berempah, sup kambing, acar nanas, masak lemak , sambal belacan, sayur tumis , telur masin....arghhhhh...awesome!!

Pic: Sup kambing

Pic: Kuih jawa "Lhemper" dan satu lagi tak ingat nama dia..:P




Pic: Makan santai..memang meriah!!

Lepas habis majlis dalam pukul 11 malam, Adi pun balik ke KL semula...esok ada event la...sambung citer nanti ok!









1 comment:

edzlin007 said...

wahhh comelnya haziq!!!