Friday, October 8, 2010

Im ready!!...nak lari!!!



Khamis 7 Okt 2010

Pagi ni memang berkejaran untuk meeting dan kena ambil "Race Kit" untuk larian Nike City Run 2010 kat KLCC pada hari Ahad ni..hehehe...actually so far Adi baru 2 kali berlatih utk berlari sejauh 10km ni...harap harap masa hari perlumbaan takde la masalah kaki ni..hehehe...

Pic: Beg dan manual perlumbaan..


Jadi hari ni Adi telah pergi ke pejabat Nike Malaysia yang terletak kat The Curve , Kota Damansara. Semangat giler nak lari ni..Ini pertama kali Adi menyertai larian yang agak jauh jugak la...hehe..selalu cuma lari lari anak sambil "cuci mata" kat Taman Bukit Jalil jer...hehehe..So larian ni Adi takde la nak kejar hadiah ...just utk suka suka sahaja dan ambil pengalaman...mana tahu lepas ni boleh buat larian yang lebih jauh lagi!!


Pic: T Shirt larian dan juga tag perlumbaan

Adi dapat T-Shirt ( no : 16186) rasmi untuk larian ini, juga dapat tag untuk catatan masa larian nanti, wah canggih sekarang ni. Tag tersebut akan di letakkan di kasut , dan semasa kita berlari, tag tersebut akan merakamkan catatan masa yang di lakukan, kiranya tag ini akan mula berfungsi bila kita memulakan larian di garisan permulaan dan tag ini akan berhenti merakamkan masa yang dicatatkan bila kita melepasi garisan penamat...perghhhh ...



Jumpa hari Ahad ini di KLCC!!! Yeahhh!!!



P/s : hmmm kena bangun pukul 430 pagi la pagi Ahad ni....






2 comments:

edzlin007 said...

Wahh canggihlah...jd, apa catatan masanya abg adi?

ADIFASHLA said...

catatan masanya ialah!!!...teng teng teng!!!!