Sunday, December 19, 2010

Bintang Bola ERA 2010 vs Sarawak FA

Sabtu 18 Dec 2010

Pagi ni Adi ke Kuching untuk menyertai Bintang Bola ERA yang menyaksikan perlawanan Era.FM vs Kuching FA iaitu pasukan liga negeri Sarawak! Perlawanan ini berlangsung di Stadium Negeri Kuching!.

Pic: Tetamu VIP - termasuklah President, pegawai pegawai FAS dan juga pegawai dari AMP!

Adi sampai ke Stadium Negeri Kuching dalam pukul 1tgh haridari KL, terus ke stadium untuk mengacarakan acara petang ini. Acara bermula pada pukul 2 ptg! Di mulakan dengan persembahan daripada band band tempatan iaitu Polar, United Kids of Oi, Crashing Butterfliez, Akur, Love Comes dan Faces. Nah! memang power band band Sarawak ni!! Sayangnya mereka belum dikenali ramai!!



Add ImagePic: Dianggarkan 10 000orang datang pada petang ini!

Pada mulanya kehadiran orang ramai agak perlahan, tetapi apabila semakin menghampiri pukul 3ptg, orang ramai mula berpusu pusu memenuhi stadium . Alhamdulillah!! Terima kasih kepada pihak media cetak di Sarawak yang setiap hari mempromosikan acara ini!!

Kalau nak tahu Proses pemilihan telah dijalankan pada 4 Disember lepas di Padang Merdeka dan menarik penyertaan lebih 50 orang.

Pemilihan dipantau oleh jurulatih Mohd Ali Sapiee, bekas pemain Sarawak dan legenda bola sepak negeri ini.


Pic: United Kids Of Oi!! Sedang beraksi!!


Pic: Penyokong pasukan Sarawak menyanyikan lagu semangat untuk pasukan Sarawak FA! Best!!!

Kalau nak tahu Proses pemilihan telah dijalankan pada 4 Disember lepas di Padang Merdeka dan menarik penyertaan ramai pendengar ERA

Pemilihan dipantau oleh jurulatih Mohd Ali Sapiee, bekas pemain Sarawak dan legenda bola sepak negeri ini.Walau bagaimanapun cuma 45 org sahaja yang terpilih untuk menyertai pasukan ERA!!! Ramai giler!!! maklumlah nak lawan pasukan negeri...kenalah bawak banyak kaki!! Hehehe

Pic: Pasukan Bintang Bola ERA sedang warm up!!

Selain dari acara perlawanan bola dan persembahan band band, ada juga acara cabutan bertuah dimana 20 penginjung bertuah memenangi hadiah voucher tunai RM100 dan juga dua acara yang menarik iaitu sepakan penalti dan juga menimbang bola yang menawarkan hadiah voucher tunai RM500 setiap satu! Lumayan!

Tetapi yang paling best sekali adalah..cabutan bertuah Mega , dimana seorang pengunjung bertuah ERA akan membawa pulang voucher tunai RM3000!!! untuk seorang!!! Fuhhhh!!!


Sebahagian daripada tabung cabutan bertuah!

Pic: Hadi tersenyum puas sebab menang RM3000!!

Sebelum perlawanan bermula , President Bolasepak Sarawak iaitu Datu Sudarsono Osman telah mencabut nombor bertuah untuk memenangi RM3000!! Dan akhirnya seorang penyokong Sarawak yang bernama Hadi telah memenangi voucher tunai tersebut.Dan dia terpaksa menyeberangi padang sebab dia menonton di bahagian hadapan grandstand!! Memang mendapat sorakan satu stadium la, sebab dapat RM3000 tu!!Wooohooo!!

Pic: Merah itu Arsenal!! Hehehe

Salah satu sebab utama Adi excited untuk beraksi pada hari ini ialah kerana Adi dapat menggunakan boot bola terbaru dari Nike iaitu CTR360 Trequrtista II FG!! Yes!! kasut ini belum ada di pasaran, dan Adi berbangga sebab jadi orang yang pertama memakainya di Malaysia! Belum turun padang lagi dah ada orang yang menyapa... "Habis game nanti kasut bagi saya ok?!" Hahaha.... Perlawanan bermula jam 4:15ptg, pada mula perlawanan hujan turun dengan lebatnya! Walau macam manapun Adi tak basah la, sebab kena jadi pengulas dgn Osha(penyampai Era Kuching) dan Gary (dj jemputan) !

Pic: Separuh masa pertama, pemain berteduh daripada hujan!!

Separuh masa pertama pasukan Sarawak FA telah mendahului pasukan Bintang ERA dengan 2-0 > Adi cuma masuk ke bangku simpanan hanya pada separuh masa kedua shj. Adi bagi tahu jurulatih pasukan ERA a.k.a bekas pemain bola sensasi Sarawak iaitu Mohd Ali Shapie

Adi: Coach! masukkan saya 15minit terakhir ok!?

Coach: Aik?! Kenapa tak nak main sekarang?!

Adi: Takut la coach ! laju giler diarang main!!

Coach: Takper...kita main suka suka ok!! Betul nak main last nanti?

Adi : Betul coach!!!


Pic: Bersama rakan sepasukan! Sebelum beraksi!


Perlawanan di teruskan , namum keputusan masih tak berubah . Masih lagi

Sarawak FA 2 - 0 Bintang Bola ERA

Pic: Adi mengambil pingat dari president FAS!

Pic: Bersama President FAS, Datu Sudarsono Osman

Pic: Pasukan FA menerima pingat mereka!

Tiba tiba coach panggil!

Coach : Ok Adi , masuk padang ! Ganti pemain tu!!!

Adi: Sekarang ker?

Coach: Yeaa.la!! ...kata nak main 15minit terakhir...

dengan semangat dan rasa teruja dengan sorakan penonton, maka Adi pun melangkah masuk ke padang ....hahaha....Adi dah lama tak main bola padang. Dulu posisi Adi ialah pemain sayap. Jadi kali ni Adi cuba bermain sebelah kanan, sebab dah ada winger yang siap sedia di depan Adi. So Adi tak boleh lari laju sangat , memandangkan lutut yang cedera terikat ni (entah bila la nak operate lutut ni!!!) . So Adi banyak main passing ..hantaran pendek sahaja. Selesa sangat dengan boot CTR360 ni!!

Pic: Piala Bintang Bola ERA!!


Pic: Coach Bintang Bola Era En Mohd Ali Shapie menerima piala dari Mr Raymond


Pic: Wakil Sarawak FA menerima piala kemenangan!!

Akhirnya gol yang di cari menjelma juga!! Bintang Bola Era mendapat satu gol yang dic cari cari!! Yup hasil hantaran Adi kepada striker! hehehe...so so happy !!!.Bergema stadium bila kami dapat satu gol!! Hahaha.... Gol tersebut macam bagi semangat kitarang untuk cari satu lagi gol untuk penyamaan....yup!

Pic: Hip Hip horey!!! Kita kalah!!!??


Kali ni Adi ambil alih jadi winger kanan! ...gol penyamaan hampir diperolehi, namun 1st timer penyerang Era hasil hantaran Adi telah berjaya ditepis oleh goal keeper Sarawak FA!! Aiyoooo.....bergema sekali lagi Stadium Negeri....wahhh..kalau tadi penyokong lebih menyokong pasukan Sarawak FA, namun kali ni mereka meyokong Era lak...hahaha

Walau bagaimanapun sehingga tamat wisel penamat , keputusan mutakhir ialah

Sarawak FA 2- 1 Bintang Bola Era



Pic: Bersama pelajar pelajar akademi bola di Kuching !
Pic: Bergambar kenangan dengan pasukan Sarawak FA

Selepas tamat perlawanan, terus diadakan upacara penyampaian pingat dan piala kepada para pemain Sarawak FA dan juga Bintang Bola ERA!

Pic: Kalah pun dapat piala!!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara ini, tahniah diucapkan kepada pasukan Sarawak FA yang menang, dan tahniah kepada pemain Bintang Bola Era yang meyertai pasukan ini...dan kita berjaya mengelak daripada di belasah!! yeah!!! Semoga kita berjumpa lagi!!

Pic: My name is Adifabregas! Hehehe





3 comments:

Edzlin said...

bagus juga pasuka era ni ya.

SADIEHAF said...

Tahniah Adie & ERA..lepas ni kena datang lagi la kalau sudi..bleh jelajah2 FB Sadiehaf @ BLOG Sadiehaf..maybe Ada gambr yg bleh share dgn adi..

Special thank's to ERA Kuching & ADI atas kerjasama yg dihulurkan.

Regard's

SADIEHAF @ Sarawak Football DieHard Fan's

azieym said...

tak ada pun gambar adi tujuk la nanti ai tngak k