Alhamdulillah hari ini negara kita gembira dengan kejayaan pasukan kebangsaan kita menjuarai Piala AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini bermula pada tahun 1996 (Dulu dikenali dengan nama Piala Tiger)
Rata rata hari ini yang ada di office Adi memakai baju Kuning dan baju yang ada tertera bendera Malaysia!! Memang meriah bila semua pakat ramai ramai pakai macam ni!!
Hari ini Adi menonton perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF ini di The Padang yang terletak di bumbung pusat membeli belah One Utama. Selepas jer habis keudara di Era dalam jam 7 ptg! Adi terus bergegas ke OU untuk menyaksikan 'viewing party" yang di anjurkan oleh Nike Malaysia! Tapi yang penting kitarang melaram dengan jersey dan tshirt masing masing!!!
 Pic:Bersama seorang penyokong Malaysia yang baru dapat hadiah dari Nike (Jersey yg ditandatangani oleh jurulatih dan pemain kebangsaan Malaysia)
Pic:Bersama seorang penyokong Malaysia yang baru dapat hadiah dari Nike (Jersey yg ditandatangani oleh jurulatih dan pemain kebangsaan Malaysia)
Syabas kepada pasukan Malaysia , diharapkan lepas ni , prestasi skuad bolasepak kita akan terus maju!! InsyaAllah!! Malaysia boleh!!!





 
1 comment:
Bannga dengan Harimau Malaya!
Post a Comment