Monday, December 13, 2010

MAHA 2010


4 DEC 2010 SABTU

Lepas balik dari menyaksikan KLIMS 2010. Adi pulang ke rumah sekejap, lepas maghrib Adi terus menuju ke Serdang , jalan jalan ke MAHA 2010!

Sejak bertahun dulu nak pergi ke MAHA ni , sejak zaman Adi kat UPM lagi kot..maklumlah tempat pameran MAHA ni sebelah jer ngan UPM. Ramai kata nak masuk ke MAHA ni agak susah sebab jam sangat. Nasib baik Adi tahu jalan belakang iaitu melalui UPM, jadi tak lah tersekat dalam jam. Hujan turun ketika Adi sampai ke tapak MAHA di Mardi Serdang ni.


Pic: Jual pokok pokok buah...

Pic: Bunga Orkid yang dijual.

Sampai kat MAHA , dapatlah tengok diarang jual pokok pokok bunga dan buah yang boleh dibeli dan di tanam di rumah masing masing.

Pic: Di dalam dewan pameran


Pic: Peralatan pertanian yang dijual.

Hujan makin lebat, jadi Adi terus masuk ke satu dewan ke satu dewan yang ada di MAHA ini, kebanyakkannya menjual dan mempamerkan produk berasaskan pertanian. Adi tak target apa apa bila sampai sini, cuma nak cari jus strawberi yang pernah Adi beli kat Cameron Highland tak lama dulu.Nasib baik jumpa jugak akhirnya ....

Pic: Ikan Kerapu....sedap ni!!

MAHA ni memang besar, penat jugak la berjalan kat tapak MAHA ni. Nasib baik malam ni cuaca agak sejuk, jadi takdela rasa penat sangat. Kalau siang mesti panas giler. sejujurnya takde apa yang Adi nak beli kat MAHA ni...saja Adi jenjalan jer la dengan kawan kawan Adi..kitarang just tengok tengok jer la, mengisi masa lapang.

Pic: Buah-buahan yang dijadikan hiasan di MAHA ini!!



Antara yang Adi tengok menarik ialah proses membuat dodol. sedap gak, tapi agak manis sikit! Dan yang menarik, korang boleh beli fresh dari kuali ni...


Pic: Dapat juga mencuba dodol yang masih panas!!!

Korang layan jer la gambar yang Adi ambik ni...

Pic: Inilah Gamat!!


Pic: Jus Durian...

Sebelum balik, Adi sempat menjamu selera di food court yang disediaklan. Adi merasa 2 mangkuk laksa yang berbeza, namun agak mengecewakan sikit rasanya...walaupun harganya tak mahal...lagi sedap laksa Serdang kot..hehehe..Sambil makan tengok peserta karaoke beraksi...hehehe...kelakau!!!

Pic: Food court yang besar dan rami giler org.

Dalam pukul 10malam Adi pun berangkat pulang..walaupun hujan lebat, terpaksa la redah jugak. Actually tgh ada konsert malam ni kat MAHA , tapi sebab hujan, Adi malas nak tengok..oklah jumpa lagi MAHA 2012!








1 comment:

edzlin007 said...

abg adi, gamat itu pun mereka jual kah?