Sunday, December 5, 2010

KL International Motor Show 2010


Sabtu 4 Dec 2010

Selepas on air pagi ni, habis dalam pukul 11pg, Adi terus berjalan jalan ke KL International Motor Show 2010 kat PWTC. Memang ramai orang yang datang hari ni..maklumlah bila lagi nak tengok kereta kereta yang hebat kat KL ni...




Pic: Orang ramai sedang mengisi borang cabutan bertuah!

Bayaran masuk adalah RM20!! Agak mahal, tapi jom kita tengok sama ada berbaloi atau tidak KLIMS 2010 ni . Masuk masuk kat dalam PWTC ramai orang yang tgh beli tiket masuk dan juga mengisi borang untuk cabutan bertuah bagi mendapatkan hadiah yang menarik antaranya ialah Toyota Prius. Adi pun isi jugak la borang cabutan bertuah ni..manalah tahu...dapat Prius ni..halllamak mesti jimat minyak..maklumlah kereta hybrid!!

Pic: Borang cabutan bertuah dan tiket masuk KLIMS2010


Pic: Hadiah hadiah untuk cabutan bertuah KLIMS2010


Pic: dalam dewan pameran yang besar!!


Pic: Perodua dengan kereta konsep ciptaan tempatan


Masuk masuk jer terus berada di pentas milik Perodua . Orang ramai tengok melihat ciptaan anak tempatan menerusi kereta konsep dari Perodua ini yang dinamakan "Bezza" .Reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.



Pic: Bezza, nama kereta ni..bukan awek dalam kereta tu...hehe



Pic: Dengar citer Bezza ini akan dikeluarkan pada 2015?!




Memang ramai yang nak ambik gambar dengan Bezza ni...mungkin diarang pun tak sabar nak nantikan kereta ni dijual...kalau interiornya sama macam konsep hari ni...mesti gempak!!! Seat bucket tu!!



Pic: 20inci sport rim untuk GTR R35!! Anda mahu?!!!




Pic: Datuk LCW juga mempunyai sebuah GTR R35 yg ditune oleh M7!! huhuhu

Salah stau kereta yang Adi suka ialah GTR R35!! Kereta Asia yang boleh menyanyingi sportcar dari Eropah !! dikatakan untuk model 2011, GTR ini mempunyai kuasa sebanyak 530bhp!! Wow!!!

Pic: Model lama Lotus Else

Kat KLIMS2010 ni juga ada dibawakan kereta terbaru dari LOTUS iaitu ESPRIT!! Lotus dikatakan cuba untuk menyanyingi Ferrari dari segi rekabentuk dan teknologi...ESPRIT terbaru ini mempunyai dua versi iaitu 550bhp dan model R dengan 620bhp dan mampu bersaing dgn Ferrari 458!!..Fuhhh



Pic: Esprit 2011


Kalau korang baca majalah ""Top Gear" edisi bulan Disember 2010 ni...korang boleh baca pasal 5 model terbaru daripada Lotus!! Memang lain design mereka kali ni...power!




Pic: Nice A**!!!!

Tapi sayangnya pihak LOTUS hanya membawa ESPRIT di KLIMS2010 ni.., model terbaru yang lain ialah ETERNA, ELSE, ELAN dan ELITE.....


Pic: Lotus City Car


Lotus juga membawakan kereta konsep kompek mereka ke KLIMs...kereta ni dinamakan sebagai "City Car" Walaupun nampak macam kecil, tapi sebenarnya ia mampu membawa 4 org dengan selesa. ianya 30mm lebih panjang daripada Toyota iQ!!!


Pic: Proton Tuah


Proton juga telah menunjukkan beberapa model konsep mereka kepada umum, rasanya konsep Proton "Tuah" ni macam kereta terbaru Kia Forte. Rekabentuk kereta konsep ni dah ok...tapi tak tahu la bila nak keluar..kalau lambat sangat nanti design ni dah jadi out dated lak..





Pic: Proton EMAS


Proton Emas telah diperkenalkan pada di Pameran Motor Gineva2010 Bulan Nov lepas....rekaan kereta ini telah dibuat oleh jurureka dari Itali bernama Giugiaro. Dikatakan rekaan kereta ini juga ada menggunakan platform milik Nissan. Kereta konsep Emas ini adalah kereta hydrib! Hmm mesti best kalau diarang buat tak lama lagi, memandangkan harga petrol dah naik jer , memandu kereta hybrid adalah salah satu alternatif yang baik, lagi pun ia kurang mencemarkan alam sekitar!



Pic: Proton Kasturi kembar Proton Saga!!??





Selain itu , Proton juga ada memperkenalkan kereta konsep Kasturi dan juga Lekiu! Kasturi ni macam kereta Proton Saga yang di up grade sikit la, manakala Lekiu adalah kereta MPV yang agak menarik designnya..




Salah satu tarikan utama kat KLIMS 2010 ialah kehadiran kereta Chev Camaro yang turut membintangi filem Transformers. Kereta ni memang cantik, simple dan power...kereta ni ada banyak versi powernya iaitu 304, 400, or 426 bhp ..tapi yang menariknya pasal kereta Camaro ini ianya adalah Edisi Khas Transformers yang memang untuk dijual!! WOWwww!! Kalau Adi ada banyak duit, memang nak rembat satu la (angan -angan la) hehehe...kereta ni ada lambang Transformers kat bahagian tepi, kat rim dan beberapa tempat yang lain! hehehe...





Pic: Bumblebee yang menjadi tarikan KLIMS!!!

Dengar citer pihak Naza akan mengimport 5o buah Chev Camaro ini di Malaysia. oh yer kalau sesiapa nak kereta edisi khas Bumblebee Transformers ini, korang boleh beli tau!! Kereta ni di lelong untuk KLIMS ini dengan harga oermulaan RM448 000!!! (kalau tak silap Adi la..) ..well kalau yang banyak duit tu...memang akan beli punya...entah entah sekarang ni pun dah ada buyer untuk kereta ini!!

Di KLIMS ini juga mereka bawakan dari Hollywood replika Bumblebee yang tingginya 19kaki. Tapi replika ini tak di jual la...hehehe...




Pic: Kereta Konsep untuk Proton hasil rekaan induvidu...



Pic: Cantik ke atau pelik?!!




Pic: Nissan Juke!!





Pic: Audi R8



Pic: Kereta konsep "Proreka P67b Eternity"

Add Image

Pic : Ruang dalam "Proreka P67b Eternity"


Ada satu kenderaan yang unik buatan Jepun iaitu "Proreka P67b Eternity". Ia bergerak seperti motorsikal , tetapi dengan keselesaan kereta..ia boleh membawa 2 orang penumpang dengan kuasa 65bhp. 660cc. Kelajuan max yang boleh dicapai ialah 185km/j...menarik!!


Pic: Salah satu model Harley Davidson!!



Selain kereta juga terdapat pameran motorsikal berkuasa tinggi dan yang jarang kita lihat! Antaranya yang menarik minat Adi ialah model motorsikal Aprilia RSV4 Factory ini yang harganya RM108K



Pic: Aprilia RSV4 2011

Rekaan nya memang cantik sangat dan motorsikal ini yang dinaiki oleh Max Biaggi telah menjuarai Sukan Superbike 2010!!



Pic: Posisi yang salah yer kalau menunggang RSV4 ini!!




Vespa kembali ke Malaysia, dulu zaman mak dan abah Adi muda muda , diarang ada Vespa, dan dulu kecil kecil Adi selalu ikut abah balik kampung kat Sg Nibong, Sabak Bernam dari Tg Karang dengan naik Vespa. Selalu letak kaki kat bahagian belakang Vespa yang besar tu..hahaha....Tapi tak tahu pulak kenapa abah jual Vespa tu...banyak kali rosak kot. Kat KLIMS ni Adi jumpa Vespa generasi yang baru, tetapi dengan design yang tak banyak berubah dan still cute!! naik Vespa bukan untuk laju, tetapi untuk stail santai! Hahaha .




Pic: Vespa GTS250


Ada 3 versi yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Luxury Charm Sdn Bhd ( member Naza Group) iaitu model VVespa LX150 (RM 10 000) , GTS250 (RM 32650) dan GTV300 Super (RM 34240).


Pic: Me with GTS250!!


Pic: LX150





Pic: Helmet Vespa ku!! Yippi!!!



Tengah usha usha Vespa ni, Adi tertarik dengan helmet Vespa yang di pamerkan kat gerai Vespa ni...menarik dan comel. Actually diarang tak jual helmet ni, tapi disebabkan Adi suka sangat dengan helmet ni dan diarang pun "kenal" Adi...so diarang pun jualkan pada Adi...sebetulnya ada 3 helmet yang sedang diperagakan, so Adi beli yang paling cantik sekali!! Hehehe...terima kasih Naza Premiera!!! Takper la, beli helmet dulu...kemudian barulah beli Vespanya...hehehe....




Pic: Gilera Runner 200 (harganya RM 23500)


Pic: Gilera Nexus 500 (RM 45700)


Pic: Pandangan depan Gilera Nexus 500


Gilera juga menampilkan rekaan skuter yang menarik juga, yang mendapat perhatian Adi ialah Nexus500 dan juga Runner200...harganya agak mahal sikit la, tetapi memang best la model model skuter Gilera ni, maklumlah buatan Itali!!!


Pic: Ducati Diavel





Pic: Enjin Ducati Diavel 160HP!!



Pic: Old School design with latest tech!!



Pic: Ekzos Diavel...besarnya!!

Ducati adalah motorsikal idaman ramai peminat motorsikal di dunia ini..ia ibarat "Ferrari" untuk motorsikal. Ducati baru sahaja melancarkan motorsikal terbaru mereka yang digelar Diavel. Masa Adi tanya model yang dok sibuk pusing sana...pusing sini masa Adi ambik gambar dia..harga Diavel yang dia tengah naik ni ialah RM138K.....hmmm kira murah jugak lah untuk motorsikal yang mempunyai enjin power 160HP!!!! Satu lagi Versi Diavel Carbon mungkin berharga lebih mahal!!!




Antara syarikat yang banyak terlibat dalam KLIMS2010 ialah syarikat NAZA yang menjadi pengimport dan pengedar jenama jenama terkemuka, contohnya Naza telah memperkenalkan Maserati GranCabrio. Harganya ...hmmm...tak mampu Adi nak sebut la...hehehe




Pic: Ferrari 458 Italia



Pic: Aston Martin




Pic Lambourghini SV lp670-4 (670hp)



Pandangan depan Lambourghini SV lp670 - 4



Pic : Roll Royce




Pic: Porche Panamera


Pic: hari tu Adi jumpa orang Puchong pakai Porche Panamera ni!! perghh!!


pic: Kereta lumba Peugeot yg menang Le Mans 2009!!



Add Image

Pic: Cantik jugak Kia Optima ni....hmm



Nampaknya syarikat syarikat kereta dari Korea semakin menonjol sejak kebelakangan ini .... Walau pun mungkin dari segi enjin nya belum cukup gah..tapi dari segi rekebentuk kereta mereka nampaknya semakin mendapat perhatian...Hyundai dan Kia semakin membayangi kereta kereta buatan Jepun.



Pic: Kereta Konsep dari Hyundai ix-Metro







Pic: Hyundai Sonata - besarnyaaa!!!

Pic: Kereta Elektrik Mitsubishi i-Miev


Toyota membawakan kereta Supercar Hybridnya ke KLIMS, kereta ini memang mengkagumkan dengan teknologi hybridnya..tapi masih lagi berkuasa dan laju..Kalau tak silap Adi, kereta ini mempunyai kuasa melebihi 400bhp....Kereta ni dah lama diperkenalkan , sejak tahun 2007 lagi..tapi baru sekarang dapat menatap secara langsung! Memang cantik kereta ni..Dulu ramai yang kata kereta ni adalah pengganti kepada Toyota Supra yang famous tu!!!

Pic: Supercar Hybrid - Toyota FT-HS




Pic: Cantiknya!!!

Honda nampaknya semakin menuju ke arah kereta ang lebih "hijau" mereka memperkenalkan kereta hybrid CR-Z dan juga Insight! Dan di KLIMS ini Honda telah memperkenalkan kereta hybridnya yang mula dipasarkan di Malaysia iaitu "Insight"!!

Pic: Honda CR-Z




Kat KLIMS ni juga ada kenderaan mobiliti peribadi yang di gelar U3-X ! ia membantu manusia untuk "malas" berjalan!! hahaha...tapi memang cool la!!





Pic: Honda U3 - X - kenderaan mobiliti peribadi!! Duduk atas benda ni dan ianya akan berjalan...makin banyak la obesiti kalau macam ni...

Honda Insight telah memasuki Malaysia bulan Dec 2010 ini, dan ianya menggunakan enjin 1.3 liter yang mempunyai kuasa 100hp! dan yang paling menarik sekali ianya di jual dengan harga RM 98000!! Wow!!! Tak rugi kot kalau beli Insight ni..dah lah murah dan menjimatkan...samalah juga beli Toyota Prius!!





Oklah, so far Adi enjoy jugak la kat KLIMS 2010 ni. walaupun kali ni tak semeriah 2 tahun lepas, tapi nampaknya teknologi hijau makin banyak digunakan kini. Memandangkan harga minyak yang dah makin mahal...kereta hybrid ni salah satu alternatif yang baik..lagi pun kerajaan dah bagi subsidi untuk pembelian kereta hybrid ni kan?!! So sesiapa yang nak beli kereta tu, cubalah beli kereta hybrid ni ok!!!

hmmm cuma harapan Adi, moga KLIMS yang akan datang , akan lebih banyak lagi kereta eksotik di tontonkan...seperti Lamborghini,Bugatti, Spyker, Apollo, Ferrari, Porche, BMW, Mustang! dan banyak lagi la....hehe..lepas ni nak unggu pulak acara pameran Motorsikal Antarabangsa pulak!! Ok!!


P/S: Banyak sangat yang Adi suka...bila la nak dapat?! hahahaha.org kata biar berangan dulu...lepas tu usaha untuk dapatkannya....yeahh!!








2 comments:

edzlin007 said...

wahhh thumbs up kat abg adi nya review. posting mmg terbaiklah!

ADIFASHLA said...

posting paling panjang setakat ini!!! Hahahaha