Sunday, December 19, 2010

Separuh Akhir Pusingan Pertama Piala AFF (Piala Suzuki ) 2010 Malaysia vs Vietnam!

Pic: Tanah Tumpahnya Darah Ku!!
Rabu 15 Dec 2010

Malam ni berlangsungnya perlawanan pusingan pertama bagi separuh akhir Piala AFF atau lebih dikenali sebagai Piala Suzuki dimana pasukan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil jam 8mlm.Jangkaan Adi mesti ramai yang akan turun malam ni..ianya memang benar! Laporan dari infotrafik juga menyatakan trafik di Bukit Jalil memang jam kaw kaw!!

Pic: Tiket SemiFinal AFF

Habis jer kerja , jam 8 malam kawan Adi dah standby kat luar pagar Astro untuk pergi ke Stadium Bukit Jalil malam ni.Tapi disebabkan trafik jam, maka kami parking kereta di dalam kawasan Taman Teknologi Malaysia dan kemudian berjalan lebih drpd 2 km untuk ke stadium. Jauh jugak la, tapi sebab nak tengok sangat ...menapak pun jadilah..Ada kawan Adi , separuh masa kedua baru dia sampai ke stadium disebabkan terlalu sibuk dan padat jalan ke stadium hari ini.


Sampai di stadium permainan dah bermula 5 minit dah, tanpa berlengah Adi terus mencari tempat yang sesuai menonton perlawanan ini. Kehadiran penonton memang membanggakan. Mungkin sekarang semua dah perasan pasukan bola negara kita dah sedikit berevolusi...yup! Semakin seronok menyaksikan permainan mereka. Semakin maju!!

Pic: Goal!!

Memang seronok tengok bola kat stadium, tapi itulah , masih ada juga mereka yang membaling objek ke dalam kawasan padang..ada yang kena kepada penyokong kita sendir..sampai bila la kita nak berubah...ada yang terkena ais batu yang dilemparkan dari tingkat atas dan kena kawan yang ada kat sebelah bawah ni...hmmm yang peliknya yang membaling tu bukannya budak budak..tapi orang dewasa yang boleh berfikir dan tahu mana baik mana buruk..Cmon lah...tengok bola dan enjoy!! Tak payah nak buat masalah dan menyusahkan orang lain! Duhh!!



Pic :Bertemu Farid Kamil, Raja Farah dan Diana Amir di Studio Era slepas perlawanan

Perlawanan berakhir Malaysia menang 2-0 Vietnam , dan Malaysia akan berkunjung pula ke Vietnam Sabtu (18 Nov).Harap harap Malaysia dapat pergi Final!!!

Lepas tengok bola Adi pulang balik ke ofis balik dan sambung kerja..dan bertemu dengan pelakon pelakon "Aku Masih Dara" iaitu Farid Kamil, Raja Farah dan Diana Amir..mereka buat promosi filem tersebut di ERA!!


MALAYSIA BOLEH!!!




3 comments:

edzlin007 said...

bangga dgn pasukan Malaysia :)

tapi kurang seronok dengan penyokong Malaysia tu..huhuu

ADIFASHLA said...

kena ubah sikit mentaliti kita..kena disiplin sikit!...:)

sueperbs secreto.. said...

ye betul.. tk perlu baling2 objek tu.. enjoy je la *_^