Sunday, December 19, 2010

Kasut Bola baru Fabregas dari Nike!!


Pic: Nike CTR360 Maestri II Elite milik Fabregas


SELASA 14 Dec 2010

Awal pagi tadi tengok game BPL, MU vs Arsenal, di mana MU berjaya menewaskan Arsenal dgn jaringan 1-0. Yang Adi nak citer ialah berkenaan dengan kasut baru yang dipakai oleh pemain Arsenal iaitu Fabregas. Sebelum ni dia memakai kasut bola Nike CTR360 berwarna biru..tapi dalam perlawanan pagi tadi Fabregas telah menggunakan kasut baru Nike CTR360 Maestri II Elite. Kasut ini memang dicipta untuk mereka yang gemar mengawal permainan dengan kawalan bola yang kemas. Seperti permainan Fabregas yang banyak mengawal bola dan kemudian membuat setting..Adi perasan kasut baru Fabregas ini bila tv menangkap aksinya sedang mengikat kasut barunya ini di dalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung!!

Ia mempunya kusyen dan juga pad penerima memudahkan penerimaan bola..!!!

Kebetulan pada 18hb Dec nanti..Adi akan beraksi dalam Bintang Bola Era di Kuching Sarawak. Maka pihak Nike telah memberikan sepasang kasut yang akan digunakan ....dan yang paling best adalah ,kasut yang Adi dapat ini adalah kasut Nike CTR360 Trequrtista II FG!!! Di mana kasut ni belum lagi di pasarkan di Malaysia...

Kira Adi orang yang pertama memakai kasut baru ini di Malaysia!! Yaww!! So Excited!! Dengan warna yang menarik, merah putih dan hitam...kebetulan sama warna dengan karpet bilik Adi...hahahaha...Terima kasih Nike Malaysia!! Korang tengok lah sendiri nanti bila sudah di pasarkan di Malaysia..Kalau tak silap Adi mungkin akan mula di pasarkan mulai bulan Jan 2011...


Pic: Nike CTR360 Trequrtista II FG milik Adi!!


Best ker kasut CTR360 yang baru ini? Macam mana rasanya memakai kasut ini?!.....nanti Adi ceritakan bila lepas perlawanan Bintang Bola Era 2010 ok?!!.

Nak tengok kasut ni..korang boleh pergi layari


www.nike.com/nikefootball


P/s : Hampir 9 tahun Adi tidak mempunyai boot bola....akhirnya hari ni dapat sepasang!! Yaww!!




2 comments:

armouris said...

cantik kasut tu. tapi main tu jangan sampai cedera pulak. Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

ADIFASHLA said...

Terima kasih, yup..now tak selincah dulu selepas lutut ada problem..:)