Sunday, December 26, 2010

Hari ke dua di Kuching.

AHAD 19 Dec 2010

Bangun pagi agak awal juga, selepas makan malam semalam, terus balik ke hotel dan tidur...Adi bangun awal pagi ni ...iaitu jam 440pg! haha....bangun dan baca surat khabar!!! Bila dah siang sikit, Adi pun selak tabir tingkap ..nampaklah pemandangan sebahagian Bandaraya Kuching! Waaaa....nampak Sungai Sarawak... Cantik permandangan dari bilik Adi.



Mandi , terus turun dan sarapan, benda yang Adi cuba cari kat Kuching pagi ni ialah Mee Kolok ataupun Laksa Sarawak!! Hehe. Nasib baik ada kat kafe hotel. Jadi tak payah jalan jauh jauh.

Pic: Laksa Sarawak

Bila sarapan ni , Adi cuma nak makan laksa Sarawak yang sedap tu. Kalau nak makan mee Kolok sekali mungkin kekenyangan nanti. Jadi Adi pilih untuk makan laksa Sarawak sahaja. Boleh la tahan jugak..sedap....lepas jugak gian dua tahun tak menjamah laksa Sarawak ni

Pic: Muka belakang akhbar The Sunday Post

Sambil sambil sarapan tu Adi tengok petikan petikan akhbar yang melaporkan acara Bintang Bola Era yang berlangsung semalam. Wah...memang mendapat sambutan yang hebat dari segi promosi yang dilakukan oleh suratkhabar tempatan utama di Sarawak!! Laporan yang menggalakkan sekali!


Pic: Muka belakang akhbar Mingguan Sarawak

Kalau begini sambutan yang diberikan , InsyaAllah lain kali kitarang akan datang lagi, dan mungkin kita boleh main futsal pula! Hehehe...Keseronokkan menjayakan Bintang Bola Era masih lagi terasa bagi Adi. Seronok pulak tengok laporan dan gambar gambar dalam akhbar di Sarawak hari ini..hehehe.


Pic: Muka belakang akhbar Utusan Borneo

Lepas sarapan terus balik bilik dan sambung tidur! hehe..perut dah penuh! Pukul 12tgh hari bangun balik dan bersiap untuk check out dan makan lagi! Kali ni Adi dijemput oleh Apis dan juga Wan dari Skuad Era Sarawak...dan kitarang makan tengah hari disebuah restoren dan kemuadian lepak kat kedai kopi kat pusat membeli belah terbaru di Kuching iaitu The Spring Kuching!

Pic: Apis dan Wan (Skuad Era Kuching)

The Spring ni takde la besar sangat , lebih kurang separuh dari saiz MidValley la...lebih kurang la...tapi hari ni memang ramai yang shopping utk krismas agaknya. Tengah kitarang melepak kat kedai kopi tu, ternampak pulak kawan kawan team AMP Sarawak yang bertugas semalam kat stadium, Adi panggil mereka sekali dan kitarang sama sama berborak sambil layan kopi!!


Adi memang seronok bila datang ke Sarawak ni , sebab orang orangnya memang sporting dan ramah! Hahaha..kalau sampai Sarawak takkan rasa sunyi lah! hehe...terima kasih kepada semua kawan kawan kat Kuching...panjang umur dan ada rezeki...kita jumpa lagi! Pukul 4ptg Adi balik ke KL !!!







2 comments:

Christie V said...

singgah2 baca post yg menarik ni..hehe..Adi,pas sy bca ni,sy trus rindu kpg sy kat Kuching tau..Rindu nak mkn laksa sarawak yg ada kat Kuching.Kat Miri mmg ada,tp rasa nya len ckit.Huhu..jeles lak kat Adi pas baca post ni. :'(

ADIFASHLA said...

Haha..so balik balik dan jenguk jenguk la Kuching tu..very nice place to be!!!