Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia...

Assalamualaikum,

Adi nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua kawan kawan Adi yang mengunjungi blog ini....tunaikan ibadah puasa ini dengan sebaiknya dan mencari keberkatannya bersama sama ok!! InsyaAllah....

Thursday, July 28, 2011

Malaysia VS Singapura - Kelayakkan Piala Dunia pusingan ke-2

KHAMIS 28 Julai 2011

Pic: Bersama pemenang tiket Malaysia vs Singapura! Tahniah kepada 14 org pemenang.

Sempena perlawanan timbal balik antara Malaysia vs Singapura untuk kelayakkan Piala Dunia (Pusingan ke-2) di Bukit Jalil , Petang ERA telah mengadakan siaran luar dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Memang perlawanan ini dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia , memandangkan pusingan pertama hari tu kat Singapura (21 Julai) Pasukan Malaysia tewas dengan 3-5....so kiranya pasukan Malaysia perlu menang di KL dengan defisit 2-0 utk layak ke pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.....


Pic: Perut sapa paling besar?..perut isteri Hanif ke atau perut Ray?....


Pic: Semangat dah dalam stadium..yeahhh!!!

Lepas habis siaran luar dalam pukul 7ptg, Adi dan kawan kawan ofis dan Skuad Era pun masuk cari tempat kat dalam stadium yang ramai dah datang...kali ni Adi duduk kat bahagian penjuru stadium....not bad jugak la view dia actually.


Pic:Bersama Amin dan Izzi... Lapor...mari makan kuaci dan berger stadium...

Dalam stadium dah memang gegak gempita dengan suara suara penyokong Malaysia....kiranya dalam stadium ni 95% adalah penyokong pasukan Malaysia.


Ketika perlawanan berlangsung, kelihatan seolah olah pemain lawan melengah lengahkan masa..membuatkan penyokong Malaysia agak gelisah walaupun Malaysia mendahului dengan 1-0 oleh jaringan Safee Sali. Tapi harapan Malaysia mulai lebur bila pasukan lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan. Tamat masa permainan Malaysia 1-1 Singapura. Ini melayakkan Singapura untuk ke pusingan ke-3 Kelayakkan Piala Dunia Zon Asia. Walau Malaysia tewas namun sokongan peminat tempatan kali ini amat berbeza sekali!! Syabas penyokong Malaysia!

Pic: Cita cita yang tidak tercapai....:(

Tapi yang agak menyedihkan bila , masih ada lagi penyokong yang tidak berdisiplin membawa masuk mercun ke dalam stadium. Malang tidak berbau, salah seorang penyokong Malaysia telah buta sebelah matanya akibat terkena mercun yang dilemparkan oleh pihak yg tidak bertanggung jawab...Aduiii....mamat yg kena mercun itu telah dimasukkan ke dalam hospital , dan pada masa yg sama isterinya juga dimasukkan ke hospital yg sama sebab nak melahirkan anak pertama mereka..kalau tak silap Adi.....aduhai...kenapa la jadi macam ni....moga ini akan jadi pengajaran kepada semua ok!! Kita nak layan bola , bukan nak kasi hidup orang lain jadi susah!!!

Pic: Pemain pemain baru nak keluar padang

Oh yea..selain daripada tu, sebelum masuk stadium tadi..kami juga sempat bergambar dengan penyokong penyokong pasukan Singapura yang datang ke KL....well semangat kesukanan mesti ada...lagi pun cuma bola jer kot...:)

Pic: Keratan akhbar Harian Metro dimana Krew Era bergambar bersama penyokong Singapura!

Pic: Ramainya orang....padat!!


Syabas kepada pasukan Malaysia yang bermain sehabis baik, namun rezeki berpihak kepada setengah jam jugak la...aiyakkkkk.....part ni yg tak best bila tengok bola kat stadium...hahaha...redah jer la...kata support!!!


Pic: Fadd9 (Bekas Skuad ERA) a.k.a Rambo bersemangat menyanyikan Lagu Negara ku!!!





Cara - Cara buat Kad Pengenalan Baru.



Pic:Peta nak ke JPN Putrajaya.

Khamis 28 Julai 2011

Pagi ni Adi bercadang untuk memperbaharui kad pengenalan Adi yang dah hancur ....yup....perkataan hancur ini memang sesuai diberikan kepada IC Adi yang sampai terbelah 2 dan bercerai berai...hahaha.


Setelah bertanya kepada kawan kawan twitter berkenaan cara dan di mana nak buat IC baru ini ...maka hari ini dengan berpakaian gelap Adi menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak kat Presint 3 Putrajaya. Tak sampai 10minit perjalanan daripada rumah Adi ke JPN.

Sampai kat JPN adalah sepasang pengunjung JPN ni datang dengan berpakaian seluar pendek sahaja. Diarang patah balik bila terlihat peringatan tentang etika berpakaian ketika berurusan di JPN. Bila nak masuk pintu utama JPN ada tertera peringatan etika berpakaian ni di JPN. So kalau nak datang ke JPN atau kat mana mana jabatan kerajaan jangan lupa berpakaian kemas .


Pic: Pakaian ketika berurusan di JPN


Bahagian kad pengenalan terletak di tingkat 3, Bangunan JPN. Senang saja..masuk masuk jer akan ternampak signboard besar untuk setiap tingkat. Masa Adi sampai memang lengang. Cuma ada beberapa orang sahaja yang sedang berurusan kat kaunter kad pengenlan ini. Mula mula kena ambik nombor giliran dulu....lepas tu nombor akan tertera dan disebut......masa Adi ambik no giliran tu..mesin nombor terus memanggil nombol giliran Adi...wahhh super fast!!!


Kakak yang menjaga kaunter tu pulak punya la mesra dan baik melayan pelanggan. Bayaran untuk buat IC baru ni cuma RM10 sahaja. Adi telah menukar alamat IC ini. Kena isi satu borang utk pertukaran alamat. Lepas tu kakak kaunter tu suruh Adi pergi kebahagian hujung kaunter kad pengenalan untuk mengambil gambar! Pakaian kenalah warna gelap nyer...warna yang ceria meria tidak digalakkan...hahaha

Pic: Tempat mengambil gambar IC

Ada 3 orang yang sedang menunggu untuk ambik gambar.... bila tiba giliran Adi, petugas yang akan mengambil gambar cuma jerit nama Adi sahaja..duduk di tempat yang disediakan..dan terus ambik gambar....senang jer...lepas tu tunggu sekejap sebab petugas itu nak keluarkan IC sementara yang ada gambar terbaru yang Adi baru ambil tadi. Bila dah dapat tu, petugas tu mengingatkan untuk mengambil IC baru Adi tu yang akan siap dalam masa 24jam. Wahhh cepat jugak..:)

Pic: Kamera ready...ambik gambar sendiri dulu..hehe


Pic: IC Sementara

Yes akhirnya IC baru ku pun siap.....so kepada sesiapa yang nak ganti IC yang dah hancur tu..jgn segan segan ok...bukan susah pun...tapi dengar citer , bulan Januari 2012 nanti IC yang baru akan diperkenalkan....IC yang lebih baik mutunya...InsyaAllah.....:)

Wednesday, July 27, 2011

Retro Night Gala Dinner CR Perodua 2011


SABTU 22 JULAI 2011

Hari ni Adi jadi emcee dan host untuk makan malam Perodua CR Conference 2011 yang berlangsung di Bukit Gambang Resort , Kuantan ,Pahang. Semalam baru jer menyaksikan perlawanan Chelsea vs Malaysia...so hari ni drive sensorang ke Bukit Gambang. Tak jauh pun, cuma 2 jam lebih dari KL..

Pic: Hail Adi Amir dengan Uji Rashid Perodua...:)

Malam ni temanya adalah Retro...so memang melaram sakan lah staf staf Perodua yang berseminar pada hari ini. Dan yang menariknya 95% daripada mereka adalah wanita....hehehe...senang kerja!! Sebab waita ni lebih sporting kalau bersama kawan kawan mereka...senang nak ajak menari ker...nyanyi jer...:)


Pertamakali juga adi menyanyi sambil buat emcee....4 lagu juga Adi persembahkan pada mlm itu...lagu lagunya ialah....

Malam Pesta Muda Mudi, Kasih Berubah, Malam Kenangan, dan Khayalan. Adi ambik masa seminggu juga nak hafal lagu lagu tersebut.So lepas ni kalau sesiapa nak suruh Adi nyanyi lagu lagu retro..memang tak jadi masalah la...hehehe


Selain daripada itu ada juga persembahan dan juga sesi berkaraoke yang mendapat sambutan yang hebat...hehehe..memang berbakat diarang ni...Adi oun ikut sama bergembira dengan diarang...hehehe

Apa apa pun terima kasih Perodua yang menjemput Adi...InsyaAllah next time kita bikin lagi...uhuhuuuhu



Sunday, July 24, 2011

Beramal di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan

SABTU 16 Julai 2011

Hari ini Adi dan Nana telah di jemput bagi memeriahkan Karnival Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) yang berlangsung di ibu pejabat YOKUK di Pengkhalan Chepa Kelantan. Kami bertolak dari Subang dan sampai ke lokasi dalam pukul 12 tgh hari...

Pic: Sampai sampai jer di jamu dengan nasi dage!! Yaww!!

Sebetulnya kami di jemput oleh rakan kami yang menganjurkan majlis pada hari ini. Terima kasih pada Shasha dan juga ibunya iaitu Datin Suliana yang sudi menjemput kami...hehehe...ShaSha ni memang peminat AF dari Af1 sampailah sekarang ni...:) . Kami pun dah kenal lama dengan keluarga Shasha...:)


Pic*: Persembahan tomoi

Pic*: Persembahan silat

Cukup meriah bila kami sampai ke ibu pejabat YOKUK ini...ada gerai jualan , persembahan karaoke,tomoi, silat , cabutan bertuah, jualan gerai, dan juga kehadiran orang ramai yang menyokong acara pada hari ini.

Pic*: Sukaneka sedang berlangsung


Sedih bila dengar cerita daripada pihak Yokuk yang ingin menjayakan majlis ini...mereka telah menjual kopun untuk majlis pada hari ini....minggu lepas mereka telah menghantar pegawai dan juga warga OKU untuk menjual kopun yang boleh digunakan pada hari ini di KB Mall....malangnya cuma RM30 sahaja kupon yang terjual....Aduhai...sedih dengar cerita daripada mereka...


Pic*: Sama sama menari dengan Nana dan Adi..hehehe

Alhamdulillah sambutan pada majlis kali ni paling meriah kata pegawai Yokuk....memang ramai yang datang ke majlis ini...ketika Adi dan Nana sampai pun keadaan agak sesak ....weeeaaa...Tanpa berl;angah lama, Nana memulakan tugasnya sebagai pengacara pada majlis hari ni...sungguh meriah bila orang orang kurang upaya ini sama sama berseronok bersama keluarga dan masyarakat setempat...:)

Pic*: Bersama dengan adik ni yang tak nak berenggang dengan Adi ...hahaha


Masa Adi nyanyi pun ada yang sporting naik ke pentas sama sama bernyanyi bersama Adi...Adi pun sempat berduet dengan Nana menerusi lagu "Hanya Memuji"...hahaha...lagu ni memang lagu carik makan Adi dan nana ler....hehehe....siap ingat steps dia lagi.....kahkahkahkah........cuma masa lagu "Kasih Ibu" ......Adi agak emosi sikit bila melihat ibu ibu yang ada ...yang sentiasa sabar menjaga anak anak mereka yang mungkin sedikit istimewa...namun ibu ibu ini juga lah yang menjaga mereka dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang.....sungguh besar pengorbanan ibu ibu ini.....:)






Pic: Kek kek yang disumbangkan pada hari ini.....banyak giler!!

Selain itu ada upacara meniup kek kek harijadi Yokuk sumbangan daripada hotel hotel dan badan badan persendirian...khabarnya ada 50 kek pelbagai saiz yang di sumbangkan pada hari ini...dan kami ramai ramai meniupnya...yeahhh!!!


Pic*: Upacara potong kek !!

Jadi kalau ada yang berkemampuan tu , ringan ringan kan tangan hulurkan bantuan, tidak semestinya dengan wang ringgit....tapi mungkin sumbangan tenanga anda dapat membantu Yokuk ini.....Syabas kepada para sukarelawan yang bertugas di YOKUK tempoh hari.....:)

Pic: Antara hadiah cabutan bertuah , juga motorsikal sebagai hadiah utama.


Selepas persembahan, Adi dan Nana singgah ke rumah Datin Suliana di Kota Bharu untuk menjamu selera lagi sambil menantikan penerbangan balik ke KL...ya ampun, memang makan sahaja...kali ni kitarang makan laksam yang sedap giler....sampai tapow bawak balik KL...hehehehe....terima kasih lah pada Shasha dan Datin Suliana serta keluarga di atas layanan yang baik sekali kepada Adi dan Nana.....

Pic: Laksam ....yum yum!!!


Pic: Tugas dah selesai, perut dah kenyang....Nana terlelap menantikan flight!!


Alhamdulillah..Adi dan Nana tersenyum puas dapat menjayakan majlis amal ini...InsyaAllah lain kali kitarang buat lagi kerja amal ni...:)

*Gambar dari lamanweb rasmi Yokuk -www.yokuk.org









Saturday, July 23, 2011

CHELSEA vs MALAYSIA



KHAMIS 21 JULAI 2011

Berbekalkan dengan 3 kampit kuaci saiz medium...Adi ke Stadium Bukit Jalil lagi...heehehe..Kali ini menyaksikan giliran Chelsea beraksi di Malaysia. Pada Adi, pasukan Chelsea ini mempunyai pemain yang banyak karektornya....satu pasukan yang kuat. Adi suka dengan gandingan Drogba dan juga Anelka...Cuma baru baru ini gandingan tersebut seolah olah terpisah dengan kehadiran Fernando Torres...pemain paling mahal dalam EPL ketika ini....



Masa Adi sampai kat Stadium Nasional, nampak macam tak berapa ramai yang datang pada malam ini...mungkin sebab perlawanan ini di buat dalam hari bekerja. Tetapi menjelang pukul 830malam, Stadium dan 70% penuh....ok..not bad la...jam 730ptg para pemain kedua dua pasukan telah mula turun ke padang untuk sesi memanaskan badan...

Pic: Sesi memanaskan badan pasukan Chelsea

Semasa sesi memanaskan badan ni sedang berlangsung, tetiba berlaku adegan yang agak kecoh di sebelah tingkat atas di grandstand....rupa rupanya diarang kecoh pasal ada penyokong pasukan lain yang berada di kelompok pasukan Chelsea.....

Apa la punya bengong mamat tu..yang suruh pakai jersey team lain tu apasal?..dah sah sah nak glamer la tu...hahahaha...nak femes macam mamat yang kena bukak baju MU dia ketika Malaysia lawan Liverpool hari tu....maklumlah pemain Wayne Rooney siap tweet kat tweeter pasal insident tu...hahahaha....

Pic: Saya sokong Malaysia!!!!!!

Kalau tak silap Adi ada 3 orang bukan penyokong Chelsea yang terpaksa buka jersey kelab kegemaran mereka...hmmmmm ..memang agak kecoh la....but for me....

Malas nak campur.....lantak la korang nak pakai apa.....duduk diam diam dan layan kuaci lagi best!! :P

Pic: Senarai pemain Chelsea yang beraksi....


Pic: Pemain Malaysia dan Chelsea mula keluar padang...


Perlawanan bermula jam 845mlm....agak penuh juga stadium pada malam ini...oh yer malam ini pasukan Malaysia diwakili oleh Skuad Olimpik Malaysia dan di bantu dengan pemain pemain senior yang lain...kiranya team rojak la...but ...rojak yang agak ok!!

Separuh masa pertama perlawanan agak hambar dengan Torres berada di bahagaian atas seorang diri....jarang sangat player termahal EPL tu dapat bola....nampaknya pertahanan pasukan Malaysia dapat mengekang dengan agak baik asakan daripada Chelsea...walaupun kadangkala pertahanan kita mengawal dengan agak kurang kemas..

Cuma agak kurang best bila penyokong Malaysia termasuk PENYOKONG CHELSEA sendiri mengeBOOO....pemain Chelsea yang berasal dari Israel ..Yossi Benayoun....masing masing punya persepsi tersendiri....but for Adi...mamat tu cuma nak main bola jer....takde kaitan dengan goverment dia...sukan jangan dicampur adukkan dengan politik negara....:)

Separuh masa pertama keputusannya 0-0....takde gol.....kuaci dah 2 peket habis....


Separuh masa kedua baru la Drogba dan Anelka baru masuk..dan perlawanan menjadi rancak sedikit dengan kemasukkan mereka....Chelsea menyerang bertubi tubi...dan akhirnya Chelsea mendapat gol yang kontroversi pada minit minit terakhir perlawanan hasil sepakan percuma Drogba.....

Pic: Pemain kedua dua pasukan berjabat tangan selepas perlawanan tamat

Rasanya bolatu tak masuk lagi ke dalam gol ...tapi pengadil tetap memberikan jaringan gol kepada Chelsea....masa adegan ini berlangsung.....penyokong Chelsea ambik masa juga nak meraikkan jaringan tersebut...sebab memang nampak tak gol...malahan salah seorang pemain Chelsea iaitu Michael Essien (kalau tak silap Adi la..) memberi isyarat kepada pengadil bahawa bola tersebut belum menyeberangi garisan gol Malaysia......(satu tindakan yang jujur dari player Chelsea...bravoo!!) Bagaimana pun pengadil tetap berdegil memberikan jaringan kepada Chelsea.....aduuuhhh!!!


Sampai ke akhirnya Chelsea berjaya menewaskan Malaysia dengan 1-0 jer.....tahniah kepada pertahanan Malaysia dan juga goal keeper yang cukup cemerlang mengagalkan beberapa cubaan daripada Chelsea.....maka tamat sudah musim EPL di Malaysia...terima kasih kepada Arsenal, Liverpool dan juga Chelsea yang sudi datang ke KL......ok...next time kalau boleh nak tengok gergasi Sepanyol lak berada di Malaysia......maybe Barcelona ataupun Real Madrid ker.....kan...kan....kannnnnn!!!!!...boleh tengok Messi atau Ronaldo beraksi!! Mesti gempak!!

Pic: Drogba di kerumuni press untuk ditemuramah..

P/s: Kuaci sempat habis 3 peket jer....satu peket lagi bawak balik rumah la...hehehe