Thursday, July 28, 2011

Malaysia VS Singapura - Kelayakkan Piala Dunia pusingan ke-2

KHAMIS 28 Julai 2011

Pic: Bersama pemenang tiket Malaysia vs Singapura! Tahniah kepada 14 org pemenang.

Sempena perlawanan timbal balik antara Malaysia vs Singapura untuk kelayakkan Piala Dunia (Pusingan ke-2) di Bukit Jalil , Petang ERA telah mengadakan siaran luar dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Memang perlawanan ini dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia , memandangkan pusingan pertama hari tu kat Singapura (21 Julai) Pasukan Malaysia tewas dengan 3-5....so kiranya pasukan Malaysia perlu menang di KL dengan defisit 2-0 utk layak ke pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.....


Pic: Perut sapa paling besar?..perut isteri Hanif ke atau perut Ray?....


Pic: Semangat dah dalam stadium..yeahhh!!!

Lepas habis siaran luar dalam pukul 7ptg, Adi dan kawan kawan ofis dan Skuad Era pun masuk cari tempat kat dalam stadium yang ramai dah datang...kali ni Adi duduk kat bahagian penjuru stadium....not bad jugak la view dia actually.


Pic:Bersama Amin dan Izzi... Lapor...mari makan kuaci dan berger stadium...

Dalam stadium dah memang gegak gempita dengan suara suara penyokong Malaysia....kiranya dalam stadium ni 95% adalah penyokong pasukan Malaysia.


Ketika perlawanan berlangsung, kelihatan seolah olah pemain lawan melengah lengahkan masa..membuatkan penyokong Malaysia agak gelisah walaupun Malaysia mendahului dengan 1-0 oleh jaringan Safee Sali. Tapi harapan Malaysia mulai lebur bila pasukan lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan. Tamat masa permainan Malaysia 1-1 Singapura. Ini melayakkan Singapura untuk ke pusingan ke-3 Kelayakkan Piala Dunia Zon Asia. Walau Malaysia tewas namun sokongan peminat tempatan kali ini amat berbeza sekali!! Syabas penyokong Malaysia!

Pic: Cita cita yang tidak tercapai....:(

Tapi yang agak menyedihkan bila , masih ada lagi penyokong yang tidak berdisiplin membawa masuk mercun ke dalam stadium. Malang tidak berbau, salah seorang penyokong Malaysia telah buta sebelah matanya akibat terkena mercun yang dilemparkan oleh pihak yg tidak bertanggung jawab...Aduiii....mamat yg kena mercun itu telah dimasukkan ke dalam hospital , dan pada masa yg sama isterinya juga dimasukkan ke hospital yg sama sebab nak melahirkan anak pertama mereka..kalau tak silap Adi.....aduhai...kenapa la jadi macam ni....moga ini akan jadi pengajaran kepada semua ok!! Kita nak layan bola , bukan nak kasi hidup orang lain jadi susah!!!

Pic: Pemain pemain baru nak keluar padang

Oh yea..selain daripada tu, sebelum masuk stadium tadi..kami juga sempat bergambar dengan penyokong penyokong pasukan Singapura yang datang ke KL....well semangat kesukanan mesti ada...lagi pun cuma bola jer kot...:)

Pic: Keratan akhbar Harian Metro dimana Krew Era bergambar bersama penyokong Singapura!

Pic: Ramainya orang....padat!!


Syabas kepada pasukan Malaysia yang bermain sehabis baik, namun rezeki berpihak kepada setengah jam jugak la...aiyakkkkk.....part ni yg tak best bila tengok bola kat stadium...hahaha...redah jer la...kata support!!!


Pic: Fadd9 (Bekas Skuad ERA) a.k.a Rambo bersemangat menyanyikan Lagu Negara ku!!!





2 comments:

edzlin007 said...

wuuh abg fadd tu mmg semangat betul kan

ADIFASHLA said...

yup! yup!!semangat sejati!!!