Setelah bertanya kepada kawan kawan twitter berkenaan cara dan di mana nak buat IC baru ini ...maka hari ini dengan berpakaian gelap Adi menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak kat Presint 3 Putrajaya. Tak sampai 10minit perjalanan daripada rumah Adi ke JPN.
Sampai kat JPN adalah sepasang pengunjung JPN ni datang dengan berpakaian seluar pendek sahaja. Diarang patah balik bila terlihat peringatan tentang etika berpakaian ketika berurusan di JPN. Bila nak masuk pintu utama JPN ada tertera peringatan etika berpakaian ni di JPN. So kalau nak datang ke JPN atau kat mana mana jabatan kerajaan jangan lupa berpakaian kemas .
Bahagian kad pengenalan terletak di tingkat 3, Bangunan JPN. Senang saja..masuk masuk jer akan ternampak signboard besar untuk setiap tingkat. Masa Adi sampai memang lengang. Cuma ada beberapa orang sahaja yang sedang berurusan kat kaunter kad pengenlan ini. Mula mula kena ambik nombor giliran dulu....lepas tu nombor akan tertera dan disebut......masa Adi ambik no giliran tu..mesin nombor terus memanggil nombol giliran Adi...wahhh super fast!!!
Kakak yang menjaga kaunter tu pulak punya la mesra dan baik melayan pelanggan. Bayaran untuk buat IC baru ni cuma RM10 sahaja. Adi telah menukar alamat IC ini. Kena isi satu borang utk pertukaran alamat. Lepas tu kakak kaunter tu suruh Adi pergi kebahagian hujung kaunter kad pengenalan untuk mengambil gambar! Pakaian kenalah warna gelap nyer...warna yang ceria meria tidak digalakkan...hahaha
8 comments:
kena kat tmpat aku sini, teruk pengurusan dia..
dah laa tak mesra, nak beritahu prosedur pon mcam ade berlian dlm mulut...
kecewa btol nk buat IC baru pon..
kat mana tu Cero?
wah.. I.C baru.. sy dh 2 kali tukr i.c sbb hilang.. dayat jugak I.c smpai tbelah dua
hahaha...mcam mana boleh terbelah dua...maybe bulan januari nanti nak tukar lagi kot...IC baru...
wahhh buat kat putrajaya cepat aja. kat tempat saya sebulan baru nak siap.
macam mana abg adi simpan atau pegang IC sampai terbelah dua..kuat abg adi ni haha
Hahaha...entah la Edzlin...dalam dompet jer...agaknya dah lama sangat kot...sampai haus...hehehe
sy wat ic br gak...tp di'sabotaj' sbb kn tukar tudung kat situ gak...mendapat la tudung hitam yg membuatkan wajah yg bulat smakin BULAT!!!TIDAK~~~~~~ minx2 jd la tukar ic br g thun dpn.....hahahha
MAaf miza nak bertanya...boleh ke pakai lens masa nak ambil gamba untk ic tu?
Post a Comment