Wednesday, July 20, 2011

Malaysia VS Arsenal at KL (0-4)

RABU 13 JULAI 2011

Hari yang di tunggu tunggu pun tiba...hari ni Adi bekerja sebelah siang untuk datang ke stadium lebih awal utk menyaksikan Arsenal VS Malaysia kat Stadium Nasional Bukit Jalil. Memang seronok nak pergi...lagi pun stadium cuma kat belakang Astro jer...dekat jer..Adi parking kereta pun kat Taman Teknologi Malaysia...lepas tu menapak sikit lah dari TPM menuju je stadium...


Oh lupa lak, malam ni Adi mengenakan topi Arsenal yang sudah di tandatangani oleh pemain pemain Arsenal kelmarin dan jersey terbaru Arsenal yang diberikan oleh Nike Malaysia semalam....Jersey ulangtahun ke 125 tahun Arsenal....yeahhhh

Pic: Topi Arsenal milik Adi yang sudah di tandatangani oleh semua pemain Arsenal.


Pic: Terima kasih Nike Malaysia sebab bagi jersey ni...hehehe..


Pic: Logo 125 tahun Arsenal.

Perlawanan bermula jam 845mlm..Adi dapat duduk kat bahagian tgh stadium..memang boleh nampak dengan jelas...sebelum permainan bermula para pemain keluar ke padang untuk sesi memanaskan badan...wahh memang meriah sekali la...bila kedua dua pasukan keluar ke padang dan di sambut dengan gegak gempita rakyat Malaysia....yeahhh...


Pic: Arsenal

Nampaknya kelibat Samir Nasri yang mendapat perhatian ramai dalam perlawanan ini..maybe sebab penyokong Arsenal takut Nasri berpindah pasukan...hehehe...secara peribadi..Adi rsa sekarang ini Nasri adalah salah seorang pemain terbaik Arsenal dan juga kemampuannya sekarang adalah lebih baik daripada Cesc Fabregas yang nak berpindah sangat ke Barcelona...biarkanlah mamt tu pindah....dah takde hati pun nak bersama Arsenal....katanya cedera kaki la, sampai taknak datang Kl....padahal 2 minggu sebelum ni Fabregas telah menghadiri satu acara bolasepak di Bali, Indonesia.....hmmm



Ahhh lupakan pasal Fabregas la...lantak la dia....ok...perlawanan malam ni secara jujurnya bagi Adi , agak membosankan...permainan Arsenal terlalu relaks ...manakala pasukan Malaysia pulak agak huru hara...terutama selepas separuh masa ke -2...bercelaru bila semua pemain Malaysia di masukkan....

Pic: Pemain Arsenal sedang warm up!

Pic: Team Malaysia sedang warm up..


Alex Song telah menjadi pemain tengah yang berupaya mengawal permainan Arsenal malam ini. di samping Vela yang menunjukkan skill permainannya...Samir juga beberapa kali menunjukkan skillnya mengelecek 3 org pemain Malaysia.


Kesudahannya Arsenal menang dengan 4-0. Menewaskan Malaysia....gol gol dijaringkan oleh Ramsey (penalti minit ke-6), Walcott (minit ke-37) , Vela (minit ke- 59) dan Rosicky(minit ke-90).

Apa apa pun goodluck utk pasukan Arsenal di musim akan datang dalam EPL..dan diharapkan pasukan Malaysia dapat belajar sesuatu daripada perlawanan ini....Yeahhh berakhirlah kisah Arsenal di Malaysia.......oh yeahhh....!!!!Saya puassss!!!









2 comments:

Edzlin said...

syok-lah abg adi ini :)

ADIFASHLA said...

apa yang syoknya Edzlin?..hehehe