Monday, October 20, 2008

Bumi Hijau@Era

Isnin 20 Okt 2008

Pic: Amacam?..Ada gaya macam Valentino Rossi tak?


Walaupun hari ni mengantuk tahap gaban sebab baru sampai dari kampung jam 4 pagi tadi.., Adi gagah kan jugak untuk bersama Skuad Era di Shah Alam untuk Bumi Hijau@Era. Dimana apabila lintasan Skuad Era ini memerlukan pendengar Era yang terpantas datang bersama barang-barang yang boleh dikitar semula, seperti suratkhabar lama, botol , tin alamunium dan sebagainya akan memenangi wang tunai RM100. Haa..menarik kan.

Pic: Adi - Ko ni kurus Rizal..tapi berat giler...tulang kau berat apa ker?..
Rizal-Aku tahu ko nak cakap apa..ko nak cakap aku berat dosa la ni?..
Adi: - La la la la laaaa..hehehe.

Dan secara simboliknya kami membawakan beca untuk tujuan simbolik bagi menyelamatkan bumi kita yang semakin dilanda pelbagai bencana terutama sekali adalah pencemaran dan juga pemanasan global.

Pic: Adi- Rizal, apasal diarang tengok kita?
Rizal-Aku rasa diarang tertawan dengan kita la..
Adi- Kita ker atau beca ni?..huhuhu


Walaupun tempat yang kami pilih ni agak tersorok, tetapi ramai juga yang datang ke lintasan Skuad Era ini..Terima kasih. Adi lak teruja apabila nampak beca ini yang diturunkan dari lori..sempoi..haha..Beca ini memang di import dari Melaka...yeah! Original tau! hahaha..actually takde la berat sangat nak bawak beca ni..kalau seorang la..kalai 3 orang atas beca..maunya semput nak mengayuh..sempat lagi berlumba masa naik beca ni..hehehe.



Video: Jangan tiru aksi ini dari pemandu profesional ini..hehehe.


Pic: Spesifikasi beca Team Bumi Hijau @ERA, 600cc, 128Hp , loceng askrim dan mesra alam!!!

InsyaAllah Adi akan turun lagi bersama Skuad Era untuk misi Bumi Hijau@Era ini.Jadi pastikan korang yang nak kejar skuad Era ni bawalah sekali barang yang boleh di kitar semula..mana tahu kalau korang yg terpantas..boleh menang RM100...Jumpa lagi!!!

Hari paling letih!!!!

AHAD 19 OKT 2008

Dah 2 minggu berturut Adi balik ke kampung sebab majlis perkahwinan adik Adi akan berlangsung tak lama lagi. Haha..balik ke kampung Adi tinggalkan semua yang berkaitan dengan dunia "glamor/celebriti" ..kat kampung jadiorang kampung la..so hari ni tugas Adi ialah untuk mengemaskan laman rumah..hahaha..lama tak buat kerja-kerja cam ni..berbekalkan cangkul, penyapu dan kereta sorong ..tugas ADi adalah mengemaskan bahagian tepi rumah yang agak semak..yeah..sampai licin Adi kerjakan..huhuhu..pastu mengalihkan pasu-pasu bunga yang ada kat rumah tu..dan dialaihkan ke tempat yang sesuai..agar tak menggangu orang nak lalu lalang nanti..berat gak pasu -pasu ni...alih lah dengan menggunakan kereta sorong..

Dah penat mengalihkan pasu.sambng balik cabut rumput kat halaman rumah....time ni dah panas dah..dalam jam 10 pagi dah..huhu...lepas tu Abah panggil lak....tolong dia cuci ikan keli..hehe..nak buat lauk untuk malam nanti , sebab ada kenduri doa selamat. Adalah 80 ekor ikan keli yang Adi cuci..hehehe..sakit tangan gak..sebab tak pernah cuci ikan keli actually..

Lepas tu berehat kejap..pukul 3 lak Adi sambung kerja dengan menggantikan lampu - lampu yang tak hidup..di gantikan dengan yang baru..mengusung tangga dalam dan luar rumah...leas tu cuci kereta Adi dan juga kereta adik Adi yang agak kotor la ..huhu...sampaila Maghrib.

Lepas Maghrib Adi menyusun tempat untuk makan kenduri malam ni..setting la..hahah..masuk kedapur dan ruang tamu berulang-ulang kali sambil di bantu adik ipar..hehehe..kiranya kitarang berdua la yang penat sikit.Adik lelaki Adi lak tak balik, katanya ada final exam, selalu dia yang paling rajin..hahaha..Abgnya ni yang selalu goyang kaki..Tapi malam ni dia takde..so Adi kenalah jadi front man..hahaha..

Oh yer kenduri doa selamat ini adalah untuk majlis perkahwinan adik Adi yang akan berlangsung tak lama lagi..agar semuanya baik baik dan berjalan lancar. Selain daripada itu majlis ini bertindak untuk membincangkan siapa yang akan jadi ketua untuk majlis "rewang" nanti.Ada yang kena jadi Ketua untuk makanan, minuman, cuci pinggan mangkuk, angkat hidangan, dan jaga tempat makan.Banyak cabangnya...dan Alhamdulillah budaya "rewang' ni masih di amalkan di tempat Adi..yup..ini cara kampung..saling tolong menolong!!

Habis kenduri dalam jam 1030ptg, Terus Adi mengemas seorang diri..sebab adik dan adik ipar semua dah balik ke KL..sebab esok kerja..nah..takkan nak tinggalkan macam tu jer..sian lak kat abah dan mak..so kemas la ..sikit -sikit..esok mak ngan abah just basuh pinggan mangkuk jer..so..habis angku-angkut lak..dalam jam 11 malam..barula Adi dapat rehat jap dan makan malam..sedapnya..sebab lapor la..hhehe...lepas makan dah penuh..barulah rasa penat sangatsangat..hahaha..sepatutnya Adi nak balik ke KL malam ni gak..tapi memandangkan kepenantan, Adi tangguhkan..balik esok pagi la...penat tido la..

Yup..puktul 4pg Adi bangun ..dan 430 pagi adi dah bertolak balik ke Kl dan sampai ke Astro jam 55opg..terus on air...

hmmmm hari yang betul-betul penat!!

Monday, October 13, 2008

Rumah Terbuka ERA

AHAD 12 OKTOBER 2008

Seytelah beberapa minggu kitrang kat ERA buat bising pasal rumah terbuka ERA..maka hari nilah tiba masanya yang di nantikan . Rumah Terbuka Raya ERA berlangsung di SP Setia Welcome Center di Setaia Alam , Shah Alam. Majlis bermula jam 12 tgh sampai lah kul 4ptg.

Pic: Seronok dapat makan lemang!!!Sedap Yo!!

Alhamdulillah memang ramai yang datang , aggaran ialah dalam 10 000 orang .Lebih kurang la...yer la kalau dah namanya rumah terbuka..mestilah ramai.

Pic: Lemang, rendang, satay dan ayam masak kari antara juadah utama.

Makanan yang disediakan ialah Satay, Lemang dan juga lauk pauk lain serta kuih muih raya juga di sediakan.hallamak..memang mencabar perut. Actually Adi bertolak dari rumah Adi kat Tg Karang, sebab hari Jumaat tu balik Kg..saja..masa pagi tu, Adi tak makan sgt kat rumah , sebab memikirkan nak berumah terbuka, mesti ada makanan...so makan jer la kat sana nanti kan..

Pic: Budak -budak seronok beraya!

Masa sampai kat SP Setia, majlis dah nak bermula, Kiranya Adi lambat jugak la sampai. Hahaha..Adi di sambut dengan pegawai SP Setia dan terus di bawa ke lokasi pentas utama untuk rumah terbuka dengan menaiki Buggy Car. Laaa...Adi ingatkan majlis kat dalam bangunan SP Setia Welcome Center ..rupanya kat luar la..dekat padang..Alamak.....bukan apa, sebab Adi memakai kasut yang rasanya tak sesuai dengan keadaan padang. ..rasanya penyampai Era yang lain terutamanya wanita juga mungkin terfikir sama seperti Adi. Nah apa yang Adi risaukan memang terjadi la..Hahaha..padang tersebut keadaannya agak teruk jugak..iaitu becak! alahai...tapi nak buat cam mana..nak balik ke kereta tukar kasut , majlis dah bermula..maka redah jer la..hahaha...lenyek , jangan tak lenyek..alahai...huhuhu..silap kasut la.

Pic: Ramainya orang!! Huhuhuhu.

So jalan lah perlahan - lahan ke meja makan..masa nak duduk pulak..mai aiiii..hampir - hampir tumbnag Adi..apa tak nya..kaki kerusi yang Adi duduk terus masuk ke dalam tanah , hampir hampir Adi terhumban,..Alamak..dah kena mencabut kerusi tu. Hahaha. Pak Nil lak lagi best..dia dah tahu kat bawah agak basah..so dia lepak atas stage jer...tapi memang dia jadi MC pun hari ni..hahaha..Alang -alang dah kotor...belasah jer la..

Pic: Pak Nil jadi MC utama untuk rumah terbuka ERA.

Ok berbalik pasal rumah terbuka ERA. Selain upacara makan-makan , kami juga ada permainan dan juga hadiah yang jadi rebutan.Hehehe.. antara permaianan yang kitarang ada ialah ..balut pasangan masing masing dengan tisu ....hahaha....Ini kiranya nak tengok tahap kreativiti memasing la..

Pic: Tempat ketiga - Fesyen "Tak Siap di Pagi Raya"

Pic: Tempat ke-2 : Fesyen "Kemalangan di pagi raya"


Pic: Johan- Fesyen " Kedinginan di Pagi Syawal"..hehehe


Pic: Adi - "Sepohon kayu daunnya rimbun"
Nana - "Hmmm lagu ni lagi!!"
Kieran- "Sepohon kayuu.....oit tadi kata nak nyanyi lagu Pagi Yang Gelap??!!Huh!!

Lepas jer Pak nil mengacarakan majlis..Adi ,Kieran dan Nana pulak ambil bahagian menghiburkan penonton dengan celoteh kami.takde la nyanyi..sebab takut nanti cuaca akan jadi tidak menentu dan memburukkan lagi keadaan padang..hehehe..

Kami mengendalikan permaiana mengayam ketupat dengan riben..susah oo buat ketupat dengan riben sebab licin riben tu..Brother katbawah ni lak..susah nak buat ketupat sebab tangan dia menggigil gegiler ..hahaha.Pemenangnya ialah kakak sebelah brother tu..dengan kelajuan membuat satu ketupat dalam jangka masa satu minit..laju giler lah...huhuhu

Pic: Acara menganyam ketupat dengan riben..akak tu bagi brother sebelah dia ni buat dulu, sebab dia boleh kejar dengan selambernya..terus menang! hahaha

Pic: Adakah diriku kelihatan seperti YB?..Cehh!!!sifar!!



Pic: Zahid sedang membuat persembahan di saksikan oleh seorang krew Skuad Era yang kechewa kerana Zahid tak nak berduet dengan dia..huhuhu..sebab dia tak pakai baju raya..hahah

Pic: Kitarang kechewa sebab tak dapat tengok jac nyanyi sambil angkat- angkat mic..dah takde dah..


Pic: Bila Adam nak nyanyi jer.ada orang jerit, bila Adam nak makan jer ada orang menjerit.., bila Adam menjerit..ada lak yang meraung..sebab Adam jerit..DIAM!! hahaha...gurau jer!!

Pic: The Kintels!!!

Lepas jer mengacarakan majlis, terus turun dan beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung terutama kawan - kawan Adi yang datang dari jauh..dari KL dan dari mana-mana lah..hehehe..thanks kat korang! Hajat di hati nak makan lemang nampaknya tak dapat di tunaikan sebab sibuk melayan orang ramai..hehehe..bukan selalu dapat jumpa pendengar Era yang ramai macam ni..


Pic: Tomeinya Adik -adik ni..thanks sebab dtg yek!!


Pic: Kamilah Skuad Angkasa Gaban!! Wakata-wakata penanda!!!


Pic: 2 teruna bersama 2 ayahanda!! hehehe..

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah...dan kami pulang dalam jam 330ptg..dan masa on d way balik ke KL..hujan turun mencurah -curah..Ya Allah lebatnya...nasib baik la majlis dah tamat lebih awal..apa-apa pun nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi bersama kami..dan yang tak dapat pergi tu tak per..lain kali kita jumpa lagi ok!!! Teruskan berhari raya di bulan syawal!!!

Pic: Hujan rahmat!! Alhamdulillah!!

Friday, October 10, 2008

Uji Bakat !!!

Adi dapat mesej dari kawan Adi...

Sesi UjiBakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3

PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL bakal kembali lagi ke pentas berprestij Istana Budaya pada Februari 2009!

Kami sedang mencari bakat bakat baru untuk menyertai ensemble produksi muzikal kami di dalam persembahan ini nanti. Sekira anda mempunyai minat yang mendalam dalam seni persembahan dan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian, kami mahu anda sertai kami! Datang ke sessi ujibakat ini dan tunjukkan kepada kami bahawa andalah bakat terpendam yang kami cari selama ini!

SILA DATANG BERSAMA SEKEPING GAMBAR ANDA YANG TERBARU DAN BERSEDIA UNTUK MENYANYIKAN LAGU PILIHAN ANDA KEPADA KAMI! Anda diminta bersedia untuk diujibakat dalam bidang lakonan dan tarian, datang dengan pakaian yang bersesuaian/selesa untuk menari.

Sessi ujibakat akan diadakan pada tarikh dan waktu berikut:

2pm-7pm Fri 17th Oct 2008
2pm-7pm Sat 18th Oct 2008
2pm-7pm Sun 19th Oct 2008

10 on 10 studio
83B, Lorong Mamanda1, Ampang Point
68000, Selangor, Malaysia
(Tangga sebelah kiri Linda Oon’s Chicken Rice / diatas Imagine Pictures)

Sekiranya anda ada sesuatu yang istimewa untuk ditunjukkan pada kami, sila hubungi Cik Catherina di talian 03 7958 7877 atau 012 274 3387 untuk membuat temujanji anda untuk diujibakat pada tarikh yang tertera diatas atau emailkan kepada cath@enfiniti.com.my atau nora@enfiniti.com.my.

Kami tunggu dan jumpa anda disana! Pencarian bakat teater baru kini bermula!
sebarkan berita ini kepada semua sahabat handai anda!

Metallica - Death Magnetic

Jumaat 10 Oktober 2008

Hari ni Adi balik ke kampung, memula cam tak nak balik , tapi hati terdetik, pulang jugak pukul 530 ptg meredah jam..takpe la...sambil memandu..sambil layan CD terbaru Metallica-Death Magnetic Edisi Malaysia. Tak tahulah sejauh mana bezanya edisi Malaysia ni dengan yang original.

1. "That Was Just Your Life" 7:08
2. "The End of the Line" 7:52
3. "Broken, Beat & Scarred" 6:25
4. "The Day That Never Comes" 7:56
5. "All Nightmare Long" 7:57
6. "Cyanide" 6:39
7. "The Unforgiven III" 7:46
8. "The Judas Kiss" 8:01
9. "Suicide & Redemption" 9:56
10. "My Apocalypse"


Album ni ada 10 buah lagu yang menampilkan pemain bass baru Metallica iaitu Robert Trujillo . Suka tengok gaya agresif mamat ni.Tapi rasanya Adi lebih suka kat pemain bass yg sebelum ni, iaitu Jason Newsted. Coz jason ada attitude dah boleh nayanyi sekali.Banyak orang kata untuk album ni, Metallica nak balik ke konsep asal mereka macam album dulu - dulu..seperti Master of Puppet dan And Justice of All.


Katanya album ni mula pra produksi pada tahun 2006 lagi..dan mengambil masa 6 bulan untuk di rakamkan..kiranya diarang bertapa la.

So macam mana lagu baru Metallica?....Ok...teruja nak dengar hasil terbaru Metallica bersama penerbit nya iatu Rick Rubin yang juga menaikkan SOAD! (CD SOAD tak pernah keluar dari pemain stereo Adi kat dalam kereta.).

Masukkan CD, .....loading...pusing volume kuat kuat! ...Boooommm!!! hehehe...

gitar dengan drum memang bingit la...dari track 1 sampai 10 Adi dengar satu persatu..hahaha....memang album kali ni betul betul macam Metallica yg dulu...tapi takde la nak dengar rif-rif yang teknikal sangat dari Kirt Emmet..entah la..banyak sangat "palm muting" (satu teknik permainan gitar yang mematikan tai gitar dengan tapak tangan..sambil pick gitar memetik tali gitar menyebabkan bunyi lebih berat!!)

Adi lebih suka album BLACK dan album Garage Inc diarang..Untuk album ni lagu yang masuk dalam kepala Adi ialah "Broken, Beat & Scarred" dan juga track no 9..takde lagu..tapi instrumental metal power menerusi "Suicide & Redemption"..lagu - lagu lain tak masuk lagi..mungkin kena dengar berkali-kali baru ok kot...

Ok..untuk peminat Metallica...dapatkan album baru diarang ni..kalau korang suka muzik metal ala-ala zaman 80an..untuk album ini Adi bagi 7/10..

Thursday, October 9, 2008

Misi Turun Berat Badan....hmmm

Pic: Nak sedapkan hati..."mesin ni rosak ker apa?...salah ni!!!"


Ok..semalam Adi pergi farmasi, tgh belek belek barang...sekali ternampak la mesin timbang berat badan ni..hahaha...best best...jadi beli lah..supaya boleh selalu timbang berat badan. Masa dah sampai rumah, terus Adi berdiri kat atas timbang ni...nak tahu tak berapa berat Adi?..

62KG!!!!!!!

Mak aiii..ringannya Adi,.haha..senyum sensorang la ,! aik..ringan nya dah..hehehe..kembang hidung..tak sia -sia beli mesin timbang ni...makluma lah 2 tahun lepas Adi pernah cecah 64kg..ringan tau..main futsal pun tak mengah!

Untuk makluman semua..masa Adi timbang ni..mesin ni tak keluar lagi dari kotaknya......Jadi Adi pun tak puas hati..takkanlah ringan giler.

Jadi bukalah kotak mesin ni..laaaa...rupanya ada satu lapisan kotak yang menyendal papan untuk kita berdiri di atas mesin ni..jadi lapisan kotak tu turut bertindak menampung berat Adi...sebab benda tu masih dalam kotaknya dan tak nampak sebab lapisan kotak tu menyendal kat bahagian bawah mesin timbang berat ni.
Terus senyuman yang terukirdi bibir menjadi kelat!! Cesss.......agaknya berapa berat sebenar Adi?..Adi cabut lapisan kotak yang menampung dan keluarkan mesin tu dari kotaknya.

Dengan gaya cuak dan secara perlahan lahan...Adi naik mesin timbang tu...wow!!! 36kg!! ..opsss..itu baru sebelah kaki.....

Inilah kebenarannya....bila Adi naik dengan kedua dua belah kaki..

ARGHHHH!!!!!! 70 Kiloooooooooooooo!!!!!! Tidaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!



**
Moral: Keluarkan dulu mesin timbang dari kotaknya..untuk ukuran yang jitu!

Wednesday, October 8, 2008

RUMAH TERBUKA ERA


ERA Raya bersama SP Setia


Berayalah bersama artis serta penyampai ERA kesayangan anda di Setia Alam sempena promosi ERA Raya bersama SP Setia pada 12 Oktober 2008!

Telefonlah kami dan beritahu apa yang akan anda bawa untuk penyampai ERA ke majlis tersebut dan mengapa. Jawapan yang paling mencuit hati akan memenangi wang tunai berjumlah RM300 dan 4 jemputan VIP ke majlis ini.

Jika tak menang jemputan VIP, tak mengapa. Anda masih boleh datang ke maljis raya ini pada 12 Oktober 2008 bermula jam 11 pagi hingga 4 petang untuk sama-sama meraikan Hari Raya. Hadiah berjumlah RM2,000 menanti anda serta hidangan yang sedap - sedap! Artis-artis seperti Adam, Jaclyn Victor dan Zahid bakal menghiburkan anda di sana!

SP Setia dan ERA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pendengar!


**Petikan dari laman Web ERA**

*Dengan ini ,Adi jemput semua pembaca -pembaca blog Adi untuk datang beramai -ramai ok.

Macam mana nak pergi...senang jer..ambik highway NKVE menghala ke Klang. ..sampai kat exit Setia Alam...naik kat situ, bayar tol dan terus sikit..lepas tu korang akan nampak satu bangunan kaca yang besar sebelah kiri korang...ok..kat situ la tempat nya...dan yang dari Klang sendiri atau Shaha Alam...terus pergi ke Jalan Klang -Meru..dan cari signboard ke Setia Alam...senang jer...

Penyampai Era dan artis hanya akan berada di sana dari jam 12 sampai 2ptg sahaja..Jadi dtg awal la kalau boleh yer!! Jumpa kat sana!!

Monday, October 6, 2008

Cerita Baraan

SABTU 4 OKT 2008

Raya ke-4 barulah Adi dapat menyertai "Baraan" kat kampung Adi. Yang tak tahu baraan..baraan ialah mengunjungi rumah di dalam kampung yang kita duduki. Actually Adi duduk kat Pekan Tg Karang. Tapi di sebabkan dulu Adi pernah duduk kat Kampung Sg Tengi Kanan ni, (rumah nenek Adi)..maka setiap tahun Adi tak miss untuk meyertai Baraan....hehe..nak kata malu..hmm memula dulu malu lah....now dah ok dah..kalau tak join baraan masa raya ni ..rasa mcm kurang meriah..



Baraan Hari Raya yang ke -4

Biasanya baraan bermula hari raya kedua sampai keempat..di sebabkan raya kedua dan ke-3 ADi kerja..so tak dapat la join ..maka hari yg last barulah dapat ..hehe..tapi yang kurang menariknya berkenaan baraan tahun ini berbanding tahun lepas ialah..tahun ni baraan hanya di buat dalam kampung sendiri jer...tahun lepas dan tahun2 sebelumnya..kami merentas ke kampung sebelah..kiranya ada 3 kampung yang kami kunjungi masa baraan la...tapi kali ni kampung sendiri jer..hmmmm..ada yang tak kena ni...jadi untuk mencukupkan 3 hari baraan...maka buatla separuh hari jer untuk 3 hari ni..



Nampak gayanya kalau di buat mcm ni..maka boleh pupus la tradisi baraan ni..memang la Adi akui baraan kat kampung adi ni lain dari yang lain..kalau ikutkan kat tempat lain ..baraannya agak sunyi..tapi baraan kat kg Adi ni ..mak aiii..mcm ribut riuhnya...sebabnya budak budak katsini...kasi ubah suai ekzos motorsikal masing masing..itu yg riuh rendah tu..hmm..rasanya attitude ni kena betulkan juga..tapi ..entahla..nak nasihat dah berbuih dah..tapi ..itu jugak la yg di buatnya..

Pic: Adi tgh menggayakan "Ear Plug"nya...hahaha..utk mengelakkan anak telinga terkeluar!

Seronoknya masa baraan ni..kita dapat jumpa kawan-kawan lama..dan dtg tengok rumah orang kampung..dulu rumah kampung sangat cantik..tapi sekarang nak cari rumah yang betul-betul bercirikan kampung ..memang susah...kalau ada pun mesti separuh dah jadi rumah batu...maksudnya..sebahagian rumah papan, sebahagian rumagh batu..huhuhu....

Pic: Salah satu rumah kampung yang masih dalam keadaan asal...cantik kan?!


Pic: Kiambang di dalam parit menghijau di tepi rumah!!!

Masa baraan ni, Adi tumpang motor kawan jer..malas nak memandu..lagi pun kat rumah ada satu motor shj..heheh..sebab satu lagi motor dah kena curik tahun lepas..bila dah naik motor ni..kenalah pakai "ear plug"..kalau tak memang bingit telinga di buatnya...jangan sekali -kali mendekati motor yang sedang di rev tanpa ear plug..ianya boleh meyebabkan pekak seketika..yeah..hmm..lagi satu ..baju lak..jgn citer la..sebab tu jarang Adi nak pakai baju melayu masa baraan ni, sebab asap melekat kat baju..huhu..dulu Adi pernah pakai jubah masa baraan...balik rumah..ya ampun..bau asap saja...huhuhu..pakailah minyak wangi apa shj..pasti kantoi nyer...



Suasana Baraan ketika berada di dalam salah sebuah rumah yang di kunjungi.

Baraan kali ni Adi sempat naik lebih kurang 15 buah rumah shj..kira oklah tu...sementara Adi boleh join..ADI AKAN jooin punyer..tapi salah satu agenda yang menarik mas Baraan ni ialah makan tg hari.Selesai jer upacara baraan jam 1ptg..terus kami berkejar ke masjid untuk solat zohor dan juga makan!! Yeah..tahun ni istimewa sikit..sebab katanya ada seorang anak penduduk kampung yang jadi chef..akan masak..wahh....masak sup tulang..alahai ..mesti bestnya...sedap..memang menyelerakan..lebih lebih lagi makan neramai-ramai..

Pic: Makan time!!!


Pic: Sedapnya makan nasi dengan sup tulang!! aiyooo sedapnya!!!

Bagi Adi..habis jer baraan..maka habis lah juga kemeriahan hari raya...sedih jugak..nak habiskan baraan tahun ni..dah la dapat last day jer..hahaha..harap - harap tradisi Baraan ini akan kekal selama-;amanya...kalau tak..kuranglah meriahnya raya di Tg Karang!!!InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi!!


Pic: Adi pecah perut gelak bila tengok member Adi pergi Baraan pakai boot! Bukan Prada, Gucci atauJimmy Choo..Tapi kasut nak pergi kebun..hahaha..Katanya kasutnya adiknya pakai!..Hahaha..Latest fashion di hari raya!!



Pic: Jumpa lagi raya tahun depan kawan-kawan!!!Rasa cam nostalgik lak..


Pic: Pelangi petang di hari raya ke-4!!

Saturday, October 4, 2008

Mentaliti Kita.....

Jumaat 3 Okt 2008

Hari Raya ke-3 ADi bertugas, on air dengan Kieran dan Nana, lepas tu sebelah petang Adi baliklah ke kampung..sambung beraya..Masa nak sampai kat pekan Sg Buloh..ada lah satu kereta ni memandu dihadapan kereta Adi...Kami tak laju pun ..sebab dalam kawasan pekan dan kami berada di lane sebelah kiri sekali...ketika dah nak keluar dari kawasan pekan, Adi pun bergerak lak ke lane sebelah kanan sebab nak memotong kereta di depan Adi ni...tetiba masa nak memotong tu....

Kedebus!! Kedebus!!!

Aik!!! terkejut ADi..ingatkan apa..rupanya orang yang kat dalam kereta di depan membuang sesuatu dan kena kat cermin kereta Adi...kalau tak silap Adi macam kuih raya jer...terus Adi beamkan lampu...bunyikan hon dan terus pecut memotong kereta tu yang agak penuh dengan penumpang..yup! dengan geram dan bengangnya..Adi pandu seiring dengan pemandu kereta itu dan menjeling kat kereta itu....langsung dia tak pandang kat Adi...tak minta maaf pun..buat dek jer!!

Lagi la Adi bengang....terus Adi potong kereta tu dan berada di hadapan kereta tu..dan Adi perlahankan kereta sehingga mencapai 40km/j.....tak kasi kereta tu potong..agak lama juga Adi buat cam tu..adala dalam 5 minit...

Tak puas hati lagi..Adi kasi kereta tu potong Adi dan kali ni Adi "cucuk" kereta tu rapat -rapat....memang betul betul bengang la..Jauh juga Adi "cucuk" kereta tu ..dalam 20km...mana kereta tu pergi Adi akan ikut sahaja.. cuak jugak pemandu tu bila Adi buat cam tu...

Bukan apa...niat Adi nak bagi tahu kat orang tu jgn buat cam tu lagi...Takde adab ketika berada di jalan raya...Apa la salahnya kalau yer pun ada sampah..simpan dulu dalam kereta..bila sampai mana-mana ..barulah buang..ini tak..di buangnya kat tgh jalan ...dan menggangu orang lain..memanglah cermin kereta Adi tak pecah...tapibayangkan kalau org lain terkejut dengan tetiba ada benda melayang ke arah kereta ada..dan mengenani cermin...kan bahaya tu...kalau ikutkan Adi nak jer buat benda benda yg tak sepatutnya....tapi mengenangkan hari raya..dan Adi tengok dalam kereta tu pun ada budak budak..mungkin diarang nak berhari raya....tapi mentaliti diarang tu, memang cukup mengecewakan!!!!

Hormati lah pengguna jalan raya yang lain!! Kalau korang kena macam Adi..apa yang korang akan rasa?....Moralnya kat sini...Pandu Cermat Jiwa Orang Lain tak Terbakar!!! Huh!!

Friday, October 3, 2008

Hari Raya.....banyak cerita

1 sept 2008 RABU

Pic: Selamat Hari Raya dari Kami!!! Keluarga Pak Juraimi!

Raya - raya ! Raya....yeah raya datang lagi..tapi kuranglak feel Adi pasal raya tahun ni..agaknya sebab dah tahu kena kerja..tapi yg best pagi raya tahun ni meriah la sebab dah tambah seorang lagi ahli keluarga Adi..Farah Aulia...anak buah ADi yang pertama..hehe..dialah penyeri raya kitarang tahun ni.

Pic: Aulia cuba Sabotaj Pak Long nya.."No Picture Please, selagi tak bagi duit raya"!!


Selalunya pagi raya Adi akan bangun awal dan bersarapan dengan family, lepas tu siap sedia pergi sembahyang raya kat surau dekat dengan rumah Adi..hahaha...sembahyang raya biasanya Adi pakai baju melayu dengan kain pelikat jer..takde la bersampin -sampin time nak sembahyang ni...selesa macam tu..baju raya pakai nanti la..

Pic: Rumah embah kat Sg Nibong!!

sembahyang raya kat surau ni agak lambat sedikit, bukan apa..kitarang kat sini sekalikan juga dengan membaca tahlil pendek untuk arwah-arwah keluarga kitarang yang dah takde..

Pic: Nyiur melambai di pagi syawal!! kat belakang rumah embah!!


Balik dari surau dah nak dekat jam 10 pagi. terus bersiap-siap dengan baju raya terbaru...dengan sampin la...perghhh segak lak nampaknya..Oh yer baju raya tahun ni Adi beli last minit ..iaitu semalam...sehari sebelum raya....hahaha...actually masa tu on d way balik kampung..ikutkan Adi malas dah nak beli apa-apa lagi...tapi hati terdetik nak beli baju raya lagi...org kata jgn biarkan hati meronta, nanti kempunan..maka Adi singgah lah kat Shah Alam ...belilah baju raya baru Adi dan baju raya Aulia sekali ...senyumlah memanjang balik ke rumah dapat baju baru..

Pic: Sejuknya mata memandang!!Belakang rumah embah!!


Pagi raya mestilah ada upacara bermaaf-maafan bersama ibu -bapa dan juga ahli keluarga yg lain, tak terkecuali keluarga Adi jugak la...hehehe...walaupun dah tua - tua ni..mak dengan bapak tetap bagi duit raya!!!! Yahoooo!! ahaha..inilah satu -satunya duit raya yang Adi dapat...bila dapat duit raya ..kitarang adik beradik terkinja-kinja la...macam budak kecik..hehehe....seronok kot...meriah..bukannya mengharap ker apa..tapi simbolik pemberian duit raya tu lah yang buat kitarang happy dan seronok..hehehe...Duit tu dan sampul raya tu simpan...buat kenangan...hehehe...

lepas tu apalagi..sesi bergambar bersama keluarga la..hehehe...selalunya kami pergi ke studio gambar kat Tg Karang ni..tetapi di sebabkan selalu ramai dan kami kena tunggu agak la..kekadang ambik masa satu jam bergambar kat dalam studio tu...maka kali ni kitarang bergambar jer kat rumah ..pakai kamera digital..hehehe..takpe la..nanti next time Adi beli la kamera SLR yang bulky tu..hehehe...time -time cam ni la kamera SLR tu di perlukan sesangat. hahaha...ya..pose sakan la kat sini..hehehe..

Pic: Makan, makan dan makannn...sampai kembung!

Habis bergambar , kami bersiap nak ke rumah nenek kat Sg Nibong kat sekinchan, jarak nya dari Tg Karang ke sana ialah 24km...Tak la jauh sangat. 30minit boleh sampai. Sampai-sampai kat rumah nenek atau pun EMBAH , keluarga kitarang antara yang terawal sampai...selain paman Adi yang sampai dulu. Nah kat rumah embah , semua juadah dah ada..yeahh..makan lagi..hehehe..nampak pulak ada serunding daging yang takde kat rumah Adi..so belasah lah kat sini..err, jgn salahkan Adi kalau berat badan naik lagi yerr....huhuhu..oh yea..lepas puasa ni..Adi turun 2kg...ok la..cuma perut jer still gendut lagi...nak kena buat banyak lagi sit up ni..hehehe.

Pic: Sumpah! saya tengah diet!! Ini cuma lakonan sahaja..tak makan pun..huhuhu

lepas jer makan upacara bersalam -salaman dengan embah pun diadakan...Minta maaf embah, cucu embah ni sellau sangat sibuk..sampai jarang jenguk embah kat kampung....minta maaf embah..zahir dan batin...semoga embah sihat dan bahagia selalu...

Pic: Inilah embah Adi...sayang embah!!

Pic: Sepupu Adi ..Ijah..err..buat apa tu?..


Pic: Laa..siap bawak tabung tu!! Cayalah Ijah!!

Lepas Zohor, keluaga Adi dan keluarga pakcik dan makcik yang lain sama-sama berkonvoi pergi ke rumah saudara mara kitarang yang ada kat sekitar Pasir Panjang dan juga Sg Nibong ni. Ada lah dalam 6 buah rumah kami ziarah..ada antara rumah saudara yang kami kunjungi ni..memang setahun sekali la kami bertemu..

Pic: Rumah atuk saudara, Embah Arshad

Seronok dapat pergi beraya ni..bukan apa..dapat tengok suasana kampung , betapa cantiknya dan redupnya suasana kampung..terutama kalau rumah kampung tu di kelilingi oleh pokok-pokok..hehehehe..best! Maklumlah Adi orang kampung..pergi mana sekali pun attitude sebagai org kampung tetap ada...tak salahkan?!! Tak kisah lah kalau ada org kata Adi ni kekampungan ker..tapi bila time raya...kekampungan ker ..atau tak ker....peduli apa..yg penting raya!!!hahaha..

Pic: Rumah nenek saudara! Embah Yah!!

Habis jer mengunjungi rumah sanak saudara..sebelum maghrib , keluarga ADi pulang ke Tg Karang, sebab biasanya sebelah malam sanak saudara dari sebelah mak akan berkumpul di rumah Adi...So boleh bayangkan betapa hari raya pertama ni memang betul betul sibuk lah!! hehehe.....

Pic: Malam raya pertama kat rumah Adi!!

Yup seperti yang di jangka sebelah malam pakcik makcik (adik beradik mak) akan bawak anak-anak mereka sama - sama berkumpul di sini...dan kita ka inilah adi membuat pengumuman yang menyebabkan satu rumah terdiam...

Adi: Assalamualaikum semua,
Tetamu: Walaikumsalam!!!!

Adi: Saya ni sebagai tuan rumah mewakili bapak (bapak pergi surau time ni)..ingin menjemput semua untuk ke majlis perkahwinan......

Tetamu: Wahhh!!!!!!!!!

Adi: Majlis perkahwinan ..ADIK saya.....bukan saya!! pada ......
Tetamu: Hahahaha...ingat majlis ko Adi!!! Bikin suspen jer!!!!
Adi: Hehehehe!!!

Hahaha..kiranya Adi buat "Kena Kantoi" la kat dalam perjumpaan keluarga ini..hahaha...Kepada sanak dan saudara Adi..Adi ingin memohon maaf andai kata tersalah kata, terkasar bahasa..moga keluarga kami akan ana dan sejahtera serta di murahkan rezeki selalu...amin!!!
Tidur di tengah malam dan kepala dah mula berfikir...."esok aku kerja!!"..Arghhhhh!!!