Saturday, December 6, 2008

Selamat Pengantin Baru Adikk ku...

Pic:Pagi Sabtu...orang pergi rewang!!

SABTU 1 NOV 2008

Hari ni merupakan hari pernikahan adik no - 2 Adi -Suryani..yang bertemu jodoh dengan bakal suaminya Sahli. Actually Adi takde la nak ambik tahu sangat cam mana diarang boleh jumpa dan berkenalan..yang penting diarang suka sama suka dan saling sayang menyayangi. Hari juga orang kampung datang untuk membantu kami sekeluarga menyediakan majlis perkahwinan adik Adi tu..Orang kat sini panggil "rewang"..mesti korang pernah dengar perkataan tu.Seawal jam 730 pagi dah ada orang yang sampai nak rewang..so pagi pagi ni biasanya diarang buat sarapan dulu la..menunya simple jer..iaitu meehun dan juga kuih muih yang dah sedia di tempah.

Pic: Adi "Fabregas" and my bro....Kamal "Persie"...hahaha..

Pagi ni Adi kena hantar abah dan juga pengantin untuk ke masjid bagi upacara nikah. Masjid dan rumah Adi takde la jauh sangat...maklumlah kampung kan...ada lah beberapa orang lagi yang ikut hantar bakal pengantin ni termasukla adik lelaki Adi yang bongsu...bila kitarang sampai kat masjid baru perasan baju dan seluar kitarang sama..boria la..hahaha...jersey Arsenal dan seluar kodroi coklat..ahahaha....sempoi! Abah senyum jer la...hahaha..

Pic: Rewang memotong daging lembu

Sabil bakal pengantin bernikah jam 11pagi, kat rumah orang ramai terus rewang untuk memotong daging lembu yang telah di sembelih. Daging ni untuk di buat rendang dan ada jugak yang nak di buat sup tulang..ayooo terliur secara automatic bila teringatkan sup tulang dan rendang..huhuhu..but awas..kolesterol tinggi tu....hmmm..

Kat masjid lak masa pengantin lelaki nak bernikah..sekali IC dia tertinggal la pulak..rupanya adik pengantin lelaki yang pegang...agak kelam kabut sikit la..hahaha..agaknya excited nak kawin sampai IC tertinggal yer..alahai...hehehe..nasib baik tak lama lepas tu adik pengantin lelaki sampai dan membawa dompet...alhamdulillah dengan sekali lafaz sah dah jadi suami isteri...

Pic: Pakcik Adi sedang bertungkus lumus untuk memotong daging lembu

Lepas upacara nikah pengantin balik ke rumah untuk menjamah sedikit makanan . Manakala orang kampung terus rewang..ikut bahagian memasing la..ada yang jaga basuh pinggan, basuh cawan, masak lauk, masak nasik, tukang angkat hidang , jaga bansal(balai) dan buat air. Dulu masa Adi aktif rewang Adi sellau kena jaga bahagian angkat dulang..sebab time tu dulu muda..kuat ...hahaha..sekarang jarang dapat balik kampung..tapi kalau balik kampung kebetulan ada kenduri..pasti Adi rewang la...hehehe..

Pic: Kaum wanita rewang memotong bawang.

Kaum wanita lak, memotong bawang dan sayuran lain untuk di masak sebelah petang dan malam nanti. Oh yea..kami masak sendiri makanan utk majlis kawin ni..para rewang akan balik rumah masing masing apabila tgh hari menjelma...sebelum balik mereka akan makan masakan yang dah siap ..termasukla sup tulang yang sedap ni..huh!!!


Pic: Sup tulang yang best! Sedapnya...mcm tak cukup jer..

Sebelah petang, cuma banyak orang masak la, sebab biasanya sebelah malam nanti ramai yang akan datang..yup..dah jadi cam kebiasaan lak kat Tg Karang ni, orang datang sebelah malam. Jadi mahu tak mahu kena juga sediakan makanan..takut takut ramai yang datang malam nanti.

Pic: Kek hari jadi mak dan abah...

Actually antara sebab tarikh 1 dan 2 November di pilih ialah tarikh tersebut merupakan tarikh hari jadi mak dan abahAdi..diarang punya hari jadi sebelah menyebelah..jadi lepas maghrib kami (anak-anak) buat majlis harijadi ringkas ...tu pun kami terpaksa buat dengan cepat sebab dah ada tetamu yang datang..awal betul..hahaha..

Pic:Semoga mak ngan abah sihat dan bahagia selalu !!!

Kesian gak kat adik adik yang beriya -iya nak buat majlis harijadi ni..sekejap jer...tak sampai 5 minit..hahaha..paling cepat..sebelum abah layan tetamu yang datang..kami berikan hadiah untuk mak dan abah la...sepasang jam yang sedondon utk mereka berdua..hehehe..lepas upacara ringkas tu abah terus melayan tetamu yang datang dan mak lak terus sambung kerja-kerja kat dalam rumah la..

Pic: Tengah belek-belek hadiah dari anak-anak...hehehe..


Tengah malam lak, lepas semua orang dah balik , Adi dan adik beradik yang lain dan beberapa orang saudara dan kawan kawan yang ada..kitarang berkaraoke tak ingat alam, hahaha..sampai pukul 2pagi..lepas gian jugak la...siap jadi juri tu..hahaha..best ..best!!

AHAD 2 NOVEMBER 2008 -HARI MAJLIS PERKAHWINAN.

Pic: Di pagi majlis kahwin..

Alhamdulillah pagi ni cerah awan melindungi dari sinar matahari..memang hari ni sejuk jugak la..takde la panas sangat, nak kata mendung, tak juga, nak kata jerebu..takde la pulak..tapi suasana ok la..dulu masa adik Adi yang 1st kawin, hujan turun dengan lebatnya masa waktu pagi.

Pic: Bahagian basuh pinggan mangkuk

Pagi - pagi dah ada orang rewang dah..Adi bangun pagi - pagi dah ada yang sedang memasak kat luar rumah..rasanya diarang datang jam 5 pagi tadi kot. haha.. Adi bersiap dan terus keluar tolong apa yang patut..and sure la hari ni mesti sibuk punyer.Adi memang tak sabar nak bertemu sanak saudara hari ni ..yeah!





Pic: Suasana di balai makan!!

Pic: Sepupu -sepupu Adi!!

Takde benda lak nak citer, macam biasala kalau orang datang kenduri, makan, dan balik. tapi yang seronoknya dapat jumpa sanak saudara, kawan-kawan dan juga sepupu-sepupu yang lama tak jumpa..haha..borak sakan la..sambil makan-makan.

Pic: Pelamin pengantin.

Pengantin datang dalam pukul 1 ptg. Dengan di iringi pukulan kompang , pengantin lelaki masuk ke perkarangan rumah sambil pengantin perempuan menanti di hadapan rumah. Apabila pengantin lelaki sampai di depan rumah, atok saudara Adi telah membacakan doa selamat untuk pengantin, dan selepas itu pengantin bersanding di luar rumah dulu..untuk tatapan para hadirin.

Pic: Pasukan kompang pengantin!!


Time ni ADi jadi MC la..membebel citer pasal pengantin walaupun actually tak tahu apa-apa pun..mengarut jer la..hehehe..Kemudian pengantin masuk rumah untuk bersanding..time ni rumah dah penuh..Adi pun tak dapat nak masuk ..alahai...takper takper tunggu kejap..


Pic: Meja makan pengantin!


Pic: Pengantin sedang di tepung tawar

Akhirnya dapat masuk dalam rumah, walau pun masih ramai, tapi dapat menyelit jugak akhirnya..hehehe...Abg pengantin pun nak gak tengok pengantin bersanding kan...hehehehe

Pic: Pengantin dengan kawan - kawannya.


Pic: Selamat pengantin baru Suryani dan Sahli (SnS)


Pic: Gambar keluarga...tetap Arsenal jugak..hahaha

Adi ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dengan majlis kawin Pak Juraimi ni....Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Habis jer kenduri barulah rasa dia punyer penat..tapi tak per..seronok..bukan selalu kita buat kenduri cam ni ...sampai jumpa lagi untuk kenduri yang seterusnya..hehehe...pengantin apalagi...keesokkannya operasi membasuh periuk belanga la..hahahaha..Peace!!

Thursday, December 4, 2008

Selamat pengantin baru Zamri a.k.a Core-Thang!!

SABTU 29 NOV 2008

Pic: Ijat, Zamri and me..

2 Minggu sebelum tarikh hari ni, Adi dapat sms.."jemput datang ke majlis kawin aku, 30hb kat JB- Core Thang" Mak aii..terkejut dan gembira terima berita ni..sorang lagi member Adi akan kawin. Yup Zamri Ahmad atau nama glamernya dengan kitarang Core-Thang . Kitarang dulu sama-sama belajar kat UPM dan duduk kat blok yang sama kat kolej KPZ, UPM. Lepas tu kitarang tubuhkan band kitarang iaitu "PUTRA LRT" dan Core Thang ni main 2nd gitar..dan dia juga ahli band kitarang yang paling muda sekali. Lepas grad..semua bawa hauan memasing dan Core Thang ni dah jadi Cikgu kat Kudat , Sabah..mak aii..jauhnya...


Pic: Me, Core Thang dan Sontel tunggu nak dinner kat Senai.

So bila dah dapat SMS dari dia , terus Adi plan nak konvoi ke JB dengan member-member seangkatan kitarang la..untuk meraikan Core Thang ni. Memula ramai gak yang nak join..tapi bila tiba masanya nak bertolak, sorang sorang tarik diri..di sebabkan hal peribadi..hmm...sedih gak...takpelar..last-last Adi pergi bertiga jer dengan Ijat dan Sontel....hahaha...

Pic: Makan malam terakhir sebelum bergelar suami....err untuk si Zamri la...bukan Adi..huhuhu

Adi bertolak dalam jam 11 pagi dari UPM , sebab Ijat duduk kat dalam UPM...Sontel pulak datang dari Jengka Pahang. Dalam perjalanan semuanya ok..tak hujan dan tak panas sangat...Sampai ke Skudai dalam jam 230ptg. Terus check in kat hotel dan tido dulu ..sebab semalam penat main badminton..huhu...Lepas tu sebelah malam Zamri call ajak dia dan keluarga dia makan malam kat sebuah restoren berdekatan dengan Senai. Zamri belanja kitarang..hahaha...antara yang menarik ialah ada daging rusa dan juga ikan.ratah jer la..banyak sangat...ini kiranya cam bacelor party la..hahaha...thanks kat Zamri dan juga keluarganya yang sporting..Lepas dinner, Adi pergi berjalan -jalan ke Danga Bay ...selalu gi sini sebab kerja..tapi malam ni dapat juga ADi jenjalan kat sini..besar gak rupanya Danga Bay ni...siap ada Fun fair lagi..menarik...sejam juga ADi luangkan masa kat sini..lepas tu member ajak lak lepak tengok bola kat mamak kat pusat bandar JB...join la sekali..si Zamri lak gi potong rambut dia...mak aii dah tgh tgh malam pun still ada salon yg buka..bukan salon..kedai gunting biasa jer..huhuhu. Kitarang lepak sampai pukul 230 pagi gak la..sampai mamai dah..nasib baik sempat balik ke hotel...dan tido..hahaha


Pic: Time ni nak nikah ..kelajuan jantung berdegup menyamai 280km/j..hehehe

Pagi -pagi dapat call...."Ko nak ikut aku nikah tak?.." hmm ok la jugak...walaupun masih ngantuk...(actually subuh -subuh Adi dah bangun dah..dah terbiasa now...layan tv.) Bersiap lebih kurang terus cari lokasi pernikahan kat Masjid Tmn Universiti Skudai dengan bantuan GPS..alhamdulillah sampai...Upacara nikah bermula jam 10 pagi.

Yer..hari nikah sama dengan hari bersanding..berbeza sikit dengan stail nikah kat Selangor..Dimana biasanya pengantin akan bernikah sehari atau lebih awal dari majlis kenduri..tapi mungki kes si Zamri ni beza sikit..dia nikah sama dengan hari majlis kahwin..yup..ada risikonya kalau buat cam ni..tak tahu la...itu pandangan Adi..tapi Alhamdulillah majlis nikah ni berjalan lancar dan dengan 2 kali lafaz..Zamri dah jadi suami ...hahaha...selesai jer nikah ada acara macam "perjanjian lisan" dilangsung kan...memang touching la..hinggakan kedua dua mempelai menitiskan air mata...kat tempat lain takde kot stail cam ni..huhuhu..unik..

Pic: Hehehe..lepas ni Core Thang takleh nak lepak la macam masa bujang dulu..hehehe

Majlis tamat dalam pukul 11pagi..terus Adi dan kawan-kawan yang lain pulang ke hotel untuk salin baju bagi menghadiri majlis persandingan yang akan berlangsung pukul 2ptg nanti. Kiranya hari ni pengantin memang non stop la..hahaha...nikah..lepas tu terus bersiap untuk bersanding..

Pic: Bersama Raja Sehari Core Thang!!

Majlis bersanding berlangsung kat rumah pengantin perempuan kat Taman Universiti Skudai..actually masa balik ke hotel tu..hujan turun dengan lebatnya kat Skudai ni...tapi alhamdulillah masa kitarang nak ke rumah pengantin..hujan dah berhenti..yeah..jadi cuacanya memang agak nyaman juga la..lepas hujan..tak panas tak sejuk sgt..

Pic: Tepi ..tepi...pengantin nak lalu...



Pic: Senyuman raja sehari..

Menariknya masa persandingan kat sini ialah tradisi "tol"..hahaha...mas anak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan ada la beberapa orang lelaki dan juga bebudak menahan pengantin lelaki...dan meminta bayar "tol" dulu...hahaha..jadi kenalah hulur sikit kat diarang..i think ..memang kelakar lah tradisi ni..hahaha..bukan sekali..tapi sampai 3 kali pengantin lelaki kena tahan supaya bayar "tol"..hahaha...kalau macam ni Adi cadangkan..baik pakai Smartag...hahaha...lebih pantas dan berkesan...yup..inilah keunikan perkahwinan di johor..

Pic: Bertukar manjadi Gabannnn!!!...ni silat pengantin namanya...


Pic: Hi menggeletar tangan bang?..Ko pun nak "tol" jugak ker?...

Selain itu ada juga persembahan silat oleh seorang budak remaja untuk pengantin ..lepas tu terus Adi makan lah..hehehe..perut pun dah lapar..habis jer makan sekali DJ Kenduri tu buat pengumuman cakap meminta Adi nyanyikan sebuah lagu untuk pengantin..alamak....segannya...huhuhu..actually Adi kalau boleh memang elakkan dari nyanyi kat majlis kawin ni...segan la..kita datang nak tengok pengantin..bukan nak nyanyi..tapi di sebabkan si Zamri ni yg desak gak..nyanyi la sebuah lagu ..Dealova...huhuhu...

Kenapa Adi ambil inisiatif untuk ke majlis kawin ni, walaupun agak jauh dan Adi agak sibuk juga actually...sebabnya satu jer...lepas ni ...lepas kawin..biasanya kawan-kawan Adi akan sibuk dengan keluarga memasing..dan kitarang mungkin tidak seperti dulu masa bujang bujang...jadi ini kiranya mungkin kali terakhir untuk sama -sama bergembira...sebab tak tahu la bila lagi dapat bertemu..walau macam mana pun ...kenangan sama-sama suatu masa dulu memang susah nak lupakan...terutama saat - saat kitarang gembira dan enjoy kat UPM dulu...Selamat pengantin baru Core Thang..moga bahagia hingga selamanya...

Sunday, November 30, 2008

Kau Membius ku!!! - CicakMan 2 Planet Hitam

Khamis 27 Nov 2008

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu ku katakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku di bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…

by Melly Goeslow feat Yusri

Adi cukup suka dengar lagu Di Bius Cinta ni, sebab melodinya simple da catchy serta lirik yang tak jiwang tapi direct...

Hari ni Adi menghadiri majlis Malam Gala CicakMan2 yang berlangsung di Cathay Cineleisure Damansara.Selain Adi , Ray, Rizal, Burn dan juga Cham turut serta memeriahkan majlis ini.

Pic: Ini ana yang punya lah...!!!

Bila Adi sampai jer kat Cineileisure jam 745ptg...rupanya takde lagi yang sampai..kiranya Adi sampai awal giler la.Tapi takpe la lepak jap ngan Skuad Era. Lepas tu Ray dan Rizal sampai. Adi dan Ray kena jadi MC kejap utk majlis ini. Selain daripada itu watak watak untuk filem ini juga turut berlegar - legar memeriahkan majlis Malam Gala ini..

Pic: Yang baju hitam ni namanya RHAMA, yang baju merah ni ....errr...Cik Kiah kot..

Majlis bermula dalam jam 845malam. Antara artis -artis yang datang yang Adi nampak ialah Nabil, Syarifah Amani, Apek, Yusri, Norman, Riezman, ..itu yang Adi nampak la..sebab banyak panggung yang menayangkan CicakMan2 ini.

Pic: Suasana di ruang legar Cineilesure

Pic: Motorsikal kegunaan CicakMan!!

Yang paling adi suka ialah motorsikal ...hehe..ada juga di pamerkan motorsikal CicakMan dan juga sebuah motorsikal yang di menangi oleh seorang pendengar Era..yup..motorsikal Naza Blade 250R ini berharga RM20000..mak aii..mahal ooo...dan pemenangnya ialah seorang wanita..hehehe..takde lesen motor lak tu..hehehe..memang rezeki la..

Pic: Kakak menang motor!!!

Adi tak nak citer lengkap pasal Cicakman2 ini..korang kena tengok sendiri la..hehehe..yang pasti Cicakman akan menentang musuhnya yang kuat juga..iaitu Rhama...lakonan Tamara dari Indonesia....yer tengokla nanti..

Thursday, November 27, 2008

Potong Rambut

Selasa 25 Nov 2008

Mesti korang tertanya - tanya apa yg di buat oleh3 orang wanita kat dalam gambar di atas tu kan?..Lepas kerja petang ni, Adi ke salun untuk memotong rambut dan cuci rambut. Tengah cuci rambut datang 2 orang wanita dari timur tengah..bawak seorang budak lelaki..hehe...rupanya ini kali pertama budak lelaki itu memotong rambutnya yang agak tebal dan panjang..hehehe..

Dah namanya budak..so 1st nak potong rambut ni..terpaksalah 3 orang terlibat untuk memotong rambut budak laki tu..Budak laki tu apa lagi meraung bagai nak rak..huhuhu..Adi lak sambil cuci rambut tu..sempat ambil gambar sambil tertawa kecil. Bayangkan dari atas kerusi..boleh sampai turun ke lantai...hahahaha...tapi Adi risau gak sebab budak tu tak reti diam, then gunting rambut tu bahaya oo kalau silap sikit..habis...!! Adi dulu masa kecik- kecik..tak reti diam gak masa bergunting sampai abah Adi tergunting sedikit cuping telinga Adi ni..ada la dalam 20 minit juga 3 orang wanita ini "bertarung" dengan budak lelaki itu..Adi lak..sengeh sensorang macam kerang busuk...huhuhuhu..cute giler budak tu..

Friday, November 21, 2008

Rindu kawan - kawan...


Selama 8 bulan bersama Era..banyak gak perubahan yang berlaku kat Adi...satu yang ketara adalah waktu untuk bersosial..yup..now kurang sangat lepak atau chill ngan kawan-kawan cam dulu...hmmm ..banyak masa buat kerja atau duduk rumah sensorang..tido...kalau malam kat rumah , tido awal..so memang jarang keluar ..rasa rindu lak kat kawan-kawan yang sama-sama lepak sampai pagi..terutama yang chat dengan Adi dulu...hey..i miss that moments!!!

Sunday, November 16, 2008

Makan Roti Canai dengan Pendengar ERA

JUMAAT 14 NOV 2008


Hari ni kami mengadakan sesi makan roti canai di restoren Barra di Seksyen 7 Shah Alam. Ini adalah bersempena dengan turunnya harga roti canai . Kenapa pilih kat Shah Alam?..hmm entah la..mungkin sennag ADi nak balik kampung kot..hehehe..takde la...memang restoren Barra ni nak sponsor canai dia la..


Masa nak pergi ke Shah Alam ni , Adi bertolak dari rumah lepas maghrib dalam 715pm. Time ni hujan turun lebat sangat...Adi ambik jalanlebuhraya Sg Besi -Puchong...masa nak sampai kat Bandar Kinrara....rupanya banjir la..tetapi memandangkan dah sampai kat situ..nak patah balik pun tak boleh..maka redah jer la banjir tu..dalam jugak la..adalah dalam setengah meter...nasib baik kereta tak mati..kalau ikutkan memang takut gak kalau kalau air masuk dalam kereta..habis jadi tongkang nanti...alhamdulillah selamat juga mengharungi banjir tu...dulu Adi pernah mengalamisituasi terkandas kat banjir di Sg Besi..hampir 2 jam berkampung dalam kereta....seksa ooo..naper la masih ada lagi banjir banjir kilat ni..menakutkan..


Well dah sah -sah Adi terlewat sampai ke Restoren Barra...sampai kat seksyen 7..cari restoren tu kat belakang Unisel...pusing pusing tak jumpa..rupanya kat bahagian lain la..huhuhu...sesat..sampai kat restoren tu dalam jam 815pm dah..Linda dan boss Era yg baru -Nadzri dah sampai..orang pun dah ramai yang sampai..hallamak ..cayalah walaupun hujan agak lebat kat sini..tapi kehadiran memang memberangsangkan!! hehehe..



Lepas Adi sampai , Pak Nil pun sampai jugak...lepas tu kitarang tunggu Cham yang on d way...
Well ADi mengacarakan majlis secara sempoi jer..dengan menjerit shj..(habis suara..) Jam 845pm..kitarang mulakan acara yang di nanti-nantikan iaitu Pak Nil menentang 4 pendengar yang lain untuk makan roti canai terbanyak..huhuhuhu..ok..Adi kena jadi pengadil ngan Linda Onn..hehe..Memang betul lah Pak Nil ni "hantu " roti canai..mana tak nya dengan selamba dia boleh menghabiskan 5 roti canai tu dengan selamba badak..perghhhh!!!
2 peserta lelaki dan 2 lagi perserta wanita mudah di tewaskan..hahaha...Purata masa Pak Nil habiskan roti canainya ialah ketika orang lain baru habis roti yang ke-3. Hahaha..Pak Nil tak makan laju...tapi peserta lain makan perlahan lahan...sebab kenalah elok elok telan..sebab ini bukan pertandingan makan gelojoh...hehehe...Yup Pak Nil menang dengan selesanya..Tapi Pak Nil nak bagi hadiah tempat kedua lak..tapi 2 peserta dah seri..maka..Pak Nil bagi lagi 2 keping kepada 2 peserta yang seri tu untuk mendapat tempat kedua...Makanya 2 peserta tersebut kena makan 7 keping Canai!!!! Mak aiiii....Perlawanan di sambung semula dan akhirnya seorang akak ni yang namanya Ita..telah berjaya menghabiskan roti canainya dengan tercungap cungap sambil menggigil...fuyooo..brother sorang tu serender bila dia habiskan 6 keping roti..wahhhh..Akak Ita tu dapat Piala dan juga wang tunai sumbangan Pak Nil...hahaha..




Lepas tu upacara makan roti canai pun berjalan...nak tahu tak..actually hari tu..Adi tak makan pun sekeping roti canai..huhuhu..sebab penat bercakap...dan sibuk bergambar..terima kasih kat semua yang datang hari tu..di harapkan acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pendengar dan juga penyampai Era!! Ok ..Next projek ialah korban lembu ERA ..Adi akan turun ke kampung yang terpilih..yeah...tunggu!!

dah habis semua..dalam pukul 1030 malam...barulah Adi dapat makan...bukan roti canai...tapi 2 biji telur setengah masak....Alhamdulillah......hehehehe..da tak lalu nak makan..hehehe..

Monday, November 10, 2008

JUMAAT 7 NOV 2008


Tgh malam semalam , Adi dapat call dari Kevin (bekas rakan penyampai Xfresh FM) meminta Adi untuk menjadi MC bagi ujibakat Raja Lawak musim ke-3. Memandangkan Adi dah ngantuk sangat ..dan acara berlangsung di Berjaya MegaMall...Maka Adi pun bersetuju tanpa banyak soal, memandangkan weekend ni agak free. Lepas habis bercakap dengan Kevin dan Adi setuju....letak balik telefon..nak sambung balik tidur...10 minit kemudian baru Adi sedar..Berjaya Megamall ni kat KL ker atau kat mana?....halamak..Berjaya Megamall kalau tak salah Adi kat Kuantan....hallamak..yg kat KL tu Berjaya Time Square..aiyaaa...

Terus telefon Kevin balik...

Adi: Bro!...Berjaya Megamall kat mana la?..Kat KL kan dekat Jalan Imbi tu kan?..

Kevin: No la Bro!!!...Ni yang kat Kuantan...

Adi: Hallamak!!!!....Jauhnya...

Disebabkan Kevin dah bagitahu pihak Astro..maka takleh la nak tolak..tambah lagi si Kevin ni pujuk baik punyer..hahaha...ok - ok lah..buat jer la..

Bertolak ke Kuantan jam 3ptg dari Astro dengan bas...dan antara yang mengikuti rombongan ini ialah Bontang AF seperti Syawal, Mama Rina, Yana dan Faizal, Juri pula ialah Shamsul Ghau Ghau , Zaibo dan juga Fauziah Nawi..Shamsul Ghau-Ghau dan juga Fauziah Nawi pergi dengan naik kereta memasing..Adi lak nak drive rasa cam tak konfident lak..sebab mengantuk..yer la Adi kan kerja awal pagi..pukul 5pg dah bangun...jadi masa dalam bas tidur jerla sepanjang perjalanan..rasa mcm kejap lak sampai ke Kuantan sebab membuta..hehehe....dan sampai ke Kuantan jam 8 malam. Samapi jer terus makan di sebuah restoren terbuka yang menarik..iaitu Restoren Santai. Sedap dan menarik konsep restoren ini


Pic: Restoren Santai...

Tugas Adi hanya membantu mengisi slot kosong dan juga bersama Bintang AF..kerana host utama Raja lawak juga turut iaitu Zizan dan Juga Johan. Kerja dengan mereka yang terlibat dengan bidang lawak ni memang rasa cam pelik.Rasanya beruntung sungguh kalau mempunyai karakter yang pelbagai, sebab nak buat lawak memang susah..bukan semua orang ada bakat ini..menyanyi agak senang berbanding buat lawak..tetapi sesiapa yang boleh buat lawak..semestinya boleh nyanyi dan juga berlakon dengan senang..tu yang Adi rasa la..tak caya..tengok la Zizan dan Johan sendiri..

Pic: Dengan Zizan kat atas pentas..membebel!! **


Pic: Adi bersama Faisal AF6**


Pic: Tengah menyakat budak budak..hehehe**


Hari pertama Sabtu - Adi dan Zizan bergabung .Thanks kat Zizan yang banyak support Adi dan Adi pun support dia..memandangkan hari ni dia buat sorang jer sebagai main host, maka Adi tolong dia sedikit la...sebab dia non stop buat MC dari jam 11pagi sampai 10 malam...Sampai dia lembik kat belakang pentas..hahaha...Bila turn Adi MC..dia pasti akan naik juga , memandang kan Adi di tugaskan untuk memberikan hadiah dan main permainan yang simple..hahaha...time ni la kitarang "mendera" pengunjung di Berjaya Mall..Hehehe...thanks la juga kat pengunjung di Kuantan ni , walaupun malu-malu ..tapi sporting la diarang..huhuhu...

Pic: Malaysia Next Top Model Reject?...Hahaha**

Pic: Korang berani ker pakai benda ni?..huhuhu**


Pic: Senang kerja dengan Zizan..sempoi jer kitarang!!

Tugas Adi tamat dalam jam 830 malam..dan balik ke hotel berehat...dah banyak kalai Adi dtg ke Kuantan..tapi tak pernah lagi nak chill kat sini..:(..kerja..kerja..pastu balik hotel..alahai...

Pic: Muka -muka kelaparan tak dapat makan lagi..hahaha


Pic: Mama Rina buat apa tu?..termenung tengok pinggan?..

Ahad pula..Adi tak hanya buat 2 sesi jer termasuk jadi MC untuk persembahan AF stars. Adi pun menyelit la jugak..nyanyi Dealova duet ngan Zizan..hahaha..hari ni Zizan tak seorang macam Sabtu ..coz Johan menemani Zizan..hahaha...kombinasi "hilang akal" di buatnya..hehehe.
Untuk hari ni acara berakhir sampai kul 10 malam, dan Adi berada di Berjaya Mall sampai la tamat..bayangkan 2 hari berkampung di Berjaya Mall..hahaha..nasib baik la ada laptop dan broadband yang Adi bawa..boleh surf kalau bosan..hehehe...

Pic: Update Facebook dalam bilik menunggu..hahaha..


Kami di jadualkan singgah ke hotel sekejap untuk mengambil barang..Masa nak balik ke hotel dari Berjaya Mall....semua orang dah ada depan bas , tapi diarang tak naik lagi..lepak-lepak jap..Adi pun ambil kesempatan untuk pergi ke 7-11 yang ada kat depan bas kitarang jap..hahhaa..nak beli air dan coklat...masa nak keluar dari keai tu...elok jer Adi tengok bas yang bawa Adi dah bergerak...yang bestnya..Adi takde la nak kejar ker apa..tapi tergamam jugak la...dalam hati...

Adi: Ehhh...selamber jer tinggalkan gua...%$&$&*......

tapi nasib baik bawa telefon time tu....call la mamat sorang ni..

Adi: Wei..korang tingga aku weeeiii!!!!

Zizan: Weiii..ko kat mana Adi?...

Adi: Aku kat 7-11 ni ha....!!!!

Zizan: (Menjerit dalam bas) Weiiii Adi tertinggal weii..berhenti - berhenti!!!!

Pic:Berjaya Mall lengang selepas acara tamat, jam 10 malam!


Nasib baik bas tak jauh lagi..sebab tersekat masa nak keluar dari Berjaya Mall disebabkan lampu merah..hahaha...naik naik bas jer..dapat tepukan gemuruh dari semua yang ada dalam bas...!!! Hahaha....cess..tingga Adi yer...hahaha...balik ke hotel, ambil barang dan bertolak balik ke KL..sampai ke Astro jam 330pagi.. balik rumah mandi..tidur sekejap 1/2 jam..dan pukul 530pg dah terpacak kat Astro...On Air.....letih weiiiii....nasib baik tak ngantuk sgt...kepada warga Kuantan yang ada gambar masa Adi buat show hari tu pass-pass la kat Adi yer..hahaha

P/s: Terima kasih atas gambar ** yang di kirim kan oleh Suhaila Mohd Sunip..terima kasih daun keladi!!

Thursday, November 6, 2008

KHAMIS 6 NOV 2008


Hari ni kat konti , Nana dan penerbit Pagi@Era iaitu Noor, bercuti sakit..sebab demam. Laaa...agaknya musim la sekarang ni. So Adi on air dengan Cham sahaja. Agak kelam kabut juga bila semua kena buat sendiri..Hahaha..

Lepas habis on air..terus pergi ke Ampang sebab nak tengok Atie yang baru jer menjalani pembedahan semalam. Semalam nak tengok tapi tak sempat di sebabkan Atie di bedah agak lewat. So terpaksa lah lengahkan ke hari ni.

Sampai kat hospital Ampang Puteri pukul 2ptg. Hujan turun renyai renyai. Terus berlari lari menuju ke wad Atie..

Masuk-masuk dalam bilik dia..Atie dah tersenyum..tapi agak kelat la..menahan sakit la agaknya..Sahri dan mak Atie pun ada sama rupanya. Atie nampak sedikit pucat la. Glokos sedang di masukkan ke dalam badan Atie masa Adi sampai..

Adi: So now macam mana?

Atie: Still sakit la..

Adi: So doktor cakap apa..sakit apa?

Atie: Doktor kata sakit ketumbuhan dekat luar rahim aku. Ketumbuhan tu menghalang kilang telur dan susah lah aku nak mengandung. jadi sebelum ia jadi besar dan menjejaskan benda lain baik aku buang..kalau tak takde peluangla aku nak dapat baby...

Adi: Oooo..ngeri gak tu..still sakit ker sekarang?

Atie: Sakit sangat, lepas operation semaam aku rasa sakit sampai pitam pitam..sebab ketumbuhan tu berlaku kat 4 tempat berbeza...

Adi: mak aii..so ko kena bedah kat 4 tempat la..

Atie: Yer la....semalam doktor bawak "benda" tu lepas dia keluarkan ..tapi aku tak tengok la..sebab takut aku pitam nanti..hehehehe..sakit tau...tak sangka lak buat operation ni sakit sangat cam ni...

Adi: Sabor jer la ..yang penting nanti ko baik..



Pic: Walaupun sakit..tetap Peace!!! Huhuhu

Alhamdulillah Atie selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang berlaku kat 4 tempat . .pembedahan berlaku selama 3 jam...kata Atie yang kelakarnya..sebelum dia di bius oleh pakar bius..doktor pakar tu telah menyanyikan lagu "Toyol" untuk Atie...hahahaha...sempoi giler...huhu...so sekarang Atie kena jalani rawatan susulan selama 6 bulan. Yang menggembirakan ialah menurut doktor ianya bukanlah kanser..tetapi ketumbuhan yang biasa di alami wanita yang mengalami ketidakstabilan hormon dalam badan .... atau kalau tak silap Adi..nama penyakit ni ialah Endometriosis...

So harap-harap Atie akan pulih sepenuhnya dan dapat lah baby lepas ni yer..Selamat sembuh Atie!!!

Sunday, November 2, 2008

Atie...semoga pulih sediakala..

ISNIN 3 NOV 2008


Sorry lama tak update...maklumlah cuti adik Adi kahwin..ok nanti Adi update pasal majlis kawin Adik Adi kat kampung ni yer..

Pagi ni Adi tolong mengemas rumah selepas kenduri semalam. Tengah basuh pinggan , Adi dapat sms dari Atie AF1.Terkejut dapat smsnya....

"Adi, aku minta maaf, kalau ada salah dan tersilap, esok Aku akan menjalani pembedahan untuk membuang barah kat rahim aku ni..Aku minta maaf banyak -banyak , doakan yang terbaik untuk aku yer.."

Terus rasa sedih, termenung sekejap..takut sungguh bila mengenangkan hal macam ni...
Tanpa berlengah, Adi call Atie, minta kepastian...

Adi: Atie..ko buat lawak ker?..

Atie: Buat lawak apa lak?..betul la..Takpe..Tuhan nak uji aku .(sambil Atie ketawa kecil..)

Adi: (Diam jap..) Bila kau dapat tahu?...

Atie: 2 Minggu lepas...

Adi: Hah!!!??...baru jer...naper tak bagitahu?..

Atie: Hahaha....buat apa..aku tahu ko sibuknyer..tak nak kacau ko...

Adi: Ayooo..mcm mana ko kena detect barah ni?

Atie: Actually aku dah sakit perut masa sebelum raya tu...lepas tu aku biarkan
jer la..Bila minggu lepas aku jatuh sakit lagi sampai pitam dan sakit
perut muntah semua..laki aku bawak pergi hospital lah..mula -mula doktor
tak dapat kesan, tapi bila ..jumpa doktor pakar..dan doktor tengok ada
ketumbuhan dekat rahim aku..so aku redha la...so doktor nasihatkan aku
buang benda tu..sebab kalau tak nanti aku tak boleh nak mengandung....

Adi: Bila kau masuk hospital ni?..

Atie: Esok..

Adi: Ok ..esok aku lawat ko..

Yup...sedih bila dengar kawan kita dalam kesusahan cam ni..tapi Atie tetap tersenyum dan ketawa macam biasa ..Adi lak yang rasa cam sebak...Ya Allah ya tuhan ku..pulihkan lah Atie..moga Atie akan terus berbahagia dan dapat menimang cahaya mata...kawan - kawan sekelian..doakan lah yang terbaik untuk Atie ok..Untuk Atie tabah ok menghadapi ujian ini!!!