ISNIN 22 OGOS 2011
Hari ni Adi dapat bersama sama rakan radio lain berbuka puasa di restoren Assam Pedas Linda Onn kat Ampang. Sebetulnya kitarang sesama penyampai radio ni selalu berhubungan , bertanya khabar melalui BBM. Maklumlah ada antara kitarang ni pernah bekerja satu bumbung yang sama. Walaupun sekarang ni ada yang bertugas di tempat lain namun persahabatan kitarang tetap sama jer.
Pic: Dr Faiz, Kak Nila dan Zizie
Antara bekas penyampai radio Era yang ada ialah Farah Fauzana, Nila Kurnia, Nana Mahazan, Linda Onn, dan Zizie. Brian suami Nana dan Althea (anak nana) pun ada sekali join!! Yeahh one big happy radio family...Diarang dah sampai kat lokasi berbuka dalam jam 6ptg lagi, manakala Adi dan Reza menyusul jam 830mlm selepas bekerja. Alhamdulillah mereka menantikan kehadiran Adi dan Reza yang terpaksa bertugas sampai pukul 8mlm.
Pic: Nana, Linda Onn, Farah Fauzana dan Nila Kurnia.
Sampai sampai jer kat lokasi mereka sedang relaks selepas berbuka dan tanpa disangka rupanya salah seorang angkasawan negara iaitu Mejar Dr Faiz. Terkejut jugak dengan kehadiran dia...lagi memeriahkan suasanalah.....hmmm siapa pulak yang ajak Dr Faiz ni yer?!! hehehe....Welcome Dr Faiz to our group!! Maybe boleh jadi announcer untuk radio khas bagi bakal bakal angkasawan iaitu SPACE.FM...perghhhhh....
Pic: Bergambar kenangan..:)
Menu hari ni ialah assam pedas dan lauk pauk yang lain , yang paling Adi suka ialah siput sedut masak lemak...yum yum!!
Lepas makan kitarang bergambar sakan dan berborak mengenai diri masing masing dan mengimbas kenangan kenangan lalu. Sungguh seronok malam ini , terutama sekali kak Nila yang paling gembira dapat bertemu dengan adik adik juniornya ni..hehehe....well kalau ada orang kata kitarang ni tak berapa nak ngam disebabkan bekerja di tempat yang lain sekarang...well anggapan itu sebenarnya salah..:)
No comments:
Post a Comment