Pic: LEX di Empire Mall Subang Jaya
Ahad 14 Ogos 2011
Cabaran sebenar untuk Cabaran Simulator FireFly berlangsung pada hari ni...setelah semalam berlatih, maka hari ini akan menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara untuk memenangi bekalan tiket Firefly selama setahun secara percuma...:) Wow!! hadiah yang menarik...
Kesemua para peserta sudah pun sampai pada pukul 10pagi dan bersemangat untuk menjayakan cabaran kali ini.
Adi pulak sebetulnya tak lelap malam semalam sebab sibuk menonton bolasepak dengan badminton sampailah pukul 6pagi, bangun pukul 9pg dan terus bergegas ke LEX di Empire Mall, Subang Jaya (Sebelah Subang Parade).
Pada pukul 11pagi cabaran pun bermula dan Adi memberikan kata kata semangat untuk pasukan Adi. Yang menariknya dalam pasukan Reza ada seorang yang merupakan graduan dari akademi penerbangan...dia baru jer habis berlatih...manakala di team Adi pulak ada seorang yang memang bermain simulator penerbangan kat rumah dia...main pakai pc jer.......hmmm kira kebetullan jugak la....sama kuat , sama handal....cuma pilot kadet tu ada kelebihan lah dari segi berkomunikasi dengan menara kawalan....ada markah jugak tu...hehehe
Masa latihan , Adi dapat mendaratkan kapal terbang dengan selamat tetapi dengan pendaratannya agak kasar dan tidak tepat di landasan. Sebab Adi telah memilih untuk mengawal kapal terbang dan mengawal kuasa dengan sekali gus.....
Jadi malam tadi , Adi dah ubah fikiran utk tidak mengawal kuasa , sebaliknya menumpukan fokus kepada mengawal kemudi kapal terbang sepenuhnya...manakala kawalan kuasa kapal terbang akan dijaga oleh pemeriksa yang duduk di sebelah Adi...yup! Kami diberi kebebasan untuk mengawal kuasa sendiri atau tidak...tapi kalau kita dapat mengawal kuasa kapal terbang sambil mengawal kemudi maka dapat markah lebih lah...tetapi risiko untuk terhempas agak besar lah....
kalau semalam ramai yang berjaya mendaratkan plane walaupun dalam keadaan yang kurang baik...tetapi pada hari ini 5 orang telah gagal mendaratkan kapal dengan selamat , senang cerita diarang terhempas la.....yup....bila terhempas , maka tiada markah yang akan diperolehi lah...kosong.
Pic: Tgh fokus nak mendarat ...time ni memang tak berkelip mata....:P
Ketia terbang menghampiri lapangan terbang memang tak susah..tetapi bila dah nak mendarat, suasana jadi panik bila keadaan kapal akan jadi kurang stabil..pada ketika itulah para peserta akan menggerakkan stereng kapal terbang terlalu kuat sehingga kapal terhoyong hayang...sampai terhempas....
Tiba giliran Adi untuk membawa kapal terbang ini, kali ni Adi lebih yakin bila Adi dah faham serba sedikit untuk mengawal kapal terbang ATR ini.....hehehe...kawalan kuasa Adi serahkan kepada Mr Edwin yang menjadi pemeriksa Adi pada cabaran ini.....perghhh perasaan berdebar tu agak berat jugak lah sebab Adi adalah harapan untuk pasukan Adi...kalau Adi terhempas....maka gagallah untuk memenangi cabaran ini......kena buat sehabis baik!!!
"Assalamualaikum, saya kapten Adifashla, saya kapten anda pada hari ini...sila pasangkan tali pinggang keledar anda kerana kita akan mendarat sebentar lagi....terima kasih...."
Fullamak macam kapten la...hehehe...
"Anak anak kapal sila duduk kerana kita akan mendarat sekarang...."
Pic: Markah penerbangan simulator Adi...yeah 83% tu!!
Yup! setelah menetapkan kapal terbang selari dengan landasan kapal terbang, Adi mula menurun denga perlahan lahan......bila kapal mendarat jer dan berada di atas landasan...semua penyokong penyokong Adi menjerit kegembiraan sebab mereka tahu team Adi yang akan menang!! Yeahhhh!!! Alhamdulillah selamat mendarat! yeahhh!!!
" Tuan tuan dan puan puan, kita sudah selamat mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang, terima kasih kerana menggunakan penerbangan FireFly , Syarikat Penerbangan Komuniti anda dan semoga kita berjumpa lagi"....
perghhh memang puas hati la...hehehe
Pic: Adi dapat sijil penerbangan (lesen) simulator Firefly..hehe
Alhamdulillah Adi berjaya mendaratkan pesawat dengan baik dan mendarat dengan penuh cermat sekali!! Yeahhhh....
memang bukan senang nak bawak kapal terbang ni..lebih lebih lagi kita yang takde asas ni...hahaha...tapi satu pengalaman yang menarik bagi Adi dan peserta yang lain.
Mr Edwin telah memberikan markah 83% untuk ADi...yeaaaaa.....oklah tu...kira dapat "A" lah kan...hehehe...setelah markah di kira memang sah team Adi yang menjuarai Cabaran Simulator Firefly menewaskan Team Reza.....oh yeahhh...
hadiah telah disampaikan oleh Mrs Kim kepada para pemenang ....tahniah kepada pemenang !! perghh dapat tiket penerbangan Firefly free tu selama setahun...yang tewas pulak dapat juga penerbangan sekali percuma dari FireFly.....
Terima kasih kepada FireFly yang mengadakan peraduan yang unik dan menarik ini...diharapkan akan ada lagi peraduan seperti ini , kerana ramai pendengar Era yang ingin menyertainya....terima kasih juga kepada petugas petugas Firefly yang mesra dan happening...thanks to Edwin , Hidayat, Teoh, Dila , Megat dan Mrs Kim...jumpa lagi korang nanti ok!! :)
Kepada korang yang nak mencuba penerbangan simulator Firefly ini korang boleh datang ke LEX di Empire Mall , Subang Jaya ni dan bayaran untuk 15minit adalah RM30 . Malah ada juga disediakan Flight Course kat sini seperti untuk Beginner (RM150) Intermediate (RM300) dan juga ADVANCE ( RM500). Kalau berminat korang boleh call 03 5022 2777. Selamat mencuba :)
3 comments:
....ala....nape muka redza mcm 2? x cukup tdo ye?
wah tahniah abg adi. nanti saya pun nak pergi cuba jugalah..
terima kasih ....
Post a Comment