Tuesday, August 2, 2011

Sebalik tabir rakaman MEGARAYA 2011


SABTU 30 JULAI 2011

Hari ni ada rakaman MEGARAYA 2011. Rancangan hari raya tahunna ini akan menemui penonton mungkin pada 30 Ogos nanti di Astro RIA. Pagi ni hujan agak lebat...call time pukul 10pagi....dan rakaman dijalankan di Studio Filem Negara PJ. Ira ERA adalah selebriti yang paling awal sampai...semangat betul dia....bukan pasal semangat jer, tapi kitarang dah terbiasa menepati masa yang telah ditetapkan.

Pic: Bersama Akim, Paknil dan Erul AF9 sblm rakaman dijalankan.

Selebriti yang awal sampai selepas Adi dan Ira ialah kak Ziana Zain...simple, tanpa mekap dia datang dengan semangat dan memek muka yang cute sambil menghafal lirik lagu raya nya...hehehe...Ziana Zain memang sempoi la...tabikk!!

Pic: Ana Rafali dgn band pengiringnya.

Selain Ziana Zain...ada Erra Fazira, KilaFairy, Alfira Loy, Ira ERA, Scha Alyahya dan Ana Rafali. Manakala selebriti lelaki pula menampilkan Erul AF9, Kamal Adli, Akim, Zizan Raja Lawak, Jimmy Shanley, Farid Kamil dan tuan rumah iaitu Pak Nil.

Pic: Erul sedang membuat persembahan

Rakaman bermula jam 3ptg, dengan persembahan daripada Akim, Erul, Ziana Zain dan Ana Rafali dengan lagu lagu raya dan lagu semasa...

Pic:Akim sedang beraksi

Selepas itu ada sketsa kuih raya yang dijayakan oleh semua selebriti termasuk lah Adi...yang menariknya, kami diberikan skrip semasa hari rakaman ini...nasib baik Adi membawa watak diri sendiri sebagai penyampai ERA...hehehe...Sketsa ini diterajui oleh Zizan, Scha Alyahya dan juga Jimmy Shanley. Ceritanya ala - ala perang jual kuih raya la...

Pic: Ziana Zain yooo!!!

Adi dan juga Ira turut membantu Pak Nil membacakan kad kad raya yang telah dihantar oleh peminat peminat Megaraya ni...awal sungguh diarang hantar kad raya...hehehe..

Pic: Pentas dan props

Selepas itu, ada segmen permainan. Ada 4 permainan yang disediakan..ada yang kotor baju raya...ada yang kena tepek dengan kek kat muka...korang tengok lah sendiri nanti...hehehe....selebriti lelaki vs selebriti wanita....dan pemenangnya ialah......teng teng tennnggg......tengok lah nnati yer....

Pic: Sketsa "Kuih Raya"



Pic: Sama dengan Ana Rafali dan Erul AF9

Rakaman tamat pada jam 8mlm...fuhhh hampir 12jam juga nak buat rakaman Megaraya 2011 ni...tetapi memang best...dan satu pengalaman yang menarik bagi Adi.


Pic: Bersama Farid Kamil, Akim, me, and Zizan.


Pic: Sesi baca kad raya...

Pengalaman yang kelakar dalam Megaraya ini ialahAdi terpaksa makan kuih raya sebanyak yang mungkin...adoiii..seksa dowhh....korang tengok lah sendiri yer....tersedak pakcik ni....

Pic: With Ziana Zain and Aznil Nawawi, Dua insan yg ku respek!


Pic: Salah satu game yang kitarang kena sertai.


Pic: Bila dah habis, ambik gambar beramai ramai ler buat kenangan


Pic: Me with Alfira Loy yang menyapu kek ke muka ku...nakal budak cute ni...hehehe..sempat juga dia study for SPM masa recording ni...bagus adik!!


Pic: With Erra Fazira yang cool!


Pic: Dengan KilaFairy....one word.....sexy!!!


Pic: Bersama cik Dania....Scha Alyahya la...


Pic: Permandangan dari belakang pentas...


Okalah tak boleh citer lebih lebih..nanti korang tak nak tengok pulak...hehehe...apa apa pun terima kasih kepada Pak Nil dan Astro yang sudi menjemput Adi untuk menjayakan Megaraya 2011 ini......:).Saksikan Megaraya 2011 pada 30 Ogos 2011 hanya di Astro RIA..... Lain kali boleh jemput lagi!!!



3 comments:

Aety Teja said...

As-salam. Abg Adi, Aety dah baca kat murai. Mesti gempak suasana nih.. ^_^

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10212&c=1&s=1

edzlin007 said...

Salam.

Wahhh tahun ini nampak lagi best! Wajib Tonton ni :)

ADIFASHLA said...

yeah..habis comot comot muka...:P