Tuesday, August 16, 2011

Photoshoot Raya untuk Mstar

AHAD 14 Ogos 2011

Selepas habis cabaran Simulator Firefly tadi Adi sempat balik ke rumah untuk berehat sekejap sebelum pergi ke sesi fotografi bersama Mstar kat sebuah rumah di Damansara Utama. Pada mulanya ADi ingat ini adalah sesi untuk para penyampai AMP sahaja, tetapi bila dah ampai ke lokasi , barulah tahu rupanya ada penyampai radio lain pulak iaitu Halim Othman dan DJ Lin.

Pic: Dj Lin. me, Halim Othman.

Antara penyampai radio yang lain adalah Dilly (Mix FM) Uthaya (THR Raga) dan Pheobe(My FM).

Pic: Me with Uthaya

Mood photoshoot ni adalah untuk hari raya nanti, macam kami makan di hari raya...semasa kitarang shoot ni dah pukul 630ptg dah, so memang kenalah dengan suasana menikmati juadah hari raya ....
Pic: Me with Dj Lin..

Pihak tuan rumah sudah sediakan masakan pantai timur..nasi dagang dengan nasi kerabu...alamak....bedal jer la kan...sedap sungguh bila dapat makan ramai ramai cam ni...sambil borak borak dengan penyampai penyampai radio ni.


Selepas berbuka puasa barulah sesi temubual yang dilakukan oleh wartawan Mstar. Lebih kurang pukul 815mlm , Adi pun beransur pulang...sebab nak tengok Lee Chong Wei menentang Lin Dan malam ni....



So korang tunggulah sisipan Mstar nanti masa nak raya dekat suratkhabar The Star ok!! Peace!!

Pic: nasi Dage dan nasi kerabu..:) yummy!!



Pic: Dengan tuan rumah...:) Mama Yong and family...:) terima kasih!!


3 comments:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Wahhh Wak Adi! ganteng amatt sih! =D

Edzlin said...

Abg Adi nampak lagi muda dgn rambut camtu :)

ADIFASHLA said...

alo lo lorr...hehehe