Sunday, August 21, 2011

Siaran Luar Petang Era di Sri Andalas Klang.

Khamis 18 OGOS 2011

Kali ni Petang Era bersiaran luar dari Taman Sri Andalas Klang. Cuaca agak panas hari ni, terik jugak, mungkin lewat petang nnati akan hujan...hahaha...

Pic: Panas beb...panas....hehehe

Kalau selalu kami meletakkan khemah untuk siaran kami di luar kawasan bazaar ramadhan, tapi kali ni , kami meletakkan khemah untuk siaran kami betul betul di tengah tengah kawasan bazaar ramadhan..berhampiran dengan gerai ikan bakar dan juga cempedak goreng...alamak..dugaan ni...hehehe...

Pic: Bersama pemenang Blackberry

Kali ni kehadiran pendengar Era cukup ramai, bila kami mulakan siaran luar ni...tetiba orang ramai mengerimuni kami. Rasanya semua dah tahu untuk memenangi hadiah yang kami berikan ..jadi tanpa berlengah lengah lagi mereka membeli kad tambah nilai Tunetalk. Petugas yang bertugas menjual kad tambah nilai agak sibuk...dan pada pukul 530ptg..semua kad kad tambah nilai Tunetalk dah habis terjual,....wow!! Hebat org Sri Andalas ni..huhuhu

Pic: Mengedarkan juadah berbuka puasa..

Bukan itu sahaja, sambutan hebat juga kami perhatikan bila kami mengedarkan 100 hidangan berbuka puasa percuma....:) Sampai tak cukup pulak...tapi nak buat macam mana, sebab kami dah janji yang datang dulu akan mendapat juadah ini. Macam biasa lepas siaran kami pun berbuka puasa bersama sama di kawasan bazaar ramadhan ini sampailah pukul 8mlm barulah kami beredar....terima kasih orang orang Sri Andalas...next stop.....Bazaar ramadhan Taman Sri Serdang UPM next week....my fav spot!!! yeah!!!


*gambar gambar daripada www.era.fm


No comments: