Khamis 11 Ogos 2011
Kali ni Petang Era bersiaran di Taman Semarak , Nilai N.Sembilan. Kira tak jauh jugak lah dari rumah Adi..20minit dah sampai...Cuaca hari ini agak panas jugak, tapi angin banyak lah...bazaar ramadhan kat Taman SSemarak ni memanjang...jadi kalau nak beli juadah agak penat jugak la , kalau berjalan dari hujung ke hujung.
Kali ini juga ramai yang singgah ke khemah Era dan menyertai peraduan yaang disediakan oleh Tunetalk bagi memenangi hadiah hadiah yg menarik seperti BlackBerry Curve, voucer AirAsia dan kad tambah nilai Tunetalk.
kami juga berikan 100 hidangan berbuka pusa percuma untuk pengunjung yang terawal sampai ke lokasi kami pada hari ini..:)
Pic: Air minuman yang akan diberikan bersama juadah berbuka puasa percuma.
Pic: Orang ramai sedang mengambil juadah berbuka puasa percuma.
Ramai juga kanak kanak yang datang berjumpa dengan kitarang kat sini..seronok dapat jumpa kanak kanak ni....comel comel belaka...:)
Pic: Cute giler adik ni..dia dtg dgn ayahnya sebab ibunya masih bekerja.
Lepas On Air jer..sempat jugak Adi jenjalan kat bazaar ramadhan ni....alhamdulillah, ada yang tak payah beli sebab peniaga peniaga ni ada yang bagi free jer kat Adi...Alhamdulillah...:)
Terima kasih yang menjayakan siaran luar Petang ERA di Taman Semarak , Nilai ni yer....minggu depan Adi akan pergi Bazaar Ramadhan Sri Andalas, Klang pulak...hehehe...jumpa kat sana la yer..:)
No comments:
Post a Comment