Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa Era di Bora Ombak Ampang

Pic: Penyampai baru Era, Shaq dan Johan

SABTU 20 OGOS 2011

Hari ini berlangsungnya majlis berbuka puasa ((lebih suka guna "berbuka puasa" daripada "Iftar") yang telah berlangsung di Bora Ombak , di Ampang. Ini pertama kali kami mengadakan majlis berbuka puasa di sini.

Pic: Artis jemputan Awie Rafael dan Lena AF9

Pukul 5ptg penyampai penyampai ERA dah sampai ke lokasi menantikan kehadiran para tetamu yang telah memenangi jemputan majlis berbuka puasa ERA ini melalui peraduan panggilan telefon di ERA .
Pic: Me with Erul AF9

Ada para tetamu yang datang sejauh Johor Bahru datang ke KL semata mata majlis pada hari ni..alahai..terima kasih banyak banyak di atas sokongan korang kat ERA .FM ni. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran Erul dan Lena daripada AF9 dan juga Awie Rafael.


Sebelum berbuka puasa, kami mengadakan pertandingan kuiz mudah yang menawarkan hadiah hamper barangan kesihatan dan kebersihan....memang cukup meriah. :) masing masing kecoh untuk memenangi hadiah pada petang ni...hehehe


Selain itu para hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan daripada Erul dan Lena serta artis residen ERA iaitu Ray...hehehe...pastu kitarang sama sama menyanyikan lau raya kepada semua. Oh yer dalam majlis ini, Pak Nil dan Dina tak dapat bersama sebab terlibat dengan majlis berbuka puasa di lokasi yang berbeza.

Pic: Layan baby cute ni...hehehe...suka dia dapat mic

Adi lak, seronok jumpa baby baby yang cute cute pada majlis ini...geram betul...hahaha...bergilir gilir Adi dukung...yang bestnya baby tu semua suka kat Adi...hahaha...(dah ada aura dah....hehehe). Maklumlah berpengalaman untuk menghiburkan anak anak buah ku kat kampung tu...hehehe..

Pic: Cutenya.....:D

Terima kasih kepada semua pendengar Era yang disayangi...terima kasih sebab menghadirkan diri..InsyaAllah kita akan berjumpa untuk Riuh Raya ERAthon ..Kami penyampai Era yang akan berkunjung ke rumah anda nanti ok!!! Love ya!!

*Foto foto daripada Raja Faraa ( Era's contens Provider)

5 comments:

cahaya mata said...

ok adi....sangt comey itu baby . u look sangt sesuai dah jad dady..so jgn tunggu lagi hahaha

ADIFASHLA said...

hahaha...insyaAllah...

meaw said...

alololo,comelllllnya baby tu :D



p/s:onie iyoko from twitter

sue perbs.. said...

memang geram bila tngk baby2 comel ni.. klu adi ada baby mesti lgi comel kan.. hehe

Anonymous said...

baby pkai bju pink tu plg comeyyy hehe