Saturday, October 25, 2008

"SELAMAT TINGGAL KAWAN KU""

JUMAAT 24 OKT 2008

Pic: Kieran termenung di hari terakhir bersama ERA

Setiap yang bermula pasti berakhir. Hari ni Kieran meninggalkan Era setelah bersama 9 tahun.Walaupun Adi belum cukup mengenali Keran. 7 bulan bekerja dengan dia serba sedikit, tahu juga bagaimana si Kieran ini...tak banyak..tapi cukup sekadar mengenali rakan sekerja Adi yang brutal ni..tapi punya hati yang halus...

Beberapa bulan sebelum tibanya hari ini dah ada khabar angin Kieran nak chow dari ERA. Yup..dia sendiri aada cakap kat Adi dan Nana..tapi bila kami tanya kenapa?....dia terus membisu..dan terus membisu...hinggalah pada hari ini.


Pagi ni kami on air macam biasa...tapi kali ni Adi dan Nana bagi Kieran untuk jaga panel la. Haha..so semuanya dia yang kontrol. Semua topik hari ni adalah berkenaan hari terakhir Kieran. Hari ni juga reunion KnK akan di adakan atas permintaan Kieran. Ia berlaku jam 9-10pagi...satu jam sahaja. Jadi Adi dan Nana hanya bersama pukul 9pagi sahaja.

Masuk penghujung jam 8 pagi...maka tinggallah satu lagu yang Kieran tertanya...

Kieran: lagu apa ni?..

Adi:
Kitarang takde nak bagi hadiah ker..atau kek ker?..Tapi kitarang bagi lagu kat ko...


Nana:
Kieran simpan tau lagu ni..masuk phone..bawak mana-mana...(Nana dah start nangis)..


"Selamat Tinggal Kawan Ku"

Adakah kau tahu, pasti ku merindu,
Gelak tawa mesra mu itu, Kami terhibur selalu.


Terpisah akhirnya, kasih kita bersama,
Tak mungkin kau ku lupakan, saat kita mesra bersama


Selamat tinggal kawan ku
Moga kita kan bertemu
Walaupun , kau jauh, kami ingat kamu selalu


Telefon lah diriku,
SMS, MMS , YM setiap waktu Ku rindu suara mu...
Selamat tinggal wahai kawan ku!!




Simple dan jujur....lagu ni melodinya adalah lagu yang ada dalam simpanan Adi (utk album kononnya...hahaha) tapi liriknya tukar lah sikit..untuk Kieran. so tak ambil masa yang lama la..buat rakaman pun, just ambil masa 10minit jer..(sebab terlambat gi meeting) , sambil diiringi petikan gitar kapok 5 tali oleh Adi sendiri..hahaha...so sorry la kalau ada tersumbang sana dan sini...hahaha...Tapi yg penting mesej yang kami nak beri kat kieran.huhuhu...


Semasa lagu ini keudara...Kieran dah berair mata ..mencurah curah meleleh kat pipi dia..macam air terjun..alamak...brother sorang ni yang Adi anggap brutal dan kental ni..menitiskan air mata jugak akhirnya..yup! Nana tak yah citer la...nasib baik dia tak meraung..hehehe..Adi lak?..hehe..no comment la....teringat cam masa terkeluar AF dulu..hahaha...

Memang emo giler time ni..jadi masa habis jer lagu ni..kitarang bertiga dah terdiam..masing masing layan emo..hahaha...walau pun tengah LIVE on air ni..

Adi: Kieran..say something...

Kieran: I cannot bro..i cannot...huhuhu..thank you so muchh..for this song! (Kieran nangis makin laju air mata dia..)

Nana: Huhuhu..Kieran dangan Adi nangis..huhuhu...(nana nanagis tahap gaban dah ni)

Adi: Kita kembali kejap lagi bersama KnK...di ERA!!....

Haha..disebabkan semua dah tak larat nak cakap apa sebab tersedu sedu..nasib baik Adi boleh throw untuk KnK..hahaha...

Selepas itu KnK kembali dengan slot istimewa mereka selama satu jam. di mana mereka mengimbas kembali..saat-saat masa mereka keudara bersama dulu. Rasanya ramai lagi yang meminati mereka dan ingin dengar suara KnK kembali bersama.



Video: Di dalam konti ERA semasa Reunion KnK sedang berlangsung.

Pic: Hari terakhir bersama Kieran di majlis perpisahan Kieran di Kafe Astro.(mata sembam)

Selepas tamat on air..diadakan sebuah majlis perpisahan Kieran di kafe Astro. Ada beberapa wartawan juga turut di undang. Adi dan Nana jadi MC..sekali lagi masa nak menyampaikan ucapan aluan..Nana nagis lagi..mak aii..betul -betul sedih si Nana ni..hahaha..terpaksa la tenangkan dia balik..ikutkan sebelum majlis ni bermula semua orang nyanyi dan gelak sam-sama dengan kieran..terus majlis jadi sayu...


sorang-sorang penyampai Era mengucapkan selamat jalan kepada kieran..dan tak di sangka -sangka..si Ray pun nangis jugak..hahah..sampai tak boleh bagi ucapan..alahai..naper tu?..uhuhu..rupanya Kieran ni adalah idola si Ray ni. Masa Ray belum menyertai Era..dia ni selalu kejar Skuad Era dan kenal kieran dari situ..dia cakap dalam hati..satu hari nanti dia nak jadi mcm kieran..alhamdulillah..sekarang ray dah jadi keluarga Era....tengok?..siapa sangka kan?..rezeki kita di masa hadapan..hapuskan air mata mu Ray!! Selain penyampai Era , turut memberikan ucapan pada Keiran ialah Pak Tam, Kudsia Kahar, Krill, dan juga
Fad dari Skuad Era.



Last sekali..Kieran berucap untuk buat kali terakhir..

Kieran: "Saya rasa tahun ni saya nak berubah..sebabnya semua dah berubah..tahun ni juga saya kahwin, dan tak lama lagi saya akan dapat anak, jadi ayah...so saya bercadang untuk mengubah segalanya..dah saya rasa tahun ini yang paling sesuai sekali. jadi pengunduran saya ini..bukanlah saya tak sayang kan Era..tetapi saya mempunyai sebab -sebab tertentu antaranya kontrak saya dah tamat, dan saya juga nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup saya..bukan saya ada masalah dengan Era. Selepas ini mungkin saya nak berehat beberapa ketika..sebelum saya membuat keputusan bagi kerjaya saya seterusnya...."

Yup! itulah antara kata -kata ucapan dari Kieran...dan sehingga kini..Adi sendiri tak tahu apa alasan dia nak meninggalkan Era...nah ...sebagai kawan..mungkin Adi tahu kemana arah tuju kieran selepas ini....mungkin...kita sama-sama tunggu dan lihat ok..

Pic: Tinggal Kenangan "Tiga Serangkai" Kieran, Nana dan Adi


Apa-apa pun Nana dan Adi kini berdua. Selalu bertiga..Kali ni mungkin takde nak dengar suara Kieran menyakat Adi pagi -pagi buta..takde juga kelibat Kieran dalam team Futsal kitarang..All the best untuk Kieran...moga dia akan terus sukses...dan Adi juga berharap semoga pendengar Era akan dapat menerima Adi dan Nana untuk menemani anda setiap hari.Mungkin kami belum sebagus KnK ...InsyaAllah , kami akan buat yang terbaik dan menghiburkan anda. To Kieran..."Selamat Tinggal Kawan Ku"!!!

P/s: ada ker sesiapa nak buatkan lagu untuk Adi andai kata Adi jadi cam Kieran?..huhuhu

14 comments:

Anonymous said...

ada ada.
mesti ada punya..
tajuk..
"jgn kau pergi sekali lagi wahai Kintel lanang"
hahahaha..
baek punya...
:P
*sambil sambung nanes*

Tea Dean said...

toksah dok merepek adi.... baru setahun bawang kat ERA tu, lain laa kalo kat X-Fresh dulu boleh la wat lagu hahaha

ADIFASHLA said...

dah kena marah dengan Tea Dean...hehehe...tak sampai setahun pun kat Era ..hahaha..habis tak aci lah ..masa kat Xfresh..tak leh say bye bye pun..hahaha..

Edzlin said...

of course ada punya abg adi. Insyaallah.. thanks a lot abg adi tuk posting ni. mmg sedih baca.

Anonymous said...

sedih la adi!!!!huh!!!

Anonymous said...

rileks sumer... kieran pergi untuk kebaikan dia.... tapi jika adi nak kawan baru dlm konti, boleh bagi aku peluang adi, amacam?

Fizah said...

Alamak, sayu nyer baca sisipan Adi kali ni.. smpi bengkak mata.. :(
Buat lagu? kitaorg bukan pencipta lagu yg berbaik.. sajak dan syair? kitaorg bukan penyajak dan penyair terbaik abad ini, tp yang pasti kenangan dan ingatan serta doa ttp ada di dalam sudut hati pendengar setia era.. All the best kieran. And all the best Adi & Nana kerana terus menceriakan pagi-pagi kitaorg! Cayok.. Cayok..

Anonymous said...

hye abg adi..waaa sedih nya..baru jer kt masuk blog abg adi...lme x tgk2...sedih nya bl bace apa abg tulis nie..ngis kt tau...
abg ray ngis gak ker..waaa..npe abg adi x rakaman..nk tgk abg ray kt ngis..wahahaha...
apa2 pun kt semau yang terbaik ukt abg kieran kt tue ek..dia mmg best..i like la..terus kan ceria dia pagi@era ek...huhu..
love era.fm =)
dari syidah klg

wahdi said...

dah tak siok le Kieran takde pagi2
:(

Fatimah ARR said...

insyaALLAH ade..
tajuknya die
"Selamat Tinggal Kintel"
sedap x??
klu xssuai wat lagu wat puisi..

cekkeya said...

adi...sedey2...sob...sob...sob
even adi baru kenal kieran pun kan, ttp terasa bila dia xde kat era...

papepun,wish adi n nana all the best utk pagi di ERA...best of LUX ~(^_^)~

El Rosa Leya said...

abg adi... i sngt sngt sngt mempunyai impian utk menjadi DJ.. Pengalaman mmg dh ada cuma peluang belum terbuka... Kalaulah diberi peluang.. joint skuad produa pn jadilah... huk huk huk huk

Nash said...

yeah...
adi u will sucess in era ok??
mmg sdh kiran tingal kan era...
waaa
tpi adi i know u akn teman kitorg kat ERA kan??
n u x akn Tingal kan kiteorg kan?>?
huhu

Anonymous said...

sdey je:(